Saturday, September 22, 2012

Download game torrent pakai zbigz..

Assalamualaikum..

hari ini saya ingin mengajar kengkawan semua mcam mana nk download torrent pakai zbigz. 

satu persoalan: nape nk download pakai zbigz, pakai je la torrent directly, kn senang???

Jawapan: tak semua tempat boleh download torrent. sesetengah tempat berkerja, universiti (hampir kesemua, kolej2 tidak mengizinkan torrent. so, zbigz adalah alternatifnya...

terlebih dahulu kelebihan zbigz ini adalah:

1. boleh download torrent walau tempat kerja anda sekat torrent

2. download pakai IDM, so boleh sambung2 download ikut masa korang on komputer

3. masa yg lebih pendek, kelajuan mendownload yg lebih stabil

untuk memudahkan cara, tak perlu aku nk taip panjang, aku copy paste je dari satu blog kaedah dan cara2 nk download. selamat mendownload..

(AKU TAK HALALKAN ILMU YG ADA DISINI DIGUNAKAN UNTUK MENORENT / MEYEDUT CITE BLUE / PORN / LUCAH!! SEKIAN TERIMA KASIH )

sumber: http://www.omghackers.com/2012/03/zb...nt-dengan.html

Anda menyampah dengan fail Torrent yang ingin dimuat turun kerana jumlah seeders dan peers sangat sedikit? Anda mahukan alternatif kepada Torrific? Anda telah datang ke tempat yang betul kerana kini ZbigZ.com menawarkan perkhidmatan memuat turun Torrent melalui pautan terus (Direct Link).

Selain itu, ia menyokong pautan Magnet (Magnet Link) dan ini memudahkan kerja kita apabila tidak perlu lagi memuat turun terlebih dahulu fail metadata Torrent (.torrent).

Kelemahan yang nyata hanyalah dari segi kelajuan muat turun yang lemah/kurang/sedikit sekiranya anda memilih untuk memuat turun melalui servis percuma.

Cara Memuat Turun Torrent Melalui ZbigZ:

1.Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke ZbigZ.com. Dari sini, anda boleh memilih sama ada untuk memuat naik fail metadata Torrent yang telah anda muat turun, atau salin dan tampal pautan Torrent/pautan Magnet.

(Tips asdasdasd: sekarang zbigz sudah berwajah baru. dia akan merekod setiap torrent yg korang download. so, bila dah download, remove list torrent tu dengan menggunakan button "remove"..kalu tak, nnti akan keep..)






2. Pautan disalin.




3. Anda cuma perlu klik pada butang GO Free! Tunggu beberapa minit (Bergantung kepada saiz fail anda) untuk dimuat turun melalui ZbigZ, dan anda akan diberikan pautan terus. Sila muat turun melalui pautan tersebut.




(Tips asdasdasd: korang jgn klik download kat belah atas, tapi klik kat belah bawah (bahagian pecahan). kalu korang kelik download yg belah atas, dia still akan download gak, tapi bila nk unrar, file dia kompem akan corrupt..so, penat je la korang mendownload...kalu kelik yg bawah, file kompem tak corrupt)



Screenshot Updated:

Kelajuan muat turun dari ZbigZ adalah amat memuaskan sebenarnya, tambahan lagi jika anda menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Unifi. Paparan skrin (Screenshot) yang anda lihat di atas ialah kelajuan internet di pejabat Mr.Hac, yang telah di-throttle oleh pihak ICT (dengki la tu dia tak pandai download movie! haha!). Kelajuan di bawah pula ialah internet di rumah Mr.Hac sendiri, Streamix pakej 1mbps, dan kelajuan muat turun dari ZbigZ boleh mencecah sehingga 130kbps++.




(aku bukan owner blog omghackers ye, tak share apa saham dalam blog tersebut. apa yg aku sampai ini hanyalah ilmu.)