Monday, August 1, 2011

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1432H/2011

Kadar zakat fitrah diseluruh negara pada bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang kecuali Selangor yang mengekalkan kadar lama yakni RM5.20.
Kadar zakat di negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini.
Terengganu memperlihatkan tambahan besar iaitu pada kadar RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun sebelumnya RM5.50 dan serendah RM4.80.
Diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun lalu peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.
Kadar zakat fitrah di Sarawak pula adalah yang terbesar iaitu RM7.20 jika dibandingkan RM2.50 sebelumnya. Disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30.

 KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH NEGERI NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1432H/2011

Kadar bayaran zakat bagi seluruh negeri di Malaysia
Siapa yang harus membayar zakat fitrah?

Wajib bagi setiap muslim, baik merdeka atau budak, lelaki atau wanita, besar atau kecil, kaya atau miskin.
Seorang lelaki mengeluarkan zakat untuk dirinya dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabnya. Seorang isteri mengeluarkan zakat untuk dirinya atau oleh suaminya. Tidak wajib dibayar untuk bayi yang masih dalam kandungan, meskipun disunnahkan menurut Ahmad Hanbal.
Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya ditanggung oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya.
“Sesungguhnya Nabi s.a.w mewajibkan zakat fitrah atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.” – (HR Daraquthni)
Bila waktu membayar zakat fitrah?

  • Terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan
  • Sebelum Solat Hari Raya Aidilfitri
  • Dibolehkan membayarnya lebih awal apabila masuk bulan Ramadan
  • Yang utama mengakhirnya satu atau dua hari menjelang Aidilfitri

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...