Saturday, April 13, 2013

Benarkah Minum Air Sejuk Boleh Melemahkan Zakar ?


Benarkah Minum Air Sejuk Boleh Melemahkan Zakar ?
Menurut kepercayaan perubatan tradisional Melayu, memakan makanan sejuk dan meminum air sejuk akan memudaratkan kesihatan terutamanya kesihatan alat kelamin.
Menurut kepercayaan sama juga, mengambil minuman atau makanan panas memberi kebaikan kepada fungsi badan termasuk fungsi syahwat.
Perkara ini juga terdapat dalam rawatan tradisional orang Cina dan India
Kepercayaan ini mungkin betul pada fahaman mereka tentang benda “panas” dan “sejuk”. Cuma mungkin fahaman kita yang berbeza tentang benda “panas” dan “sejuk” ini.
Contohnya, meminum minuman sejuk tidak sesuai untuk mereka yang batuk atau tekak yang radang. Ini disebabkan kuman lebih cepat membiak dan seterusnya kulit tekak tidak dapat mengawal pembiakan kuman dan jangkitan senang untuk merebak.
Bagaimanapun, fahaman bahawa dengan meminum air sejuk alat kelamin lelaki atau wanita menjadi lemah adalah tidak benar. Sebaliknya, mungkin dengan menjirus air sejuk ke alat kelamin yang sedang terangsang boleh membantutkan rangsangan. – Edisikini

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...