Saturday, April 12, 2014

4 Produk Hot Untuk Dropship Beserta Pembekal

Gudang
Jika anda mahu memulakan bisnes dropship, pasti anda sedang pening kepala untuk membuat keputusan produk apa yang boleh anda jual dan di mana pula mahu mencari pembekal produk dropship tersebut.
Usah risau kerana dalam artikel ini, anda akan di dedahkan dengan beberapa produk yang berpotensi untuk anda mulakan bisnes dropship anda. Tambahan pula, anda juga akan di kongsikan dengan beberapa pembekal yang menjalankan system dropship tersebut.
Jika di ikutkan, kebanyakan pembeli produk melalui internet ialah wanita dan jika anda memasarkan produk yang berkaitan dengan kaum hawa ini, anda punya potensi untuk meningkatkan jumlah jualan.

Produk 1 : Handbag

Memang tidak di nafikan perempuan memang sukakan handbag dan tahukah anda mereka memang gemar membeli handbag sebagai koleksi atau pun di jadikaan hadiah buat ibu atau rakan-rakan. Maka, menjual produk handbag merupakan satu cara untuk anda mulakan bisnes dropship anda.
Handbag yang sering di cari oleh wanita sudah tentu datangnya dari jenama yang hebat. Namun pada masa yang sama mereka tidak begitu mengharapkan ia 100% original kerana harganya terlalu tinggi. Oleh itu, ramai wanita di luar sana memang suka dengan handbag yang berjenama, harga berpatutan dengan GRED A. Maka di sini anda boleh cuba untuk memilih pembekal handbag seperti itu melalui website ini:
www.handbagwholesale.my
Anda akan rambang mata melihat senarai handbag dan purse dari website tersebut. Sebelum bermula, pastikan dahulu anda menghubungi admin website tersebut dan maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu menjadi ejen dropship. Ini penting supaya anda boleh maklumkan kepada pihak mereka supaya tidak menghantar resit rasmi kepada pelanggan dengan URL website mereka. Jadi pastikan semua hal dan aspek di bincangkan terlebih dahulu sebelum anda memulakan proses pemasaran.

Produk 2 : Produk  Islamik

Produk-produk islamik memang tidak dapat dinafikan lagi mempunyai permintaan yang agak tinggi. Pakaian yang terdiri daripada tudung, jubbah, tshirt muslimah dan juga blouse labuh memang menarik perhatian kaum muslimin dan muslimat. Jika anda mahu menjual produk seperti ini, anda boleh mendapatkannya melalui pembekal-pembekal berikut:-
www.demiborong.com
Terdapat pelbagai jenis pakaian muslimah ditawarkan oleh website demiborong.com. Dari jubah, tshirt, tudung, blause malah kain sulam juga turut ditawarkan.
www.youngkhalifah.com
Sesuai dengan namanya “Young Khalifah” yang bermaksud “Khalifah Muda”, website ini banyak menawarkan produk-produk dropship berbentuk “educational toys” untuk anak-anak muslim. Sejadah, al-quran, muslimah doll malahan telekung dan pakaian renang muslimah juga turut ditawarkan di website ini.
www.iluvislamshop.com
Terkini, pihak iluvislam.com juga telah membuka online store yang menjual produk-produk islamik. Banyak bahan-bahan bacaan bercetak serta bahan ilmu ditawarkan di website ini. Mereka juga turut aktif melantik dan melatih agen-agen dropship bagi online store mereka.

Produk 3 : Produk Kesihatan

Produk kesihatan juga  merupakan produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi di internet. Jika anda mahu menjual produk sebegini, anda boleh mendapatkan produk tersebut dari pembekal berikut.
www.dropship.im
Boleh dikatakan, dropship.im adalah merupakan pembekal dropship yang agak profesional di Malaysia berbanding pihak pembekal dropship yang lain. Sistem website yang canggih memudahkan para agen dropship untuk berurusan dengan mereka sama ada untuk membuat order, menyemak stok ataupun menyemak status penghantaran. Produk-produk yang dibekalkan juga adalah merupakan produk-produk yang sememangnya sangat hot dipasaran.

Produk 4 : Hadiah Kreatif.

Hadiah-hadiah kreatif seperti mug, puzzle, bantal, tshirt dan sebagainya, seringkali juga dicari oleh ramai orang di internet.  Salah satu pembekal dropship professional yang boleh membantu anda memulakan bisnes di dalam menjual produk kategori ini ialah website:
www.heartbeat.my
Dengan menjual produk-produk kreatif seperti ini , anda boleh menjana keuntungan sehingga 50%. Ianya adalah kadar keuntungan yang agak tinggi bagi bisnes dropship. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah dapatkan gambar design dari pelanggan, kemudian berikannya kepada pihak pembekal.
Pihak pembekal akan mencetak gambar tersebut kepada produk pilihan pembeli, sama ada mug, tshirt, bantal, mousepad dan sebagainya, kemudian, mereka akan bungkus dan hantarkan terus ia kepada pembeli.
Bagi sebuah mug yang berjaya anda jual secara dropship, anda boleh menjana keuntungan sekitar RM20. Bayangkan jika anda dapat menjual 50 mug sebulan. Dengan mudah anda boleh menjana RM1,000 sebulan.
Baiklah, itu sahaja antara produk hot yang boleh saya  kongsikan buat anda pada kali ini. Pilihlah mana yang anda suka dan sesuai untuk anda mulakan bisnes dropship anda hari ini.

Semoga berjaya!