Friday, November 30, 2012

Prostate Cancer


Sejak kebelakangan ini semakin ramai orang lelaki yang mendapat kanser prostat, terutamanya di kalangan mereka yang berumur lebih 50 tahun. Lebih 65% lelaki yang mengidap kanser prostat ini berumur lebih 65 tahun. Kanser prostat ini selalunya tidak diketahui sehinggalah ia berada pada tahap akhir yang membahayakan. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian kanser ini dapat disembuhkan adalah besar iaitu pada kadar 90% kerana ia belum merebak ke bahagian/organ lain. Oleh itu pengesanan dan rawatan awal kanser ini amat penting.
Kelenjar Prostat
Prostat ialah kelenjar yang terdapat di dalam sistem pembiakan lelaki, terletak betul-betul di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Kelenjar ini mengelilingi uretra (saluran di antara pundi kencing dan liang di mana air kencing dikeluarkan).
Fungsi utama kelenjar prostat ialah menghasilkan bendalir seminal beralkali yang berwarna putih susu (air mani) bagi membantu sperma yang terkandung di dalamnya dapat hidup lebih lama, dengan cara meneutralkan persekitaran asidik faraj perempuan semasa berlakunya persetubuhan.
Selain itu, kelenjar prostat juga mengandungi enzim (5-alpha- reductase) yang berfungsi menukar hormon testosterone kepada DHT (dihdrotestesterone). Hormon ini lebih kuat daripada testesterone dan ia berfungsi bagi ransangan seksual dan fungsi lain bagi alat jantina lelaki.
Apa itu kanser Prostat?
Kanser prostat ialah pembentukan dan pertumbuhan sel kanser (malignant) di dalam tisu prostat.
Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menunjukkan simptom (tanda) tertentu, cuma pengidapnya akan mengalami:
1. Sukar kencing atau sukar berhentikan air kencing.
2. Kencing tak puas.
3. Sakit atau rasa panas semasa keluar air kencing atau air mani, terutamanya pada waktu malam.
4. Kerap kencing tapi aliran air kencing perlahan.
5. Darah dalam air kencing atau air mani.
6. Sakit semasa buang air besar.
7. Sesetengahnya mengalami masalah sembelit.

Jika terdapat tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa doktor. Jika tidak dirawat segera, kanser ini akan berkembang sehingga ke peringkat akhir dan merebak ke tulang.
Kanser prostat peringkat akhir akan menunjukkan tanda-tanda seperti:
1. Sakit tulang belakang di bahagian bawah dan tulang pinggul (pelvis), kemungkinan sel kanser telah merebak ke tulang. Jika telah merebak ke tulang, pesakit akan menunjukkan tanda sukar bergerak walaupun hendak melakukan pergerakan yang mudah. Juga sakit di tulang rusuk, abdomen dan paha.
2. Hilang selera makan dan turun berat badan, rasa mual atau muntah selalu.
3. Anemia (kurang sel darah merah).
4. Selalu demam.
5. Badan kelesuan.
6. Bengkak kaki dan di hujung-hujung jari kaki.
7. Lemah atau lumpuh di bahagian kaki.
8. Kulit gatal-gatal.

Cara Rawatan
Kanser prostat peringkat awal boleh disahkan dengan kaedah biopsi jarum halus. Kanser prostat peringkat akhir pula didiagnosis dengan ujian darah dan pemeriksaan rektum. X-ray pundi kencing dan tulang juga digunakan bagi menentukan sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain badan atau belum. Selain itu, diagnosis juga dilakukan dengan CT scanning dan magnetic resonance Imaging (MRI).
Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap kanser tersebut.

Thursday, November 29, 2012

Jawatan Kosong di KTMB (Car Park) Sdn. Bhd




KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi
Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak
1995. Syarikat ini mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan
mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :


  1. PEMBANTU TADBIR -  KEWANGAN

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN


Tarikh Tutup Permohonan: 30/11/2012

Jawatan Kosong di Lembaga Jurukur Tanah Malaysia




Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon jawatan
kosong seperti berikut:



  1. JURUUKUR (GEOMATIK)

  2. PENOLONG JURUUKUR (GEOMATIK)

  3. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT

  4. PENOLONG  AKAUNTAN

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN



Tarikh Tutup Permohonan: 29/11/2012

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia: Full Time


Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk
berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:



  1. ARTIS BUDAYA B17

  2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

  3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17

  4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17   

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN



Tarikh Tutup Permohonan: 11/12/2012

Wednesday, November 28, 2012

Osteoporosis On The Rise For Both Men And Women: How To Reduce Your Risk


Osteoporosis (tulang rapuh atau pengurangan jisim tulang) menyebabkan tulang mudah patah, tulang semakin mengecil atau memendek, tulang belakang bengkok, atau jika keadaan serius ia boleh menyebabkan kecacatan.
Apabila disebut saja osteoporosis, selalunya ia dikaitkan dengan wanita yang telah berumur. Namun sejak kebelakangan ini, osteoporosis juga semakin meningkat di kalangan orang lelaki dan golongan yang lebih muda. Dijangkakan osteoporosis di kalangan orang lelaki akan meningkat kepada 50% dalam masa 15 tahun akan datang.
Para saintis telah mengenalpasti faktor utama bagi risiko mendapat osteoporosis ialah diet yang tidak seimbang (makanan diproses, makanan banyak lemak, merokok, minuman keras, dsb.) dan gaya hidup tidak sihat (kurang bersenam, kurang aktiviti fizikal dan banyak duduk). Faktor-faktor ini akan mengakibatkan kekurangan mineral tulang.
Beberapa cara boleh dilakukan bagi melambatkan proses kemerosotan tulang secara semulajadi, di antaranya ialah:
1. Ubat pembinaan tulang (Bisphosphonates)
Bisphosphonates (ubat pembinaan tulang) berfungsi untuk melambatkan proses penuaan yang menyebabkan tisu tulang larut secara perlahan-lahan yang dikenali sebagai osteoporosis. Pengambilan bisphosphonates secara tetap dapat memperlahankan kadar pengurangan jisim tulang yang menyebabkan tulang mudah patah.
Namun begitu, pengambilan bisphosphonates juga boleh mendatangkan kesan negatif dalam jangkamasa panjang, seperti tulang peha mudah patah dan penyakit tulang rahang yang serius. Oleh itu, penggunaan kaedah semulajadi bagi memperlahankan penguraian tisu tulang dan membantu membina tisu tulang yang baru adalah lebih baik.
Di antara kaedah semulajadi yang disyorkan bagi menangani osteoporosis adalah seperti berikut:
2. Penyerapan nutrien
Keupayaan badan menyerap nutrien secara berkesan merupakan faktor yang penting dalam penjagaan kesihatan tulang dan ia berkait rapat dengan proses osteoporosis. Faktor utama terjadinya osteoporosis dikaitkan dengan proses penghadaman yang lemah, di mana akhirnya mineral yang diperlukan oleh badan diserap keluar dari tisu tulang. Contohnya, makanan produk tenusu yang kaya dengan kalsium, vitamin dan mineral sukar dihadamkan, dengan itu kalsium dan mineral yang perlu akan diserap keluar dari tisu tulang.
Oleh itu, bagi membantu menangani dan mensaimbangkan proses ini, lebih mineral adalah diperlukan dari suplemen dan makanan yang kaya dengan mineral (seperti rumpai laut dan sayuran hijau pekat), serta penambahan enzim penghadaman bagi menghalang pengurangan mineral yang diperlukan oleh badan.
3. Kalsium
Makanan kaya kalsium sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi, di samping memastikan jantung, otot dan saraf berfungsi dengan betul. Oleh kerana badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium secara semulajadi, sumber kalsium yang diperlukan oleh badan diserap melalui sayuran kaya kalsium seperti tauhu, brokoli, bayam, dsb. Pengambilan makanan ringan, seperti bijan, flax seed, almond dan brazil nut, dapat meninggikan kadar mineral bagi menguatkan tulang dan menghalang penyingkiran tisu tulang.
Jika sekiranya anda mengambil suplemen kalsium, pastikan ia juga mengandungi mineral lain (seperti magnesium) supaya proses penyerapan kalsium akan lebih berkesan.
4. Magnesium
Kekurangan magnesium biasanya dialami oleh wanita yang telah putus haid (menopause). Oleh itu, diet yang kaya magnesium, seperti bayam, koko, kekacang, peas, nuts dan bijirin tanpa kisar, di samping pengambilan suplemen magnesium – kalsium dengan nisbah 1-2:1, adalah perlu bagi membantu otot dan saraf berfungsi dengan normal, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membina tulang yang kuat.
5. Vitamin D3 (Cholecalciferol)
Vitamin D3 ialah hormon yang terbentuk secara semulajadi daripada sinar ultr-violet-B (UVB) matahari dan juga daripada makanan seperti cendawan shiitake, minyak hati ikan kod, ikan berlemak (salmon, sardin dan tenggiri).
Vitamin D3 diperlukan bagi kesihatan badan keseluruhannya. Selain daripada diperlukan bagi penyerapan kalsium, ia juga memainkan peranan penting dalam sistem imun, mengawal keradangan, dan melawan kebanyakan penyakit kronik, termasuk kanser.
Vitamin D2 (ergocalciferol) pula diperolehi daripada tumbuhan. Ginjal berfungsi menukar vitamin D3 dan D2 menjadi calcitrol, iaitu bentuk bahan aktif vitamin yang secara semulajadinya membantu mengekalkan tahap kalsium dalam badan. Calcitrol juga berkhasiat bagi melawan dan mencegah kanser.
Jika perlu mengambil suplemen vitamin D3, sebaik-baiknya pilihlah suplemen D3 yang sumbernya berasaskan makanan, bukannya yang diproses daripada bahan kimia tiruan.
6. Vitamin K
Vitamin K merupakan nutrien yang penting bagi kesihatan jantung dan tulang. Dua bentuk semulajadi yang diperlukan oleh badan ialah vitamin K1 dan K2. Vitamin K1 diperlukan bagi pembekuan darah manakala vitamin K2 diperlukan bagi mengawal atur kalsium dan memastikan kalsium diserap serta disimpan di dalam tulang bukannya tertinggal di dalam saluran darah dan tisu lembut yang lain. Vitamin K2 yang banyak tertinggal dalam darah boleh menyebabkan pengerasan saluran darah dan komplikasi yang lain.
Sumber vitamin K2 kebanyakannya daripada daging, hati, keju, kuning telur dan makanan ditapai. Vitamin K1 pula diperolehi daripada sayuran kale, bayam, brokoli, brussel sprouts, parsley dan lettuce (daun salad).
Kekurangan vitamin K (kedua-dua vitamin K1 dan K2) menyebabkan risiko penyakit berkaitan umur tua, seperti pengerasan arteri disebabkan oleh pengumpulan kalsium, tulang menjadi berliang (berpora) kerana kekurangan kalsium yang diserap.
Jika anda mempunyai risiko osteoporosis, sebaik-baiknya ambil suplemen yang mengandungi kedua-dua vitamin K1 dan K2 bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.
7. Kerap bersenam
Selalu bersenam secara tetap dapat membantu menambah jisim tulang, menguatkan tulang, mencegah kemerosotan tisu tulang dan meningkatkan kekuatan otot. Senaman yang sesuai ialah aktiviti fizikal kurang lasak seperti tai chi, berjalan pantas, berenang, dsb.

Sunday, November 25, 2012

Promosi Terbaekkk Penghabisan Stok


Promosi terbaekkk PENGHABISAN STOK kepada SEMUA AGENT dynamo/bahan pencuci & pemilik RESTAURANT, COMPANY CLEANING SERVICES, DOBI N.SEMBILAN, S'GOR & KL...
Kami adalah pembekal Sabun & Chemical terus dari kilang. membuka kepada semua agent2 yang berada di Selangor, KL dan N.Sembilan. 





PROMOTION BULAN APRIL(sehingga 30hb) Harga untuk minimum order 20 botol. Penghantaran PERCUMA (untuk area2 terpilih).



DYNAMO/LIQUID DETERGENT 10KILO = RM35

SOFLAN/SOFTENER 10KILO = RM28
DISH WASH EXTRA PEKAT 10KILO = RM38
FLOOR CLEANER AJAX FABULOSO LAVENDER 10KILO = RM42
TOILET BOWL ASID BASED CLEANER EXTRA STRONG 10KILO = RM30
CAR SHAMPOO 100WAX (kilat baek punya) 10KILO = RM28




DLL lagi.....lebih kurang 70 jenis chemical termasuk chemical industri..


CEPAT TAU SEMENTARA STOK MASIH ADE......PROMOSI SAH sehingga 30hb April 2012

BERMINAT????

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:


CALL/SMS : 019-6792011 (Rosli)

Saturday, November 24, 2012

MAXIS PACKAGE

MAXIS PACKAGE      

TELEPHONE LINE PACKAGE

TELEPHONE LINE PACKAGE



NoPackageRental (RM)Details
1KediamanRM 25 TM fixed line for personal users, business customers or business area address are not allowed to apply this package.
2PerniagaanRM 45 TM fixed line for business customer which installation address is a business area.


Bagi pendaftaran untuk mendapatkan perkhidmatan Talian Tetap,
sdr/sdri diminta memberi maklumat seperti di bawah ini bagi tujuan 
pemprosesan permohonan, melalui :-

email: chulax12@gmail.com

Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran Talian tetap secara online:
** Kad Pengenalan (Baru) hendaklah di scan dan hantar kepada 
kami bersama dengan maklumat berikut:-

Nama:
No. Kad Pengenalan (Baru):
No. Kad Pengenalan (Lama):
No. Telefon Mobile/ handphone:
Alamat Rumah untuk dipasang talian tetap:
E-mail:


Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
019-2595019 (Hafiz)



CELCOM PACKAGES

CELCOM PACKAGES



Package
Download Speed
Upload Speed
Monthly Fees
With Modem
C-Broadband Pro (Data Only)-RM1387.2Mbps2.0MbpsRM138No
C-Broadband Pro (Data Only + Modem) - RM138 (Free Celcom Modem)7.2Mbps2.0MbpsRM138Yes
C-Broadband Basic (Data Only)-RM983.6Mbps512KbpsRM98No
C-Broadband Advance (Data Only + Modem) - RM98 (Promo 2010) (Free Celcom Modem)3.6Mbps512KbpsRM98Yes
C-Broadband Basic (Data Only)-RM681.5Mbps512KbpsRM68No
C-Broadband Basic (Data Only + Modem) - RM68 (Promo 2010) (Free Celcom Modem)1.5Mbps512KbpsRM68Yes
C-Broadband Entry (Data Only)-RM48700Kbps384KbpsRM48No
C-Broadband Entry (Data Only+Modem) - RM48 (Free Celcom Modem)700Kbps384KbpsRM48Yes












TIME PACKAGE

   TIME Fibre package!
     
    TIME FIBRE HOME BROADBAND (PERSONAL PACKAGE)
 Speed8Mbps15Mbps30Mbps50Mbps100Mbps*
PriceRM129RM179RM259RM399RM179
QuotaUnlimitedUnlimitedUnlimitedUnlimited100GB
Boost Speed50MbpsN/AN/A
Boost Hour30 hours monthlyN/AN/A
Contract24 months / 12 months24 months
InstallationWaived for standard installation (24 months)
RM249 for standard installation (12 months)
Waived for standard installation (24 months)
RouterCisco Router
Stamp dutyRM10
Default billSoftcopy (E-bill)
Paper BillRM 5 /per month (Optional)
Foreigner DepositRM 500 (Refundable)
Notes
    TIME FIBRE INTERNET BASIC (BUSINESS PACKAGE WITH DYNAMIC IP)
 Speed6Mbps12Mbps24Mbps36Mbps
PriceRM168RM268RM368RM468
QuotaUnlimited
Boost Speed20Mbps30Mbps50Mbps50Mbps
Boost Hour15 Hours Monthly
Contract24 months
InstallationWaived for standard installation
Hosting1 email address and 1 domain name
Voice Line2 lines with 2 SLP
RouterCisco E1000 (Basic router)
IP1 dynamic IP
Fixed IPCan be purchased at RM500 for 1 fixed IP (One Time Charge)
Notes
    TIME FIBRE INTERNET PLUS (BUSINESS PACKAGE WITH FIXED IP)
 Speed6Mbps12Mbps24Mbps36Mbps
PriceRM688RM1288RM1788RM2288
QuotaUnlimited
Boost Speed20Mbps30Mbps50Mbps50Mbps
Boost Hour30 Hours Monthly
Contract24 months
InstallationWaived for standard installation
Hosting99 email address, web hosting, web builder, e-storage, 1 domain name (100GB)
Voice Line4 lines with 4 SLP
RouterCisco SRP527W (Advanced router)
IP1 fixed IP
Extra Fixed IPCan be purchased at RM500 for 5 fixed IP (One Time Charge)
Notes

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...