Sunday, May 5, 2013

Petua Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki




Petua Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

1. Sarungkan seluar longgar

• Untuk menjaga testis tetap sejuk dan kualiti sperma sihat, jangan terlalu kerap memakai seluar ketat / jeans.

• Menurut pakar kesuburan, memakai seluar lebih longgar akan membantu menjaga testis tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

2. Banyakkan pengambilan zink

• Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma.

• Antara makanan yang kaya zink ialah makanan laut, daging merah, semua biji-bijian dan kekacang, termasuk juga produk kering seperti keju.

• Namun begitu, pengambilan zink tidak harus lebih dari 30mg setiap hari.

3. Berhenti Merokok

• Merokok merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.

4. Minum air putih.

• Minum 1.5 - 2 liter air mineral sehari penting untuk menjaga kesihatan tubuh.

• Minum kafein terlalu banyak seperti kopi boleh menurunkan pengeluaran sperma.

5. Cuci buah sebelum dimakan

• Racun serangga yang biasanya melekat pada sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan, mempengaruhi tingkat kesuburan.

• Untuk membatasi risiko, pakar kesuburan menyarankan lelaki untuk mencuci sayuran dan buah-buahan sebelum memakannya atau bertukar ke makanan organik.

Makanan Yang Boleh Membantu 
Meningkatkan Keupayaan Seks Lelaki:

• Telur Ayam Kampung
• Belut
• Madu
• Herba Tongkat Ali
• Ginseng
• Ginkgo

Amalan untuk Menjaga Tahap Kesuburan Lelaki:

• Jangan makan nasi berulam air. Adalah lebih baik jika minum setelah selesai makan iaitu 2 minit selepas suapan terakhir.

• Kurangkan memakan pisang embun.

• Jangan kerap minum air batu. Ini akan melemahkan keupayaan tenaga batin.

• Jangan hembus nafas ketika minum. Cara ini dikatakan dapat membantu daripada cepat penat dan mudah lemah.

2 comments:

  1. Untuk lelaki tip kesuburan. suami isteri main peranan. but all is nice tip. boleh lelaki praktis :)

    ReplyDelete

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...