Tuesday, February 25, 2014

Injil kuno barnabas berusia 1500 tahun yang meramalkan kedatangan Nabi Muhammad SAW







Dunia telah di gemparkan dengan pengishtiharaan penemuan kitab injil kuno berusia 1500 tahun pada februari 2012 oleh kerajaan Turkey. Kitab ini diyakini adalah kitab asli ajaran awal Nabi Isa AS yang ditulis oleh salah seorang pengikut terawal baginda iaitu Barnabas. Tulisan kitab ini terdiri dari tulisan bahasa aramaic iaitu bahasa ibunda kepada Isa AS. Kitab ini diperbuat dari kulit haiwan asli dan tulisannya adalah dari emas yang dikatakan berusia 1500 tahun iaitu hampir 100 tahun sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW dan juga peristiwa hijrah. Isu ini telah menjadi perdebatan hangat oleh dunia terutama oleh golongan tertinggi gereja Vatican kerana isi kitab ini yang mampu mengocangkan pegangang penganut agama kristian di dunia. 

Banyak perkara yang dibangkitkan mengenai kitab ini kerana sebelum ini kitab barnabas memang ditolak oleh pihak gereja kerana ajarannya menyimpang dari ajaran yang biasa terdapat dalam kitab injil yang lain. Seperti kitab ini telah mengakui tentang ramalan kelahiran nabi Muhammad SAW dan juga kedudukan nabi Isa AS hanyalah seorang nabi. Pihak Vatican telah cuba menimbulkan beberapa keraguan tentang originality kitab ini serta menolak kitab ini sebagai asli tetapi mereka masih lagi berminat untuk meneliti isi kandungan kitab barnabas ini. 

Sebelum didedahkan kepada umum kitab ini telah disimpan oleh kerajaan turki dan dirahsiakan hampir 12 tahun. Kitab ini telah ditemui oleh pihak berkuasa turkey dalam rampasan serbuan keatas sattu sendikit penyeludupan di turkey. Sehingga kehari ini kerajaan turkey masih lagi tidak melakukan kajian sepenuhnya tentang kandungan kitab ini dan mereka merancang untuk membuat analisa penuh secepat mungkin.

Terdapat 3 versi kitab injil barnabas iaitu kitab barnabas bebahasa italic, berbahasa Spanyol dan yang terakhir kitab barnabas ini yang ditemui di turkey iaitu bahasa asli Nabi Isa AS iaitu bahasa Aramaic. Manuskrip Injil Barnabas versi Spanyol telah hilang dari peredaran, namun sebagian teksnya muncul di transkrip pada abad ke-18. kemunculan kitab injil barnabas turkey ini adalah satu titik penting dalam sejarah islam dan kristian kerana kitab ini lebih tua dari kitab sebelumnya dan ia juga lebih tua dari kitab al quran al kareem. Menteri Kebudayaan Turki, Ertugrul Gunay, juga percaya bahawa kitab Bernabas asal Turki ini adalah versi asli Injil Barnabas.

Dari dua versi sebelum injil barnabas turkey, dua kitab barnabas ini menerangkan tenatang tentang kemunculan islam serta nabi Muhammad SAW. Oleh itu kitab barnabas ini lebiih dianggap selari dengan ajaran islam. Teks didalam kitab barnabas telah menyangkal tentang konsept ketuhanan Isa AS dan juga menolak konsep trinity, kepercayaan kristian yang menyatakan Allah SWT itu mempunyai tiga bentuk atau bahagian iaitu, Bapa, Anak dan Roh kudus.

Didalam kitab ini juga menerangkan bahawa si Judas Iskariot adalah orang yang mati disalib dan bukan nabi Isa AS. Perdebatan soal isi kandungan kedua kitab Barnabas sebelumnya pun kembali marak setelah Injil Barnabas Turki muncul. Phil Lawler, editor Catholic World News (CWN), menyatakan, kitab Barnabas Turki dapat diterima. Namun, manuskrip itu masih belum diterjemahkan, kerana tidak ada yang tahu secara tepat apa isi kandungan dari kitab itu.
Phil mengatakan, satu media Iran, Basij, melaporkan penemuan Kitab Barnabas Turki ini. Oleh Basij disebutkan, Injil Barnabas Turki ditulis pada abad ke-5 atau ke-6 Masehi. Phil membantah keras pendapat ini. Persoalann yang dia ajukan adalah, Barnabas hidup bersamaan dengan Nabi Isa AS dan dia adalah salah seorang dari 12 muridnya . “Ini pasti ditulis oleh seseorang yang mengaku mewakili Barnabas,” kata Phil, seperti diambil dari Daily Mail.

Ramalan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW yang tertulis didalam kitab Barnabas sebelumnya juga disangkal. Kerana, menurut Phil, aspek penanggalan manuskrip itu sangat penting. “Jadi apa yang Turki miliki sekarang adalah sebuah dokumen tua, tetapi kami meragukan kitab yang saat ini diperdebatkan,” kata Phil. Dia juaga mengaikan kemunculan kitab ini adlah propaganda regime Iran untuk melemahkan peganggan orang-orang kristian.

Rumusan,

Amatlah menguntungkan umat kristian mengenai penemuan kitab ini, jika isi kitab ini adalah selari dengan dua kitab yang lain. Ini bermakna bahawa islam, Muhammad SAW dan Al Quran adalah benar. Jadi kitab ini akan mengoncangkan dunia penipuan Vatican dalam kristian. Dan mengembalikan maruah Nabi Isa AS sebagai seorang rasul yang mahsum dan bukan seorang yang dihina dan mati dalam keadaan hina disalibkan. Oleh itu kitab ini mampu memberikan tsunami keraguan kepada umat kristian dan mungkan dapat mengembalikan tauhid mereka kepada allah. Apa yang menjadikan ktab ini istimewa ialah. Kitab ini terlebih dahulu menceritakan tentang kebenran islam sebelum Muhammad itu dilahirkan, ini kerana kitab itu telah berusia 1500 tahun dan kalau dicongak secara kasar ia adalah 100 tahun lebih awal sebelum hijrah nabi Muhammad SAW ke madinah. Jika Al Quran itu palsu dan Nabi Muhammad itu seorang yang pendusta dan palsu. Manamungkin sebuah kitab lebih awal meramalkan kelahiran baginda dan ajarannya. Ternya agama islam ini adalah agama sebenar yang mentauhidkan Allah SWT. Tentang kebenaran kitab ini hanyalah Allah SWT yang lebih mengetahui Wallahualam.

Sekian,

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...