Wednesday, June 5, 2013

Petua Untuk Mendapat Kenaikan Gaji






1. Salah satu faktor yang dapat meningkatkan kebarangkalian kenaikan gaji ialah tahap pendidikan. Dengan kata lain, sijil. Apakah lulusan tertinggi anda? Adalah lebih mudah untuk anda mendapat gaji yang lumayan sekiranya anda mempunyai sijil-sijil cemerlang yang berkaitan dengan pekerjaan anda seperti ijazah, pengetahuan yang tertentu seperti perakaunan, sains, fasih berbahasa inggeris, pandai menggunakan komputer dan sebagainya (bergantung kepada jenis pekerjaan anda)


2. Jika anda tidak ada sijil-sjil serta pengetahuan, fokuskan kepada aspek yang lain seperti sikap kepimpinan, kerajinan, berfikiran positif dan taat kepada syarikat. Dalam syarikat, pekerja yang lebih pandai Bahasa Inggeris dan kemahiran tertentu yang lain akan diberi kerja-kerja yang lebih mudah seperti membuat usahasama, berkomunikasi dengan rakan kongsi dan sebagainya manakala pekerja yang kurang mahir akan diberikan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran yang spesifik seperti menulis, menyalin dan lain-lain.


3. Jika anda malas bekerja, kurang pengetahuan dan tidak mahu belajar, asyik merungut serta menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu dan suka bergosip, anda mungkin boleh mendapat gaji tetapi bukan gaji besar.

4. Adakah majikan anda mampu untuk memberikan gaji yang lumayan kepada anda? Lihatlah keadaan syarikat. Jika syarikat anda kecil, tidak berkembang ataupun hampir bankrap, janganlah berharap untuk mendapat gaji besar melainkan anda tukar syarikat.