Saturday, October 15, 2011

Gempar! Cicak Tokek Raksasa Ditangkap


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seekor cicak tokek yang sangat luar biasa bersaiz raksasa telah ditangkap di sempadan Tawau dan Nunukan. Cicak tokek yang seberat 64kg itu dikatakan mempunyai berat berlebihan dan memudahkan untuk lelaki tersebut menangkapnya. Cicak tokek itu bakal dijual RM1juta per kilogram. Perghhh RM64 juta untung atas angin tu. Perincian berita dan gambar cicak tokek raksasa ni ada di bawah. P/S: Semua ubat hanya akan mujarab untuk menyembuhkan penyakit hanya dengan izin Allah. Kita, manusia hanya mampu berusaha.



Luar Biasa! Seekor cicak raksasa seberat 64 kilogram telah ditemukan di sempadan Nunukan-Malaysia. Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin yang tinggal di Kalabakan. Arbin juga sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut. Setiap hari cicak tersebut diberi makan daging, terutamanya hati ayam.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, bahwa dia menemui reptilia unik tersebut ketika keluar mencari cicak di hutan dekat sempadan. “Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Semasa keluar memburu itulah Arbin secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya Arbin terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya.Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. “Arbin kemudian membawa cicak tersebut pulang”.tambah Arbin. Cicak tersebut ditawar pada harga RM1 Juta per kilogram.
Cicak tersebut mampu dijual pada harga yang amat tinggi kerana ramai yang percaya cicak tersebut mampu mengubati penyakit HIV/AIDS. Atas sebab itulah cicak tersebut banyak diburu oleh pembeli, baik dari orang tempatan mahupun luar negeri,sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi. Tidak banyak maklumat yang didapatkan dari Arbin mengenai urusan jual beli cicak tersebut.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...