Thursday, May 16, 2013

Suami Tak Kisah Soal Saiz Payu Dara?


Suami Tak Kisah Soal Saiz Payu Dara?

Suami Tak Kisah Soal Saiz Payu Dara? - MENURUT Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim, masyarakat negara ini lebih-lebih lagi kaum Melayu kurang memberi tumpuan dan mengambil pusing akan saiz payu dara seseorang wanita, meskipun isteri mereka sendiri.

Mereka sebaliknya mampu menerima saiz payu dara isteri mereka dengan seadanya.
Lebih-lebih lagi masyarakat kita mempunyai pegangan agama dan budaya yang kuat, seterusnya menghalang mereka daripada membuat sebarang pembedahan kosmetik untuk membesarkan dan mencantikkan payu dara.

“Walaupun ada sesetengah orang memandang berat perkara itu (saiz payu dara), kebanyakan kita tidak menganggapnya sebagai penting.

“Bahkan kadang-kadang kalau sesetengah wanita mendapati saiz payu daranya sedikit berlebihan (besar), ia menjadi perkara yang disorokkan kerana dianggap memalukan,” katanya.
Suradi berpendapat mereka yang sanggup melakukan pembedahan untuk mencantikkan payu dara ialah mereka yang suka memperagakan diri dan gemar memakai pakaian yang seksi.
“Jadi jika mereka mempunyai payu dara yang cantik, penampilan mereka dianggap lebih menarik.
“Bagaimanapun, mereka yang berpegang kukuh pada agama dan menutup aurat tidak akan melakukan pembedahan sedemikian.

“Secara peribadi, saya beranggapan kebanyakan suami sendiri tidak begitu mengambil kisah akan saiz payu dara isteri mereka,” katanya.

Suradi menganggap mereka yang bersyukur dengan keadaan fizikal seperti yang diciptakan Tuhan akan hidup dengan lebih gembira dan sejahtera.

“Mereka yang melakukan pembedahan itu tidak memikirkan masa depan, mereka cuma ingin kelihatan cantik pada masa sekarang sedangkan mereka sedar kecantikan itu tidak mungkin kekal,” katanya