Friday, September 30, 2011

Kisah Sufi: Hassan Al-Basri


Kisah teladan seorang wali Allah terkenal untuk dikongsi…. semoga dapat menjadi iktibar, peringatan dan pengajaran kepada kita semua….

HASAN AL-BASRI

Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rom (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga. Kemudian giliran dua ratus orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.

Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang berkubur di situ ia itu anak raja itu, “Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami kurbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.”
Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya“. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, “Jika ubat-ubat kami dapatmenyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, “Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Selepas itu, datang pula sultan ditemani oleh menteri-menterinya dan berkata, ‘Anak ku ! kami berusaha sedaya-upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga.”

Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.
Apabila Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”
Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
Beliau pernah di tanya, “Apakah Islam dan siapakah orang Islam? “Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”

Kata-kata Hasan

1. Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukan pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang di lakukannya itu.
Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah, tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “ Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga.” Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau di tanya tentang peristiwa ganjil itu. Hasan menjawab, “Itu adalah kerana kurangnya iman mu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah.

Hasan sangat merendahkan dirinya hingga dianggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, di tebing sungai Dajlah, beliau nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu. Terlintas dalam fikirannya, “Alangkah jahatnya orang itu! Alangkah baiknya jika ia seperti aku”. Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas. Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “Jika kamu lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan enam orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “Tuan, orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu ku, dan botol itu mengandungi air sahaja. Peristiawa ini adalah untuk menguji tuan.“
Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “Seperti tuan telah menyelamatkan enam orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan”. Orang itu menjawab, “Moga-moga Allah kabulkan kehendak mu!”. Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul.

Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu”.
Hasan berkata bahawa empat peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup:
Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi (orang pontong) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “Kembalikan pakaian itu, kerana ada orang yang tahu keadaan ku yang sebenarnya”. Tiba-tiba terlintas di fikiran ku: bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika di telanjangkan dan semua dosa kita itu diperlihatkan?
Seorang mabuk sedang menggelupur dalam Lumpur. Saya katakan kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu berkata, “Hasan, jika aku tenggelam, aku sediri yang menderita. Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”

Suatu hari seorang budak (kanak-kanak) membawa lampu yang menyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beritahu pada ku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu itu?”
Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiran ku hingga aku tidak sedarkan diri ku dan keliling ku. Jika tuan tidak memberitahu ku yang kepala dan muka ku tidak bertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini. Tetapi hairan juga aku, hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan, dan panca-indera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. Apakah cinta Allah yang ada pada tuan itu?

Pendapat Hasan

Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
Kawan-kawan yang jahat merosakan orang yang berjalan menuju Allah.
Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh Al–kitab.
Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bagunan akhirat adalah orang yang bijak.
Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikan nya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”

Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?”
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air.”

Pergantungan kepada Allah SWT

“Bagi orang beriman, pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Bagi orang yang tidak beriman, pergantungan mereka hanya tertuju kepada ilmu, keupayaan dan usaha mereka.” ~ Syarah Al-Hikam

Thursday, September 29, 2011

Syukur yang sebenar

Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan.” ~ Imam Ibnu Rajab

Yang paling mulia di sisi Allah SWT

Maksud Hadis Nabi SAW: “Tidak ada sesuatu yg lebih mulia di sisi Allah daripada do’a.” (HR Ibnu Majah 3819)

5 Tabiat mengakibatkan plak gigi

Sebenarnya pembentukan plak gigi (karang gigi/karat gigi) ini tidak sukar untuk dicegah jika gigi sentiasa dalam keadaan bersih daripada sisa-sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi. Plak gigi terjadi daripada tindakan bakteria dengan bahan-bahan rembesan dalam mulut yang akan menghasilkan satu lapisan lembut yang menyelaputi gigi. Jika ia dibiarkan tanpa dibersihkan sebelum mengeras, lapisan ini akan menjadi keras dan sukar untuk dikikis kecuali dibuat oleh doktor gigi. Plak gigi ini boleh menyebabkan penyakit gusi dan memudahkan gigi berlubang.

5 Habits That Lead to Plaque on Your Teeth
By Matthew Hoffman, MD
Reviewed By Brunilda Nazario, MD
Since childhood, we’ve been trained to resist that dreaded enemy of teeth. Regular brushing and flossing are sure bets for dental health. What else could you be doing — or avoiding — to keep plaque off your knockout smile?
“Keeping plaque off your teeth isn’t complicated, but consistency is key,” says Richard Price, DMD, spokesman for the American Dental Association. “Good habits make for healthy teeth — for most people, it’s that simple,” Price tells the author.
What Is Tooth Plaque?
Plaque is a sticky mix of bacteria and the substances they secrete. Bacteria produce adhesive chemicals called mucopolysaccharides. The bacteria then live in this film on teeth, called a biofilm.
At first, this slimy layer is fragile and easily removed by tooth brushing. “Think of the film on a fish tank wall. It’s easy to wipe off with a washcloth, if you’re vigilant,” says Price.
And if you’re not? The bacteria in tooth plaque are free to release acids that damage tooth enamel. Regular acid assaults on enamel can wear holes in teeth, commonly called cavities.
If left alone, plaque buildup also gradually hardens, creating tartar or calculus on your teeth.
“Tartar is petrified plaque,” Price tells the author. “Once it’s there, you need a dentist’s help…tartar can’t be brushed off.” Tartar above the gum line also contributes to gingivitis, or gum disease.
The secrets to avoiding plaque buildup aren’t so secret. You’ve probably been hearing most of them since before you lost your baby teeth. But bad habits have a way of sneaking up on us. Make sure you’re pushing back against plaque by avoiding these five bad habits for tooth health.
Plaque Habit No. 1: Not Brushing Regularly
No one else might notice if you don’t brush your teeth twice a day, every day. But your teeth will.
“Plaque is a little like bees in the summertime,” offers Price. “One or two won’t really bother you, but if you let them build a beehive in the backyard, you’ve got a problem,” he tells the author.
Brush your teeth gently twice a day, using a fluoride-containing toothpaste. The exact technique isn’t so important as concentrating to make sure you’re softly brushing all the surfaces of your teeth.
Plaque Habit No. 2: Not Flossing Daily
Brushing doesn’t reach the spaces between teeth, but plaque does. A simple daily flossing between teeth clears away plaque before it can cause damage.
“Flossing also cleans plaque at the gum line, another area that brushing doesn’t reach,” says Price. If left alone, plaque past the gum line can lead to periodontal disease.
If you just can’t stand flossing your teeth, consider using one of the many other ADA-approved products to clean between your teeth daily. They’re available in any supermarket or drugstore; ask your dentist if you’re not sure which one to use.
Plaque Habit No. 3: Avoiding the Dentist
Even if you brush and floss your teeth daily, you’ll miss some plaque. Over time, that plaque hardens into tartar that needs to be removed at your dentist’s office. Yet more than a third of people surveyed haven’t seen their dentist in more than a year.
“Even dentists don’t like to go to the dentist,” jokes Price. But studies show that in general, people who neglect regular dentist visits get more cavities and have a higher chance of losing their teeth.
Once a year teeth cleanings are considered the minimum. Twice a year teeth cleanings may be better for many people. “Most dentists recommend twice a year cleanings or more,” according to Price.
Plaque Habit No. 4: Neglecting Nature’s Toothbrushes
Long before toothbrushes and fluoride toothpaste existed, certain foods played a role in keeping plaque off our teeth.
“Eating crunchy vegetables or fruits with the skin on can scrub off plaque,” Price tells the author. Carrots, apples, cucumbers, and many other raw fruits and vegetables are teeth-friendly, despite the sugar they contain.
In addition, eating a diet high in fruits and vegetables and low in processed foods helps protect you from obesity, heart disease, and cancer.
Plaque Habit No. 5: Indulging Your Sweet Tooth
Bacteria love simple carbohydrates like sugar. Eating candy or drinking sugary soft drinks lets sugar stick to our teeth, giving bacteria something to munch on. As the bacteria create a film of plaque, they digest sugar into acid, which damages teeth.
“All sugary candy, and most junk food in general, contribute to plaque formation,” warns Price. “High-sugar foods or drinks that are also soft or sticky are especially problematic. … Sugary soft drinks might be about the worst thing you can put on your teeth,” he tells WebMD.
Avoiding these five bad habits can help you keep plaque in check (and keep your teeth). There are other steps you can consider to prevent plaque, tartar, and cavities, too:
* Sealants. The pits and fissures on molars can be difficult to keep clean in some people, even with good dental care. Dental sealants are a clear plastic coating that covers the tooth surface, barring bacteria and acid from entering. Sealants are safe and effective in blocking plaque and preventing tooth decay.
* Mouth rinse. Some people may benefit from adding a therapeutic mouth rinse to their daily routine. Several ADA-approved mouth rinses with fluoride have been shown to help prevent plaque and tooth decay. No mouth rinse can substitute for brushing and flossing, however.
“No one’s teeth can stay plaque-free 24 hours a day, it’s just not possible,” says Price. But good habits over a lifetime will help you beat back plaque and save your smile.

Wednesday, September 28, 2011

3 Senaman mudah kurangkan sakit belakang

Bagi pesakit tulang belakang, senaman mudah dan ringkas ini mungkin boleh membantu anda mengurangkan rasa sakitnya. 3 senaman mudah ini dapat membantu perjalanan darah yang lebih baik, menggalakkan perembesan kimia rasa senang (endorphin), meregangkan otot yang ketat, membantu proses penyahtoksikan bahan toksik dalam badan yang kerap menyebabkan rasa sakit dan radang sendi. Senaman ini perlu dilakukan selalu.
Berikut dipaparkan perincian 3 senaman ringkas dan mudah ini…. semoga bermanfaat kepada semua. Orang yang tidak sakit belakang pun boleh mengamalkannya sebagai langkah pencegahan.
3 Easy Exercises for Back Pain Relief
Stop living with daily back pain and start taking action to relieve your back pain for good
by The Healthy Back Institute
Back pain is such an obvious problem in our day-to-day lives that we either let it get the best of us, take way too many over-the-counter pain or anti-inflammatory pills, or run to the doctor for physical therapy or surgery. And you know the pain or spasm is coming (or going to get worse than it already is), because you had a stressful day at work or you lifted too many boxes or pull a weed the wrong way from your beautiful garden.
The good news is that suffering back pain need not be a part of your daily routine. All you need to do is engage in a few easy exercises to loosen up and restore proper posture, and your back will be supple in no time.
You don’t need a personal trainer or a gym membership, or even a lot of space to do them. And these three simple exercises should always be your first line of “therapy” when you feel a twinge of discomfort… and certainly long before you reach for the pain relievers or muscles relaxants. A few relaxed sets of each of these exercises can immediately make you feel better, and prevent a needless trip to the doctor.
These simple exercises are knee bends, waist twists and hip rolls. They are a great way to get the blood moving, release those feel-good endorphins, stretch the muscles, restore normal range of motion and help you detox those nasty toxins that cause pain and inflammation. These are the secrets to back pain relief — and prevention.
Since these simple exercises contract and extend the major muscle groups, including the core stabilizing muscles, you can do them anytime with varying degrees of difficulty. Simply adjust them as you get more accustomed to doing them.
Done regularly, these beneficial exercises will increase your health and fitness levels by promoting blood circulation and releasing muscle tightness and spasms, thus helping to tone your body. They will make you feel warmer and even help improve your digestive health as they assist the action of your intestines to move the bowels and aid in the detoxification process.
Detoxing is important when considering pain, as toxins (metabolic waste) in the blood and muscles creates inflammation and pain.
Let’s now look at how easy it is to do these three simple back pain relief exercises:
Exercise 1 — Hip Rolls:
Stand back away from your support and stand with legs at shoulder-width apart.
Tighten your abdominal muscles and put your hands on your hips.
Imagine you have a hula hoop, or are doing the hula, and rotate your hips clockwise 5 times, then rotate them counter-clockwise 5 times.
Be sure to relax and smile and breathe naturally with this exercise.
Exercise 2 — Waist Twists:
With your hands relaxed at your sides and with feet a shoulder-width apart, simply start swinging your arms right then left, patting both hands on your lower back as they reach around.
This will massage the kidneys. Be sure not to swing or pat too hard, just in a relaxed easy motion! Breathe naturally and relax.
Simply do a count of 10, and then relax. Then move onto the next exercise.
Exercise 3 — Knee Bends:
Do some gentle, relaxed knee bends. If you have knee or back issues it is best to do them with the assistance of a chair, table or desk.
Stand in a relaxed shoulder-width position and place your hands on the support. Tighten your stomach muscles and exhale while bending your knees and going down as far as you can without falling or straining your knees. Inhale while standing up. Do 10 of these to finish this quick exercise circuit.
The complete series of these three simple exercises only takes about two minutes to complete. Initially, try to do the exercises three times each day.
So take an exercise break at work instead of a coffee or cigarette break! You’ll be delighted on how good your low back will start to feel over time.

5 Makanan utama menurunkan tekanan darah tinggi


Mengikut hasil kajian terkini, pakar pemakanan mendapati 5 makanan berikut telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah di kalangan pesakit darah tinggi. 5 makanan tersebut ialah artichokes, pisang, beets, koko dan bawang putih.
Perincian tentang penyediaan makanan ini dipanjangkan di bawah ini…..semoga bermanfaat. Selamat mencuba….
5 Powerful Foods that Lower Your Blood Pressure
Are you eating enough of these 5 amazing foods that help reduce high blood pressure?
by Frank Mangano
Author of the popular book: Blood Pressure Miracle
Did you know that stroke and coronary heart disease still remain to be on the list of the top three main causes of death in the USA? It’s time to take your health seriously so you don’t fall victim to these!
What is High Blood Pressure and how does this come into play?
According to the National Institute for Health, blood pressure levels of 140/90 mmHg or more can be classified as hypertension.
The worst part about having high blood pressure is that the condition can sometimes be present without any symptoms and before we know it, the damage is already extensive. Serious problems that have been associated with high blood pressure include kidney failure, heart attack, heart failure and stroke.
What are the Risk Factors Associated with High Blood Pressure?
Blood pressure can be influenced by a lot of factors – age, race, family history, tobacco use, sedentary lifestyle, diet, binge drinking, and stress levels. Chronic conditions such as sleep apnea, diabetes and high cholesterol levels can also precipitate the development of hypertension.
What can You Do to Lower Blood Pressure?
You don’t need potentially dangerous drugs to control and reduce your blood pressure. Controlling blood pressure levels could be as simple as doing lifestyle modifications and eating healthier.
If you are a smoker, quit. If you drink heavily, try to practice self-control. At work, take the stairs instead of the elevator. And if you have been obsessed with sweet, sugary foods as well as processed fast-food meals, then modify your eating habits as well. Learn to eat the right kinds of food before it’s too late.
Below are 5 of my top picks for powerful foods that could help you lower your blood pressure levels:

1. Artichokes

The use of artichokes has been implicated in the lowering of cholesterol levels in the blood. Since hypercholesterolemia is one of the risk factors for high blood pressure, this information is actually good news. Three clinical trials conducted separately by Dr. Barbara Wider supports this fact. In Cochrane Database of Systemic Reviews’ October 2009 issue, where the result of the study was published, it was shown that patients who were diagnosed with hypercholesterolemia and given Artichoke leaf extract exhibited a decrease in their blood cholesterol levels.
Artichokes taste amazing steamed (generally steam for about 1 hour) and then dip each piece into a mixture of olive oil, grass-fed butter, and garlic. Delicious!

2. Bananas

A study published in The New England Journal of Medicine says that incorporating bananas in your day-to-day meals can actually cut stroke-related deaths by as much as 40 percent. A 1997 study at Johns Hopkins University recommended eating at least five bananas daily to achieve the desired effect, and that is to lower elevated blood pressure levels. However, a study conducted by Indian researchers at the Kasturba medical college revealed that people who eat two bananas a day, for one whole week, can lower their blood pressure levels by 10 percent.
Bananas are rich in potassium, which is responsible for the proper functioning of the heart. It works with sodium to maintain balance of the body’s fluids, which is an important factor in the regulation of blood pressure.

3. Beets

A research study conducted by scientists from Barts and The London School Medicine revealed that simply drinking one 500 ml glass of beetroot juice each day can produce astounding health benefits, especially to the heart.
Beetroot juice has been found to lower high blood pressure levels. Professors Amrita Ahluwalia and Ben Benjamin, from the William Harvey Research Institute and Peninsula Medical Center, respectively, led the research efforts, which revealed that the consumption of dietary nitrate that is found in beetroot has BP-lowering effects in as fast as 1 hour after ingestion, with the effect lasting for up to 24 hours. The result of the study was published in the March 2008 issue of Hypertension.
You can try beetroot juice, or also try baked beets sliced on salads or as a side dish to dinner.

4. Cocoa

A study conducted by researchers from Germany’s University Hospital of Cologne revealed that cocoa can significantly lower high blood pressure levels. Study results were published in the Archives of Internal Medicine. The beneficial heart effects of cocoa are attributed to its flavonoid content, specifically procyanids.
Because cocoa is most commonly found in chocolate, people falsely assume that eating a lot of chocolate could be good for the health. Keep in mind that cocoa in chocolates have undergone a lot of processing, and it has been mixed with loads of sugar, so this is not totally healthy. The best way to take advantage of the health benefits offered by cocoa is to choose raw cacao – it is good for the heart, the brain and the liver. Raw cacao nibs go great in smoothies! Also use organic cocoa powder in smoothies or homemade hot cocoa sweetened with stevia instead of sugar.

5. Garlic

Researchers from South Australia’s University of Adelaide have conducted studies, which provide solid proof that the consumption of garlic can indeed help lower elevated blood pressure levels. Garlic supplements in powder form were given and results revealed that it produced a reduction in systolic blood pressure. Garlic has been known all over the world as a very important herb, especially with its heart-protecting capabilities. It helps lower blood cholesterol levels and prevents blood from forming clots (which could lead to heart attack and stroke).
Furthermore, the Proceedings of the National Academy of Sciences journal has published the results of a laboratory test showing how garlic juice can lead to a decrease in blood pressure levels. Eating the equivalent of 2 cloves of garlic each day can significantly contribute to the health of the heart.

Monday, September 26, 2011

Sofaz - OST Nora Elena Sesuatu Yang Berbeza


Sofaz - OST Nora Elena Sesuatu Yang Berbeza


Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini



Seks Bebas,Rogol, Cabul – Apa Penyelesaiannya?


SATU demi satu kes yang berkaitan dengan nafsu yang songsang atau nafsu yang melampau dilaporkan media saban hari.
Kes penemuan kondom dalam beg pelajar sekolah, kanak-kanak 2 tahun dirogol dan kes Ustazah yang didakwa subahat dengan suami baru untuk merogol anak kandungnya (anak Ustazah) yang bawah umur, buang anak, seks bebas dan macam-macam lagi.
Lantaran isu-isu seperti itu mengundang persoalan di dalam benak kita. Apakah yang sedang berlaku ini?
Apakah ini hasilnya apabila kita melangkah ke arah kemodenan?
Tahun 60-an dahulu kita tak dengar kes-kes seperti ini. Sekarang, kes seperti haruan makan anak sampai suratkhabar dah macam tak mahu siarkan pun. Terlalu banyak seolah-olah kita macam sudah boleh menerimanya.
Entah kebetulan atau sekadar persepsi, kebanyakan masalah ini kita dengar berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini.
Ada yang berkata isu-isu ini turut berlaku dalam kaum lain, tetapi kaum lain pandai simpan rahsia dan tak mahu kecoh-kecoh.
Iye ke? Atau itu alasan untuk kita menghalalkan masalah sosial kita.
Dan yang terpenting, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Apakah hudud jawapannya?
Bolehkah kita menguatkuasakan undang-undang Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama? Dan bolehkah kita membuat dua set undang-undnag yakni sivil untuk bukan Islam dan syariah untuk yang beragama Islam?
Bukan mempersoalkan tetapi kita harus berpijak di bumi yang nyata bila membincangkan sesuatu isu yang sangat penting, bukan bersandarkan kepercayaan atau emosi kita semata-mata.
Kalau kita boleh meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kelebihan hudud, maka memang hudud adalah jawapan yang terbaik. Namun percayalah, ia bukan semudah kita bercakap.
Realitinya tidak semudah yang kita fikirkan. Kita boleh melaksanakan hudud secara paksaaan, tetapi tidakah itu akan memburukan imej agama kita dikalangan bukan Islam di negara ini dan membawa kepada keadaan kacau-bilau mungkin?
Undang-undang sivil nampaknya tidak berapa berkesan dalam mewujudkan ketakutan ke atas sesetengah anggota masyarakat. Sebab itu keadaan semakin di luar kawalan.
Namun, satu yang yang boleh kita lakukan…perkukuh kefahaman mengenai Islam di jiwa anak-anak kita.
Didikan agama yang baik akan memberikan kesedaran kepada anak-anak kita.
Kesedaran lebih penting daripada mewujudkan ketakutan.
Apa pun, pembaca digalakkan memberikan pandangan ringkas mengenai apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi permasalahan sosial dalam masyarakat kita.

Tutorial Cara Submit Blog Sitemap Ke Google


(update)
sorry geng, entri ni sepatutnya da publish tgh hari td,
ada makhluk gatal tangan usik senyap2, 
terus hilang, terdelete,
haisshh, sakit hati betul ! kena buat balik...
 semua link invalid, ayoyoyoyoyoyo !
penat je promote td.. saba jela..

------------------------------------------------------------------------------

TUTORIAL : CARA SUBMIT BLOG SITEMAP KE GOOGLE


BEEP BEEP !

dua tiga hari ni rasa happy berblogging,
seronok tengok traffic naik,
ranking alexa pun naik ALEXA ,

kebanyakan traffic ni datang daripada keywords SEO 
yeah !

top entri :



walaupun sangat jauh ketinggalan dengan traffic


teringin dapat traffic seperti mereka

oke oke, back to topic 

pernah dengar google webmaster tools ?
mesti pernah dengar kan ?
haaa.... tapi mesti ramai lagi yang x buat kan ?

sebagai seorang blogger saya menyarankan anda mendaftar pada 
google webmaster tools

ehh jap jap, apa benda ni ?
 apa itu google webmaster tools ?

Google Webmaster adalah salah satu bantuan atau aplikasi yang diberikan oleh google untuk memudahkan para pemilik web / blog untuk mendapat top search keyword, domination keywords dalam blog, Indeks, kata kunci popular, bape banyak kali google melawat blog anda serta masalah - masalah lainnya seperti broken link , dan crawl errors. Google webmaster ini sangat berguna untuk para newbie seperti saya geng !

faham kan ?
x faham ? hmmm mcm mane ea, tanya mr google

SUBMIT DAN VERIFIKASI BLOG KE GOOGLE
huh ?? 

 FIRST STEP
Untuk menambahkan URL Anda ke Google, 
click link ni dulu geng → http://www.google.com/addurl/


 
URL
→ Isi dengan URL blog anda geng  
Comments
→ Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda
Isi kotak kosong dengan huruf verifikasi yang tersedia
Click button Add URL
SIAP !

Haa... mudah kan ?

SECOND STEP

Untuk verifikasi URL Anda ke Google,
huhh ?? 
Click link ni → Google Webmaster Tools
  Login dengan akaun anda
Click Add Site
Masukkan URL blog anda, Contoh: →http://rajacopypaste.blogspot.com/
Click Continue

Then, anda click Continue, muncul lah halaman Verify Ownership.
  copy code meta tag yang diberikan, jangan click verify dulu !

nak paste kat mana ?
Login Blogger
Pilih blog anda
Pergi ke Design
Edit HTML
  Paste code meta tag yang tadi anda dapatkan di bawah
<head>
atau
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Click save template
Peggi balik ke halaman webmaster tools Verify ownership.
Click Verify.
SIAP !


Haa... sangat mudah kan ?
sekarang anda sudah boleh gunakan google webmaster ni =) 

ehh belum habis lagi, 
bakar rokok sebatang lagi geng,
ckit je lagi, hoho.

THIRD STEP
CARA SUBMIT SITEMAP KE GOOGLE

Click link ni geng → Google Webmaster Tools
Login dengan akaun anda
Click nama blog anda

Perhatikan pada bagian kiri atas, click menu Site Configuration
Click Sitemaps

Click Submit a Sitemap.
Tambahkan alamat sitemap anda di kotak isian dengan :
atom.xml
sehingga menjadi
http://alamatbloganda.blogspot.com/atom.xml
click submit sitemap 


oke, pastu buat utk yang ni plak :
→ atom.xml
→ rss.xml
→ feeds/posts/default
→ feeds/posts/default?alt=rss


SIAP !!
SELAMAT MENCUBA 



-Sumber-

Maksud Dofollow Nofollow di Blog atau Website


 
Haaaa, mesti ramai blogger yang x tau lagi kan ?


Do follow ni sebenarnya maksudnya bila seorang yang komen dalam blog kita berkemungkinan besar orang yang memberi komen itu dapat backlinks secara percuma. Haa inilah istimewa bila korang buat do follow di blog korang kerana ramai la yang akan datang ke blog korang dan memberi komen kat blog korang.Korang akan dapat traffik percuma.


Haa korang tau macam mana Do follow berfungsi??sebenarnya Do follow ni sangat memberi manfaat pada para blogger dan pembaca sebenarnya.Bila blogger ni membuat Do follow di blog dia orang kemungkinan besar ramai yang ingin memberi komen la kat blog korang.Kenapa ek?Sebabnya crawler dalam search engine google akan dapat membaca balik komen yang para pembaca korang komen.Ok la disini aku akan beri penerangan apa maksud no follow dan do follow ni sebenarnya.

No follow ni maksudnya pencarian spider ni tak dapat membaca maklumat dalam blog korang ni dengan erti kata lain blog korang tak dapat diindeks oleh search engine.Pengunaan No follow ni sebenarnya bagus la juga kerana dapat mengurangi spam masuk ke dalam blog kita.NoFollow dapat membatasi kerja spider robot dalam menjelajahi content blog kita.Do follow korang boleh tukar maksud dari no follow tadi.

Kebaikan dan keburukan kedua-dua pengunaan No follow dan Do follow.Bila korang guna no follow ni akan kurangkan spam dan bila guna Do follow blog akan lebih friendly dan akan bertambah PR korang di google dan banyak la link artikel dan komen yang keluar dati blog korang. 



 Macam mana nak buat blog jadi dofollow ?
 mudah saja geng ! 

 Login ke blogger.
klik Design pada dashboard blogger.
 klik Edit Html.
Jangan Lupa Klik Expand Template Widget.
Cari kod rel='nofollow'(Tekan Ctrl F senang cari)
Tukar kod yang berwarna hijau dari rel='nofollow' kepada rel='dofollow'
buat semua 'nofollow' jadikan 'dofollow'
save template.

SIAP ! senang kan =)


macam mana nak tahu blog tu guna tag do-follow or no-follow?
Haaa, anda boleh guna add-on Firefox yang ini :

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/5687

Cara guna dia sangat simple. Bila dah install, nanti masa
browse mana2 blog, klik kanan lepas tu pilih 'NoDoFollow',
kalau link URL tu warna biru, maknanya link di blog tuh guna
do-follow tag, kalau merah maksudnya no-follow.


biru = dofollow
merah = nofollow 


nak contoh ?


oke, kita tengok blog kak DJ and blog intanurulfateha ,
dua2 blog ni adalah blog nofollow 'merah 


oke, kita tengok blog darkbatman ,
blog ni adalah blog dofollow 'biru'  



so anda sudah faham ? hoho 


dofollow or nofollow ?

-Sumber-