Friday, February 24, 2012

Khas untuk golongan wanita, Surat Dari Hati Seorang Lelaki Yang Kau Lukai…

Surat ini takkan membawa sebarang makna pada Awak, kerana hati Awak dah lama mati. Tapi abg tak mahu pergi tanpa memperjelaskan tentang sikap abg dan kenapa abg bertindak macam ni. Surat ini hanyalah luahan ikhlas dari hati abg. Sebab Awak sendiri tahu, abg tak mampu berhadapan dengan Awak. Abg tak mahu Awak lihat air mata abg.
Abg mintak maaf sebab terpaksa buat keputusan drastik ni. Tapi abg dah tak mampu menahan diri. Perasaan marah abg dah tak terbendung. Perasaan sayang pada Awak dah makin hilang. Maafkan abg jugak kerana tidak menghormati privasi Awak dan membaca nota cinta Awak padanya. Abg tak sangka Awak sanggup menipu abg. Abg masih ingat janji2 Awak dulu. Awak takkan mengecewakan abg, Awak takkan carik yang lain. Hati Awak hanya pada abg seorang. Awak tak pernah ingat waktu kita sama2 susah dahulu. Dan bila senang, Awak dengan mudah mencari yang lain.
Abang tak pernah mengungkit Awak. Abg tak pernah minta balasan. Sebagai kekasih awak tak pernah jujur menyayangi abg dan sebagai sahabat pun awak masih tak mampu berkongsi cerita dengan abg. Abg tahu segala kecurangan Awak dari sumber lain. Jahat sangat ke abg ni Awak?, Kejam sangat ker tindakan abg sekarang semata-mata kerana abg dah terlalu lama memendam rasa curiga pada Awak?, Jahat sangat ker abg?
Abg serahkan diri abg seadanya untuk Awak. Abg belajar menyintai Awak, Abg teguhkan pendirian demi menyahut cinta Awak. Abg pernah menahan lapar semata2 untuk memuaskan hati Awak. Sampai sekarang abg terus berkorban untuk Awak, Mendahulukan kepentingan Awak melebihi kemahuan abg. Tapi pengorbanan abg langsung Awak tak hargai. Malah Awak dengan bangga katakan bahawa dia yang banyak berkorban pada Awak. Abg pernah tanya, apa pengorbanan dia pada Awak? tapi sampai sekarang Awak tak mampu menjawab soalan semudah itu.
Mungkin dia bijak menyebut cinta, dan abg tahu awak perlukan kata2 cinta setiap hari sebagai tanda kasih sayang. Abg tak begitu. Bagi abg cukup dengan perhatian abg pada Awak selama ini. Kata cinta boleh disebut sesuka hati, dan tak perlukan keikhlasan untuk bercakap “aku cintakan kau’. Semua orang boleh melafazkan cinta. Mungkin itu kelebihan dia di mata Awak. Dan jika ucapan cinta boleh mengenyangkan Awak, maafkan abg kerana abg bukan manusia yang akan berkata cinta pada orang yang abg sendiri tak kenali sepenuhnya.
Kemudian abg cuba pujuk sendiri hati abg utk menerima Awak. Abg ‘kutip’ Awak kembali, abg cuba menyintai Awak semula. Abg ingat Awak akan berubah, tapi bila terbaca SMS Awak pada dia malam tadi, hati abg hancur. Lumat. Maafkan abg kerana mencuri baca SMS Awak, tapi itu sahajalah jalan yang abang ada untuk mengetahui kebenaran. Awak terus menipu abg dan semakin lama penipuan itu semakin teruk sampaikan abg terasa diri abg begitu bodoh.
Awak rajin bersolat, memohon doa, tapi abg pasti abg tidak mendapat tempat dalam doa Awak. Awak bersolat untuk menenangkan hati, tapi Awak terlupa, ada hati lain yang terluka disebabkan Awak.
Abg semakin tak mengenali siapa Awak sebenarnya. Awak semakin asing di mata abg. Abg tak malu mengaku yang Abg rindukan Awak yang lama. Awak yang dahulunya secara jujur menyintai Abg. Abg cuba berlagak biasa tapi jiwa ni tak mampu menipu Awak. Abg cuba buat macam biasa di hadapan kawan2 Awak, dan semakin itu abg terasa yang abg semakin membohongi diri. Ya, abg mengaku yang abg tak pernah rasa sebodoh ini. Abg rendahkan diri abg untuk memaafkan Awak, tapi sayangnya, sampai sekarang Awak tak menyedarinya.
Jika itulah harga sebuah kasih sayang, Awak telah merubah persepsi abg tentang cinta. Cinta itu terlalu murah buat Awak. Tapi tak pada abg. Abg cuba meletakkan diri abg pada tempat Awak, carik kesilapan abg, tapi sampai sekarang abg tak tahu apa salah abg pada Awak sebenarnya.
Awak kata, pasal abg Awak berubah, tapi Awak tak pernah beritahu apa sikap abg yang menjengkelkan Awak. Sampai sekarang jugak abg tak faham bagaimana Awak mampu menyayangi dua orang sekaligus. Tak, bukan dua orang, sebab cinta Awak pada abg selama ini hanya pura-pura. dia lah cinta sejati Awak, kan?
Yang pasti, Awak tinggalkan abg untuk seseorang yang Awak tak pernah jumpa. Awak risikokan cinta abg demi sebuah cinta yang entahkan wujud. Awak pernah ‘membunuh’ abg dahulu, dan kemudian Awak bunuh lagi ‘mayat’ ini. Tahniah dan terima kasih!
Dengan keikhlasan dan ucapan Bismillah, abg akhiri apa sahaja yang pernah abg mulakan, untuk Awak melangkah dengan bergaya menjalani hidup yang baru. Biarlah abg terus bermimpi dengan janji-janji yang pernah Awak taburkan. Abg bahagia begini…
Wasalam,
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...