Wednesday, August 31, 2011

Jangan mengeluh dengan kerja anda

Pernahkah anda mengeluh dengan kerja anda? gaji kecik, kerja lebih masa, bosan dan sebagainya? Kalau ada bermakna anda adalah orang yang tidak tahu bersyukur, tahukah anda ada kerja  yang lagi susah, berat dan sukar untuk dilaksanakan. Dan kerja yang sedemikian tidak memberi gaji yang beribu-ribu seperti yang anda dapat sekarang..jom tengok kalau tak percaya..

Sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada..sentiasa ingat ada orang yang lebih susah dari kita..

Sumber

Happy 54st Birthday, Malaysia!


To All Malaysians:
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54!

To All Non-Malaysians:
Today, marks the 54st anniversary of my country's independence from British rule.

To Everyone:
Keep your eyes on the Malaysian political scene because it is about to peak!
We may be free from outside rule...
But on the inside, we might just experience a whole new level of freedom!

I love Malaysia!
=D 

Bina kekayaan dengan Pelaburan Matawang



Ada tak sesapa di sini yg melabur dlm industri matawang?

sejarah menunjukkan pelabur matawang boleh membina kekayaan dlm sekelip mata...contoh ialah George Soros si yahudi tu...sori la aku bagi contoh mamat yahudi, tapi dia memang membina kekayaan dengan cara melabur dlm matawang asing...caranya, beli matawang negara lain semasa rendah, dan kemudian jual semula apabila nilai matawang tu naik....macam baru2 ni, nilai usd jatuh kepada RM1 = USD2.94.. 2 minggu kemudian naik semula kepada USD3.021, bermaksud naik USD0.071..maka sape yg beli 10 000 USD, bole dpt untung RM780.. kalo ada 100 000 USD bole untung RM7800... gitula kira2nya...awal tahun 80-an dulu, duit kita lagi mahal drpd dolar spore betol tak?skang 1dolar spore da jd 3hengget kot...kalo sesapa ada simpan dolar dulu2, boleh la jadi kaya....aku takde pon la beli USD n dapat profit masa bulan 7 baru ni...cuma skang rizab n potensi aku kearah simpan Dong Veitnam,Kyat Myanmar ngn Dinar Iraq jew...cz menjanjikan pulangan jutaan ringgit!!!

anda taknak cuba?

Monday, August 29, 2011

UFO didakwa mendarat di Siberia

 
KLIP video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan) berjalan keluar selepas piring terbang mereka mendarat.

IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.
Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.

Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.
“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.
Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.
Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit.

Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.
Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.

Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.
Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 kilometer sejam pada altitud 19,812 meter.

Pada April lalu dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.

– Agensi

Tips Download Celcom untuk yang dah capai Bandwidth Limit


Seperti korang tahu, celcom ada bandwidth limit tersendiri. Macam aku aku ambik 3GB/month. Dan untuk pengetahuan koramg aku guna 4 hari je bandwidth tu dah capai limit.
Masa ni lah kelajuan jadi tahap cipan..

Apa yang aku nak kongsi disini ialah bagaimana nak bagi download speed laju.


pertama sekali korang kena pakai IDM.
(Internet download manager)

Apa yang aku buat ialah.

1. Downlod file yang kita nak tu guna IDM , pastikan resume capabilty : YES
2.Kalau downlod speed jadi lembab, try disconnect connection.
3. sebelum disconnect tu, pause kan dulu downlaoad kat IDM
4. Lepas tu, connect balik.
5.Resume downlaod.
6. Download speed memuncak.
7. Ulang step 3-5 setiap kali download speed jadi lembab.

Dulu aku pernah download guna IDM sampai mencecah 300KB/s. Masa tu aku dah capai limit 3GB dah pun, tapi still boleh dapat download speed camtu guna tips  ni.

Good luck.

p/s: kadang - aku guna tips ni juga nak bagi cepat youtube loading.hehe

Gameweek 4


Sunday, August 28, 2011

Autorun Virus Remover 2.3


Autorun Virus Remover 2.3  Autorun Virus Remover provides protection against any malicious programs trying to attack via USB drive. When a USB device is inserted into your computer, Autorun Virus Remover will automatically scan it, block and delete autorun virus, trojans, and malicious code. Also, it can detect and remove USB virus such as autorun.inf virus in your computer.

Saturday, August 27, 2011

Air garam penawar racun

KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.


BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.
Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.
Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.
Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.
“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.
“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.
“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.


AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan.




Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.
Virus
“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.
“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.
Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.
“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.
“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?
“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari.



Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.
“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.
Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.
Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.
“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.
“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.
“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

Sumber

When I See You Smile



Remember my memory,. if listening this song,., that is cool,., like this :)

Salam Lebaran . . .



selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua..dan selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54..pandu cermat jiwa selamat..ingatlah orang menuggu kepulangan kita..jgn sampai mereka menuggu kepulangan kita dengan tangisan..anda mampu mengubahnya..

Friday, August 26, 2011

Umur 44 tahun sudah ada 18 anak


Kelly Bates dan suaminya, Gil bergambar bersama 18 orang anak mereka.
LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Kelly Bates mahu memiliki dua lagi cahaya mata lelaki walaupun dia dan suaminya telah memiliki 18 orang anak, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelly yang merupakan seorang suri rumah tinggal bersama suaminya, Gil dan 18 anak mereka di sebuah rumah di sini, negeri Tennessee. Suami Kelly yang berusia 46 tahun merupakan seorang pekerja pemotong dan pemeliharaan pokok.
Ketika ditanya semasa diwawancara dalam program berita ABC News yang disiarkan kelmarin mengenai hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak, Kelly yang berusia 44 tahun itu berkata, dia berasa lebih normal apabila mengandung. 
"Saya juga akan gembira jika dapat mendukung bayi," katanya yang melahirkan anak pada setiap tahun.
Anak-anak pasangan tersebut ialah Zach, 22, Michaella, 21, Erin, 20, Lawson, 19, Nathan, 18, Alyssa, 16, Tori, 15, Trace, 14, Carlin, 13, Josie, 12, Katie, 10, Jackson, 9, Warden, 8, Isaiah, 6, Addallee, 5, Ellie, 4, Callie, 2, dan akhir sekali, Judson yang berusia 11 bulan.
Menurut Kelly, memiliki keluarga besar tidak semestinya memerlukan belanja yang besar. Keluarga itu kini tinggal di sebuah rumah berkeluasan 371.6 meter persegi yang memiliki lima bilik tidur. 
Kelly Bates dan suaminya.
Bagi memastikan pakaian anak-anaknya kekal bersih, Kelly memiliki lima buah mesin basuh dan tiga mesin pengering serta ampaian yang dapat menyidai beratus-ratus baju, seluar dan juga pakaian dalam. Keluarga berkenaan menaiki dua buah van untuk ke sesuatu destinasi.
Sebuah van itu dapat membawa 15 penumpang manakala van kedua memiliki 7 tempat duduk. Mereka akan keluar membeli barangan dapur setiap dua hari dan membelanjakan lebih AS$250 (RM747) setiap kali berbuat demikian. - 

Agensi 
kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Seorang ibu mampu membesarkan 18 orang anak, tapi 18 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.. 

Baik dan buruknya rawatan alternatif bagi arthritis


Ramai di kalangan pesakit arthritis yang mencari rawatan alternatif untuk meringankan kesakitan dan kecekangan/kebengkakan sendi yang disebabkan arthritis, selain daripada ubat penahan sakit atau rawatan biasa di klinik/hospital, walaupun tidak semua rawatan alternatif ini memberi kesan yang positif.
Di antara rawatan alternatif yang popular di kalangan pesakit arthritis ialah rawatan akupunktur, memakai gelang tembaga atau gelang magnet, mengambil suplemen tertentu seperti glukosamine atau chondroitin, mengamalkan senaman fizikal dan spiritual seperti yoga, tai chi, dsb. Kegairahan untuk mendapatkan rawatan alternatif ini kerana pesakit tidak tahan sakit dan hendakkan sakit ini hilang dengan seberapa segera yang boleh.
Walau bagaimanapun, adakah semua orang tau kelebihan atau kekurangan rawatan alternatif ini? Daripada kajian yang dijalankan didapati senaman seperti yoga dan tai chi dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan arthritis, mungkin kerana ia dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan. Akuapunktur juga didapati dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan arthritis bagi jangka pendek, tetapi ia tidak akan menghilangkan arthritis tersebut. Sebaliknya, pemakaian gelang tembaga atau gelang magnet tidak terbukti dapat mengurangkan kesakitan arthritis atau menyembuhkan arthritis, begitu juga dengan suplemen yang selama ini dianggap dapat menyembuhkan arthritis seperti glukosamine dan chondroitin. Mungkin kajian saintifik yang lebih mendalam perlu dilakukan terhadap keberkesanan rawatan alternatif ini.
Oleh itu, jika pesakit arthritis yang ingin menggunakan rawatan alternatif, mereka hendaklah mengetahui sama ada sesuatu rawatan tersebut berkesan dan seterusnya tidak memberi kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan keseluruhannya.
Artikel berkaitan dipanjangkan di bawah ini….
Alternative Treatments for Arthritis
Experts look at the pros and cons of alternative arthritis therapies.
By Denise Mann
Reviewed by Brunilda Nazario, MD
Alternative therapies for arthritis include everything from acupuncture, copper bracelets, and magnets to glucosamine and chondroitin supplements and yoga. But are any of these therapies really a match for your achy, creaky joints?
Many people with arthritis look to these alternative therapies to help relieve the pain, stiffness, stress, anxiety, and that accompany their disease. The Arthritis Foundation reports that two-thirds of people with arthritis have tried alternative therapies.
And some of these alternative treatments really work, say leading arthritis experts, and even have scientific evidence behind them (although most doctors admit that more research is needed). On the other hand, many more alternative treatments don’t work or need more studies to support any anecdotal claims.
Here’s what’s known — and not yet known — about some of the more popular alternative arthritis remedies.
Battling Arthritis With MovementThe mind-body practices of yoga and tai chi may help many people with arthritis.
Though there are few studies that look at the effects of yoga on arthritis per se, a study published in the British Journal of Rheumatology did find that people with rheumatoid arthritis (RA) who participated in a yoga program over a three-month period had greater grip strength than those who did not practice yoga.
Another study published in the Journal of Rheumatology reported that people who practiced yoga showed a significant improvement in pain, tenderness, and finger range of motion for osteoarthritis (OA) of the hands.
“Yoga and tai chi are exercises, and exercise is good,” sums up David Pisetsky, MD, chief of rheumatology at Duke University Medical Center in Durham, N.C. “They can help improve muscle strength and balance.”
Exercise also helps people with arthritis maintain a healthy weight, which can aid in alleviating some of the symptoms of the disease. Excess weight can make achy joints feel that much worse. Swimming, walking, and other low-impact exercises can also help with pain relief and weight loss.
Sticking It to Arthritis Pain
A recent study by the National Center for Complementary and Alternative Medicine estimated that 3.1 million adults in the U.S. are treated with acupuncture each year. And a lot of these individuals likely got needled to treat their arthritis. Acupuncture involves using thin needles to stimulate specific points on the body in hopes of removing blockages to channels of energy known as meridians, allowing energy to flow properly through the body.
A number of studies have looked at acupuncture in the two most common types of arthritis –OA and RA. The most recent review article involved 3,498 people with OA in 16 trials and found that acupuncture was superior to sham acupuncture for short-term improvements in pain and function, but that the benefits were pretty small.
“There is currently insufficient research to determine which arthritis patients benefit most from acupuncture,” says review author Eric Manheimer, MS, a research associate at the Center for Integrative Medicine at the University of Maryland School of Medicine in Baltimore. “Future research may be important to try to identify the optimal candidate for acupuncture on the basis of individual beliefs, expectations, and psychological profile.”
Pisetsky’s verdict: Give acupuncture a shot. “It may provide some temporary pain relief but does not change the course of the illness,” Pisetsky says. “If you think it is beneficial, try it.”
Helpful, Healthy Supplements?
Glucosamine and chondroitin are popular nutritional supplements that have been widely studied for their effectiveness in treating arthritis. While many people with arthritis and doctors stand by the supplements, the studies have not been all that kind. The latest research — an analysis of 10 studies — showed that glucosamine and chondroitin don’t do much to relieve the pain associated with hip or knee OA, or modify the disease process once it has started.
This is not the first study to cast doubt on the effectiveness of these two supplements. The Glucosamine/Chondroitin Arthritis Intervention Trial (GAIT) also showed that these supplements did not improve knee OA pain. A follow-up arm showed that they did not do any better than placebo in slowing loss of cartilage that occurs in knee OA. That said, a smaller subset of 354 GAIT participants with moderate-to-severe OA pain did get some relief with the combined supplements. (These findings need to be confirmed in larger studies.)
Pisetsky says that it is OK to give these supplements a try.
“If you want to take them and perceive a benefit, that’s fine, but tell your doctor,” he says. All herbs and supplements may have unknown and potentially dangerous interactions with medication. If you’re taking medication, it’s best to check with your doctor before trying any supplements.
First, Do No Harm
Many alternative remedies — such as copper bracelets or magnets — may not have much, if any, scientific evidence to back them up or disprove them. Indeed, Kerry Ludlam, a spokeswoman for the Arthritis Foundation, reports that there is a of research both for and against the usefulness of alternative therapies.
“There’s a void of information,” she says. Since many of the alternative therapies cited for the relief of arthritis are considered harmless (other than perhaps to your pocketbook), many doctors say that if you want to try them, go ahead.
Pisetsky agrees.”There is no clear evidence that copper bracelets work, so at best they are unproven remedies, but they are not that expensive and so they can be tried,” Pisetsky says.
Alternative Medicine and Arthritis: The Bottom Line
The real issue is if you turn to unproven alternative remedies for your arthritis in place conventional therapies with proven track records, Pisetsky says.
Before reaching for supplements or putting on a copper bracelet, find out what is causing your joint pain, he says. “Try conventional therapies first, but at the end of the day, if you decide to give an alternative remedy a try, do it intelligently,” he says.
“We don’t want to have people go out and miss useful therapy because they think these alternatives don’t have side effects.”

Thursday, August 25, 2011

Cheese Cake Raya!


Cheese cakes yang dijual di Secret Recipe, Bread story, Strudel's, Baker's cottage dan di kedai-kedai kek yang lain memang sedap dan lazat! Harganya pun 'menarik'. Satu slice sahaja boleh mencecah sehingga rm8. Memang best cheese cakes ni. Best kalau kita dapat buat sendiri dan hidangkan pada tetamu yang hadir ketika hari raya nanti? Ops.. Sempat ke nak hidang kat tetamu ni? :P
Bahan-bahan kek :
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 x 250g philadelphia cream cheese
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar jus perahan lemon 
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
Bahan-Bahan crumble / thin crust di bawah kek:
  • 5 sudu besar butter (dicairkan)
  • Biskut marie perisa coklat (setengah peket) 
  • Cara masakan untuk kek :
      Masukkan cream cheese, tepung, telur, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati.
      02.Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan perahan jus lemon, serbuk baking powder dan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi adunan.   
      03.Kemudian biarkan adunan seketika dan mula membuat crumble kek. Hancur kan biskut marie, gaulkan dengan butter yang telah dicairkan kemudian padatkan diatas loyang (tekan-tekan sampai leper dan padat)
      04.Kemudian tuangkan acuan cheese cake keatas adunan crumble ini (didalam loyang)
      05.Bakar adunan di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa 40-50 minit. Saya nasihatkan anda check keadaan kek sebaik sahaja 40 minit berlalu. Cuba cucuk dengan garfu atau lidi     satay. Sekiranya masih ada sisa-sisa kek terlekat di lidi atau garfu tersebut, tambahkan lagi masa pembakaran selama 10 minit.
      p/s: Kalau nak buat oreo cheese cake pula tukar kan perahan jus lemon tersebut kepada sebungkus biskut oreo yang telah dihancur hancurkan menjadi seperti serbuk (buang krim).

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...