Saturday, April 30, 2011

Bahaya radiasi telefon mudah alih (hand phone)

Perhatikan gambar-gambar yang dipanjangkan di bawah akan betapa bahayanya penggunaan telefon mudah alih (hand phone), yang sekarang ini sudah menjadi alat keperluan dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, fakta ini tidak diterima dan tidak diakui oleh pengeluar atau syarikat telefon mobil sebelum ini, walaupun kebenarannya memang ketara.
Oleh itu, untuk mencegah penyakit yang tidak diingini kesan daripada radiasi ini, sama-samalah kita cuba kurangkan penggunaan telefon mudah alih ini dalam tempoh yang lama, terutamanya kepada kanak-kanak. Kesan radiasi ini kepada orang dewasa pun tidak kurang hebatnya.

TINDAKAN DALAMAN PERLU DILAKSANA SECARA ADIL ELAK KAKITANGAN TERANIAYA

Berita Harian
20/4/2011



KETEGASAN kerajaan membanteras penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah kalangan penjawat awam yang tidak amanah, termasuk mengenakan tindakan dalaman secara terus pada peringkat agensi dan jabatan perlu dilihat dari perspektif yang betul. Tindakan ini bukan semata-mata mahu menghukum atau menyusahkan kakitangan sektor awam, sebaliknya lebih kepada menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada, tetapi dilaksanakan sambil lewa oleh ketua jabatan atau agensi berkaitan.

Dalam membendung kegiatan rasuah yang semakin membimbangkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan kebelakangan ini, kita mengalu-alukan langkah kerajaan mahu menguatkuasakan pekeliling berkaitan tatatertib bagi membolehkan tindakan dalaman diambil secara terus pada peringkat agensi dan jabatan, bukannya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan. Tindakan itu yang dicadangkan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Berkaitan Rasuah, Datuk Hisham Nordin bertujuan membendung gejala berkenaan yang bukan saja melanggar peraturan tatatertib, tetapi kerana dianggap sebagai kesalahan jenayah. Tindakan cepat pada peringkat jabatan boleh melindungi imej agensi atau jabatan daripada tercemar sebelum ia dibawa ke mahkamah. Justeru, apabila Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) itu dipinda, kakitangan sektor awam terutama yang berkhidmat dalam kategori ‘panas’ perlu lebih berhati-hati kerana gerak geri mereka dipantau secara dekat oleh ketua di bahagian masing-masing. Langkah pemantauan itu selaras dengan pelbagai tindakan yang diambil kerajaan bagi memastikan kakitangan pada semua peringkat, termasuk pegawai atasan, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang penyelewengan. Pelaksanaan program pembangunan kerajaan bergantung penuh kepada kakitangan sektor awam. Sudah tentu pentadbiran awam yang cekap dapat membantu mempercepatkan lagi urusan kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara. Pemimpin boleh merumuskan sesuatu program, tetapi pelaksanaannya memerlukan kerjasama dan sokongan erat barisan kakitangan yang bukan saja cekap tetapi jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Menerusi pindaan itu, tindakan menahan gaji, menurunkan pangkat dan dibuang kerja boleh dikenakan ke atas pegawai awam yang terbabit dalam rasuah, menyeleweng atau salah guna kuasa. Ketika ini mana-mana kakitangan awam yang didapati melakukan kesalahan berkenaan hanya diberikan amaran bertulis dan lisan. Mereka mungkin juga ditukarkan ke bahagian lain tanpa menjejaskan keistimewaan dan manfaat perkhidmatan, sedangkan ada peruntukan hukuman lebih tegas boleh dikenakan ke atas mereka mengikut pekeliling tatatertib. Apapun cadangan yang dikemukakan, kita harap ia hendaklah dilaksanakan secara adil tanpa prejudis. Sebarang tuduhan ke atas mana-mana kakitangan perlu disiasat rapi terlebih dulu agar ia tidak menyebabkan berlaku penganiayaan ke atas mana-mana pihak yang dituduh.

Selepas semua prosedur dipenuhi dan didapati ada bukti, barulah pihak terbabit dikehendaki menghadapi inkuiri dalaman. Jika dapat dibuktikan pembabitan mereka dalam sesuatu tuduhan, sewajarnya tindakan pada peringkat jabatan diambil, sementara menunggu pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah. Kita juga berharap cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan di kerusi panas sesebuah jabatan dilaksanakan segera. Berada terlalu lama di sesuatu tempat akan mendedahkan kakitangan kepada pelbagai elemen yang boleh mendorong kepada penyelewengan kuasa serta rasuah

MENGHARGAI PEKERJA

Utusan Malaysia
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

SEPERTI kebiasaan maka sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada Ahad ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.
Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.

Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.
Sebenarnya, keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib golongan pekerja tidak boleh disangkal. Ini terbukti apabila kerajaan telah bersetuju menetapkan gaji minimum seperti yang dituntut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak lebih 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, golongan pekerja sudah tentu menantikan respons kerajaan terhadap beberapa tuntutan lain yang telah dibuat termasuk cadangan pekerja sektor swasta diberikan elaun sara hidup (COLA) RM300 sebulan berikutan kenaikan harga barangan.
Dalam pada itu, sambutan Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan diadakan di Ipoh pada Ahad ini.

Satu lagi sambutan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Mei.
Bagi penjawat awam mereka sudah pasti ternanti-nantikan apakah lagi berita baik yang akan diumumkan Najib sebagai respons terhadap permohonan CUEPACS sebelum ini.

Antaranya cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan daripada RM180 kepada RM300, jawatan Gred 1 hingga 16 dimansuhkan dan pekerjanya dinaik taraf ke Gred 17 dan diselaraskan kadar COLA kakitangan awam.

Walaupun bukan semua tuntutan berkenaan dapat dipenuhi berikutan kekangan kewangan kerajaan, ia tidak harus dijadikan alasan oleh pekerja untuk tidak bekerja kuat.

Pekerja sektor swasta dan awam sepatutnya terus meningkatkan lagi produktiviti masing-masing supaya matlamat untuk menjadikan Malaysia negara maju pada 2020 tercapai.

Too tan? Too strained? Check out #BeautyFace deal for TWO at #MilkADeal

Too tan? Too strained? Check out #BeautyFace deal for TWO at #MilkADeal

Benn shopping or sightseeing? Feet hurtin? Go for a massage!! Head to #MilkADeal & get #WellnessAvenue 's promo!

Benn shopping or sightseeing? Feet hurtin? Go for a massage!! Head to #MilkADeal & get #WellnessAvenue 's promo!

Kata-Kata Pujangga - Tom Robbins

“We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love.” ~ Tom Robbins

Terkini: Flavonoid tangerin mencegah penyakit kardiovaskular

Hasil Kajian awal menunjukkan flavonoid, dikenali sebagai nobiletin, yang terdapat dalam tangerin dapat mengurangkan kandungan kolesterol, glukos, dan triglycerides dalam darah. Nobiletin ini juga menghalang atherosclerosis iaitu pengumpulan plak kolesterol di dinding salur darah (arteri) yang membawa kepada serangan sakit jantung atau strok, serta dapat menghindari diabetes.
Maklumat ringkas tentang hasil kajian tersebut dipanjangkan di bawah ini…
Flavonoid Found In Tangerines May Prevent Cardiovascular Disease
By: Easy Health Options Staff
– April 11, 2011Posted in: Alternative Medicine, Easy Health Options News, Heart Concerns, Nutrition

A compound known as nobiletin — found in tangerines — has been shown to reduce instances of obesity and markers of heart disease in mice, according to research recently published in the journal Diabetes.
A team of scientists fed the rodents diets high in sugar and fat. Half of the mice were given nobiletin supplements, and half were not.
Of the animals that did not receive the flavonoid, most experienced elevated blood levels of cholesterol, triglycerides, glucose and insulin as well as fatty liver.
The mice that were supplemented with nobiletin had none of these negative effects and were actually sensitized to insulin, which may help lower chances of diabetes.
“In longer-term studies, nobiletin also protected these animals from atherosclerosis — the buildup of plaque in arteries — which can lead to a heart attack or stroke. This study really paves the way for future studies to see if this is a suitable treatment for metabolic syndrome and related conditions in people,” said Murray Huff, a vascular biology scientist at the Schulich School of Medicine & Dentistry.

Nasihat - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Janganlah bersusah payah untuk mendapatkan keuntungan dan jangan pula mencuba menghindarkan diri dari malapetaka. Keuntungan itu akan datang kepadamu jika memang sudah ditentukan oleh Allah untukmu, baik sengaja mencarinya maupun tidak. Malapetaka itu pun akan datang menimpamu, jika memang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, baik kamu membencinya, maupun mencuba menghindarkannya dengan doa dan solat atau menghadapinya dengan penuh kesabaran, kerana hendak mencari keredhaan Allah.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Petikan Buku: Futuhul Qalb.

Mengenali serangan sakit jantung atau strok

Serangan sakit jantung yang serius menyebabkan maut dan ia menjadi salah satu penyakit utama penyebab kematian di Malaysia. Risiko kematian ini mungkin boleh dikurangkan sekiranya diberi pertolongan segera.
Salah satu daripada cara untuk mencegah serangan sakit jantung dan strok serta mendapat peluang yang lebih untuk hidup selepas serangan tersebut ialah dengan mengenal tanda-tandanya dan seterusnya mengambil langkah pencegahan.
Di antara tanda atau simptom yang biasa untuk mengenal serangan sakit jantung dan strok dipanjangkan dalam artikel berikut….
When Seconds Count: Recognize A Heart Attack Or Stroke
Dr. Michael Cutler
– April 20, 2011Posted in: Alternative Medicine, Easy Health Options Digest, Heart Concerns

A heart attack is a matter of life and death. Without quick medical help, many attacks are fatal. But would you be able to recognize a heart attack in real life? Because it’s not just Hollywood-style chest pain. And it strikes large numbers of both men and women.
Everybody’s seen that scene in the movies where a heart attack victim (almost always a man) grabs his chest and collapses. But aside from severe chest discomfort, many other symptoms and signs of heart attack can arise that you may miss. These problems can indicate the heart under siege:
* Upper abdominal pain or upper back pain, especially prevalent in women.
* Shortness of breath.
* Dizziness.
* Left shoulder pain or numbness; aching down left arm or into jaw.
* Chest heaviness, tightness, squeezing, burning, pressure or discomfort.
* Palpitations of the heart — beating fast or irregularly.
* Tight throat or a lump in the throat.
* Cold sweat.
* Nausea.
* Sense of impending doom.
* Weakness.
* Symptoms begin with low intensity and increase over several minutes.
* Taking a deep breath, pressing on the chest or moving the part of the body where symptoms are occuring do not make the pain worse.

When A Stroke Strikes
Stroke signs and symptoms usually come on quite rapidly — within seconds to minutes. Damaged tissues in the brain correspond with problems in the section of the body controlled by that part of the brain. The signs and symptoms can vary widely. Watch for these signs:
* Hemiplegia — part or all of one side of the face or body goes weak.
* Numbness or vibratory sense loss.
* Altered smell, taste, hearing or eyesight.
* Facial muscle drooping or weakness, including the muscles that move the eyes.
* Weakened swallowing function.
* Weak neck muscles or tongue muscles.
* Balance abnormalities; trouble walking or dizziness.
* Altered breathing or heart rate.
* Inability to talk or comprehend language — aphasia.
* Loss of memory; confused thinking patterns.

Widespread Danger
Americans suffer more than a million heart attacks a year and almost half of all those heart attacks cause death. Another 800,000 people annually have strokes and 150,000 of those people die. These problems are nothing to take lightly.
Be sure to consider these signs and symptoms carefully. One of the best ways to prevent irreparable damage to the heart and brain is to recognize the signs of stroke and heart attack, and immediately seek medical help. The earlier the detection, the better the chances of survival.

Air dalam kehidupan

KEUNIKAN AIR DALAM KEHIDUPAN
Air dan ais jika dilihat daripada luar ia kelihatan kebiruan. Biru adalah rahsia penawar yang terletak pada rahsia bunyi atau suara. Itulah rahsia air jampi atau air yang dirakam dengan niat. Air juga dapat mengesan apa sahaja bentuk tulisan yang ditulis pada cawan atau gelas minuman kita. Bahkan sebarang bentuk gema yang didengarkan berhampiran air it, pasti gelombangnya akan berubah.
Akan menjadi satu kemudaratan pada kesihatan meminum air dalam bekas yang ditulis atau terlukis sesuatu yang bersifat negatif atau “extreme”, kotor dan sebagainya. Jika anda percaya tulislah sesuatu yang bermaksud baik seperti….”Kuatkanlah daya ingatan anakku yang bernama Ahmad bin Abdullah”….maka air terpaksa akur atau taat akan arahan yang tertulis. Ini dapat dibuktikan melalui corak atau struktur molekul air sebelum dan selepas air dirakamkan dengan maksud tulisan tersebut.
INFO DAN RAHSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI
1) Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur dapat kembali tidur seperti biasa.
2) Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.
3) Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
4) Liputan ais Antartika (daerah kutub selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah rahsia pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Moga dengan sedikit info ini dapat memberikan anda sedikit maklumat yang boleh dimanfaatkan….insyaAllah……
Sumber: Email dsj

Friday, April 29, 2011

Need a skin specialist? Try #NewYorkSkinSolutions . Check out #MilkADeal for their promo!

Need a skin specialist? Try #NewYorkSkinSolutions . Check out #MilkADeal for their promo!

Tie these roses or carnations alongside with your present. #PineTreeFlorist is offering it at RM9.90. #MilkADeal

Tie these roses or carnations alongside with your present. #PineTreeFlorist is offering it at RM9.90. #MilkADeal

Slurp! Mmmm.. Free dessert! A perfect way to de-stress my week. Redeem them today! #myhoneymoon

Slurp! Mmmm.. Free dessert! A perfect way to de-stress my week. Redeem them today! #myhoneymoon

Priest

Synopsis

PRIEST, a western-fused post-apocalyptic thriller, is set in an alternate world — one ravaged by centuries of war between man and vampires. The story revolves around a legendary Warrior Priest (Paul Bettany) from the last Vampire War who now lives in obscurity among the other downtrodden human inhabitants in walled-in dystopian cities ruled by the Church. When his niece (Lily Collins) is abducted by a murderous pack of vampires, Priest breaks his sacred vows to venture out on an obsessive quest to find her before they turn her into one of them. He is joined on his crusade by his niece’s boyfriend (Cam Gigandet), a trigger-fingered young wasteland sheriff, and a former Warrior Priestess (Maggie Q) who possesses otherworldly fighting skills.

When we say the word “priest”, most of you would probably conjure up images of pious, holy men of the cloth who advocate peace and love for all. But not THESE priests, no. In this alternate world, the priests are the protectors of mankind from some really scary vampires you’ll see in the trailer below, and all hell breaks loose when a relative of a priest is kidnapped by a pack of vampires. To what ends would the priest go to save his niece?
\
Source

Nasihat - . Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Taubatlah engkau dari riak dan nifaq. Janganlah malu mengakui hal itu atas dirimu. Yang kuat di antara manusia mulia adalah mereka yang semula munafik. Oleh yang demikian, berkatalah sebahagian ulama, “Tidak ada yang mengetahui hakikat ikhlas kecuali murai (orang riak)”. Yang paling beruntung ialah mereka yang ikhlas mulai dari awal hingga akhirnya.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Petikan Buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.



-- BERNAMA

PM China puji Gagasan 1Malaysia

NAJIB menerangkan pembangunan Putrajaya kepada Jiabao ketika menerima kunjungan bagi lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, di Putrajaya, semalam.

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/29


Jiabao berpendapat dasar diilhamkan Najib baik, tepat untuk negara majmuk


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dipuji rakan sejawatnya dari China, Wen Jiabao, atas inisiatif beliau memperkenalkan Gagasan 1Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Jiabao berpendapat, polisi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu adalah baik dan tepat untuk negara majmuk seperti Malaysia yang turut kaya dengan beraneka kebudayaan masyarakatnya.
Katanya, beliau amat menyokong gagasan itu kerana Malaysia akan menjadi semakin makmur, aman dan sentosa jika seluruh rakyat bersatu padu serta bekerjasama membangunkan negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan tertutup selama setengah jam dengan kira-kira 400 hadirin yang terdiri daripada pelabur China di negara ini, kakitangan Kedutaan Besar China di Malaysia, serta komuniti Cina tempatan, di sini, semalam. 

Bagaimanapun difahamkan, tiada sesi dialog berlangsung dalam perjumpaan itu.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga Ahli Majlis Kebangsaan Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Kai Hee, selepas menghadiri perjumpaan berkenaan. 
Kai Hee yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O Enterprise Berhad berkata, Jiabao berpuas hati dengan hubungan baik antara kedua-dua negara, malah menyifatkan Malaysia antara negara terbaik di ASEAN.

“Beliau (Jiabao) menegaskan kepemimpinan kedua-dua pihak (Malaysia dan China) mempunyai keyakinan terhadap satu sama lain, dan hubungan dua hala ini boleh terus dipertingkat.

“Selain itu, beliau turut mengenang budi baik Malaysia menjadi negara ASEAN yang pertama mengiktiraf dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan China ketika negara berkenaan masih dalam kesusahan,” katanya.

Dalam pada itu, Kai Hee berkata, Jiabao juga menasihati rakyat China yang berada di Malaysia supaya mematuhi undang-undang dan dasar negara ini, selain gembira kerana masyarakat Cina tempatan memberi sumbangan baik kepada Malaysia.

Presiden ACCCIM merangkap Pengerusi Lion Group, Tan Sri William Cheng, yang turut menghadiri perjumpaan itu berkata, Jiabao menggalakkan rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada Gagasan 1Malaysia.

“Beliau juga menyeru rakyat Malaysia bekerja keras sebagai sebuah keluarga besar untuk mencapai sasaran Perdana Menteri menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya. 


Sumber

Pembenihan kelah merah sukar

Pembenihan kelah merah


Oleh Osman Lisut
KUALA LUMPUR: Peningkatan minat orang ramai terhadap kelah (Tor tambroides) dengan menjadikannya ikan peliharaan dalam akuarium semakin menyerlah sejak kebelakangan ini. Ia kerana keunikan ikan berkenaan yang memiliki sisik yang cantik, aktif dan bernilai tinggi.
Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, kelah adalah omnivor dan makan bukan saja alga, krustasea, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Bagaimanapun, spesies ikan yang mendiami sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk bertelur amat sukar untuk dibiakkan walaupun pelbagai usaha dilakukan. Ia termasuk proses aruhan seperti dilakukan terhadap tilapia, keli, haruan, ketutu dan ikan puyu.
Tidak hairanlah, ramai penternak ikan kelah di negara ini menggunakan kaedah tradisional iaitu menjejak anak kelah yang baru menetas di air cetek sungai berbatu dengan berbekalkan lampu suluh. Anak-anak kelah begitu mudah dikesan di tengah malam kerana suluhan lampu memantulkan warna keemasan siripnya dan ia kurang aktif serta mudah ditangkap.
Bagi penternak ikan kelah merah, Othman Abdul Wahab, berkata beliau pernah bekerjasama dengan pegawai penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia untuk menghasilkan benih kelah menerusi suntikan hormon ke atas induk ikan, bagaimanapun tidak berjaya.
“Kelah memerlukan suasana semula jadi untuk menghempas perutnya ke batu-batu di sungai berarus deras bagi mengeluarkan telurnya. Namun, apa yang berlaku kolam berbatu palsu atau ‘rock garden’ tidak sesuai dan induk kelah berkenaan tercedera dalam usahanya menghempas telur.
“Kalau usaha itu berjaya dilakukan, daripada 20,000 telur yang dikeluarkan kurang satu peratus saja berjaya menetas. Malah, kalau hidup sehingga dua sentimeter pun kurang daripada 20 ekor, ini boleh dianggap gagal,” katanya kepada wartawan Joran.
Othman berkata, beliau memperoleh benih kelah daripada beberapa peraih dan kaki pancing dari Pahang, Kelantan dan Terengganu, iaitu beberapa bulan selepas musim tengkujuh kerana ketika itulah air sungai mulai turun serta berarus deras.
Katanya, tindakan beliau menternak kelah daripada anak sebesar satu inci hinggalah dewasa bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha mengekalkan populasi spesies yang menghadapi kepupusan.
“Saya cuba mendidik orang ramai supaya tidak menangkap kelah semata-mata untuk dijadikan juadah makan malam atau tengah hari. Sebaliknya, sebagai ikan peliharaan di dalam rumah dan mendatangkan ketenangan apabila melihatnya berenang di dalam akuarium terutama apabila menghadapi tekanan di tempat kerja.
“Dulu, memang tidak dinafikan saya salah seorang pemburu kelah kerana amat menggemari keenakan isinya. Namun, hari ini menjadikan ikan berkenaan sebagai ternakan dan menjualnya sebagai ikan peliharaan,” katanya.
Selain daripada menjual anak kelah merah, Othman turut mengajar cara-cara menjaganya. Ia termasuk penggunaan air, pemeriksaan pH, pemilihan makanan dan rawatan sekiranya ikan peliharaan berkenaan sakit.
Maklumat lanjut mengenai pemeliharaan ikan hiasan atau kelah merah boleh hubungi Othman di 012-6587821.
INFO
# Harga ikan kelah mati RM80 sekilogram, manakala kelah hidup RM150 sekilogram.
# Harga ikan kelah hiasan antara RM500 hingga RM1,000 sekilogram.
Sumber: sini

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...