Monday, May 6, 2013

Kenapa Jodoh Lambat Datang?




Kenapa Jodoh Lambat Datang?


1. Usaha Anda Belum Sempurna - Usaha sudah dibuat tetapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Ada orang sudah mandi bunga sampai 99 kali tetapi masih tidak bertemu jodoh. Kenapa? Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tetapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Oleh itu, cuba dan cuba lagi.

2. Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia - Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Adakah anda benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan.

3. Anda Tidak Ada Daya Penarik - Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Anda Tidak Makbul - Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Sempurna - Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit.

Sumber

1 comment:

  1. baiki diri dan jiwa kita..insyaAllah yang baik2 akan tiba.. ;-)

    ReplyDelete

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...