Saturday, July 28, 2012

Diabetes & Oral Health: How to Protect Your Teeth


Diabetes dan kesihatan gusi
Diabetes yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko masalah kesihatan gusi, antaranya ialah:
1. Lambat sembuh selepas menjalani pembedahan gusi/gigi.
2. Infeksi (jangkitan) fungus.
3. Mulut kering.
4. Gigi berlubang.
Dengan kata lain, jika kesihatan mulut dan gigi dijaga dengan baik, makan risiko masalah kesihatan gusi dapat dikurangkan. Diabetes menyebabkan badan kurang berupaya menentang infeksi kuman yang menyebabkan masalah gusi yang teruk.
Terdapat beberapa peringkat penyakit gusi. Peringkat awal penyakit gusi dikenali sebagai gingivitis di mana gusi bengkak, lembut dan berdarah terutamanya semasa memberus gigi atau floss.
Gingivitis (gusi bengkak)
Peringkat seterusnya, gusi mula kelihatan terasing daripada gigi dan kemudian membentuk poket yang boleh mengumpulkan bakteria dan menyebabkan infeksi. Jika infeksi ini tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang gusi. Jika terdapat infeksi seperti ini, pembedahan adalah diperlukan.
Bagi pengidap diabetes, pembedahan oral ini biasanya lambat sembuh, oleh itu biasanya doktor gigi akan membekalkan antibiotik dan bagi pengidap diabetes pula perlu mengawal kandungan gula sebelum dan selepas pembedahan bagi mempercepatkannya sembuh.
Pengidap diabetes juga menghadapi risiko infeksi fungus dalam mulut yang dikenali sebagai oral candidiatis, terutamanya bagi mereka yang memakai gigi palsu.
Mulut kering atau xerostomia juga merupakan masalah bagi pengidap diabetes di mana air liur kurang dikeluarkan. Ini menyebabkan bakteria menyerang tisu mulut atau gusi yang mudah luka dan bengkak, dan akhirnya gigi mudah reput.
Apa yang perlu dilakukan oleh pengidap diabetes?
1. Jaga kesihatan mulut, gusi dan gigi, berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2. Kumur dengan cecair kumuran mulut antibakteria yang banyak terdapat dalam pasaran bagi mengurangkan pengumpulan plak di gigi dan gusi oleh bakteria.
3. Selalu periksa mulut dan jika ada tanda pendarahan gusi, pengidap diabetes perlu jumpa doktor gigi dengan segera sebelum ia melarat dan sukar dibendung.
4. Bersihkan gigi di klinik pergigian setiap 3-6 bulan.
5. Pastikan pengidap diabetes memberitahu doktor gigi yang dia mengidap diabetes semasa membuat pemeriksaan, rawatan atau pembedahan gigi supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh doktor gigi.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...