Friday, August 10, 2012

Rakyat malaysia berpeluang untuk menyaksikan hujan meteor perseid


Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut. Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa di http://astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.

Kami amat berharap agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada warga kementerian dan agensi tuan/puan. Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Unit Komunikasi Korporat

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Tel: 03-2273 4303 Faks: 03-2273 5488

Layari Portal Pendidikan Sains ANGKASA url: [url]http://astronomi.angkasa.gov.my[/url]

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...