Thursday, July 19, 2012

5 Foods That Can Trigger a Stroke

Semua sedia maklum bahawa strok berlaku apabila salur darah ke arah atau dalam otak pecah atau tersumbat oleh pembekuan darah yang mana menyebabkan sel otak mati kerana kekurangan oksigen dan nutrien. Lebih 30% strok adalah disebabkan oleh aliran darah ke otak tersumbat.

Strok merupakan penyakit yang amat digeruni dan langkah-langkah yang berkesan boleh diambil bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. Makanan merupakan salah satu faktor utama yang menjadi penyebab atau penggalak kepada strok.
5 kumpulan makanan utama yang telah dikenalpasti menyebabkan atau menggalakkan strok dan perlu dielakkan, iaitu:
1. Biskut, chips, pastri dan makanan bakar dari oven yang lain
Contoh: muffin, doughnut, dsb. yang mengandungi lemak trans yang tinggi (lemak trans nudah dikenali kerana ia tetap keras pada suhu bilik tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk) atau yang dilabel sebagai “partially hydrogenated oil” atau “hydrogenated oil”.
Perlu diingat bahawa lemak trans ini terdapat dalam semua makanan ringan, makanan disejukbeku, makanan perlu dibakar (termasuk salad dressing, microwave popcorns, tepung campuran kek, kentang sejukbeku, topping, dan lain-lain).
Pakar pemakanan mencadangkan pengambilan lemak trans ini perlu dihadkan supaya tidak lebih daripada 1 atau 2 gram sehari, atau jangan ambil langsung. Jauhi makanan ringan, terutamanya kentang goreng (fries).

2. Daging salai dan daging diproses
Contohnya: Sausage, hot dog, daging salai, ikan salai.
Daging diproses ini banyak mengandungi garam (sodium nitrat dan sodium nitrit) sebagai bahan pengawet yang boleh merosakkan salur darah dengan cara menyebabkan salur darah mengeras dan menjadi sempit, yang mana akhirnya akan menyebabkan penyakit arteri koronari. Makan daging salai juga dikaitkan dengan risiko mendapat diabetes dan kanser.

3. Soda Diet / Minuman Bergas
Kajian terkini menunjukkan 48% orang yang kerap minum air gas diet mendapat strok, serangan sakit jantung dan penyakit arteri koronari. Oleh itu, sebagai alternatifnya minumlah air mineral, lemonade, teh ais, jus buah-buahan, dan lain selain air bergas.

4. Daging merah
Lebih kurang 42% orang yang suka makan daging merah berisiko mendapat strok. Ini kerana daging merah mempunyai kandungan lemak tepu (saturated fat) yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko mendapat strok dan sakit jantung secara beransur-ansur, di mana plak protein akan berkumpul di arteri yang akhirnya akan menyumbat arteri. Selain itu, kandungan ferum (zat besi) yang tinggi dalam daging merah akan menambah zat besi heme dalam hemoglobin darah yang menyebabkan darah menjadi pekat dan menambah risiko mendapat strok.
Sebagai alternatif, gantikan dengan makan daging putih seperti ayam, ikan, arnab atau protein daripada tumbuhan (seperti kekacang), produk tenusu tanpa lemak, dan lain-lain.

5. Sop dalam tin dan makanan diproses
Semua sop atau makanan lain dalam tin dan makanan diproses atau campuran bahan-bahan yang sedia untuk dimasak/makan banyak mengandungi sodium (garam) sebagai bahan pengawet. Selalunya label pada makanan ini tidak menyatakan secara jelas kandungan garam sebenar di dalamnya kerana garam dalam makanan ini tersembunyi dalam bentuk lain seperti baking soda, serbuk penaik, MSG (monosodium glutamate), disodium fosfat dan sodium alginat.
Sebagai alternatifnya, masaklah sop dan makanan sendiri untuk lebih sihat dan selamat.