Saturday, April 12, 2014

Keistimewaan Penderma Darah yg diberi oleh KKM


Tahukah anda?


Keistimewaan Penderma Darah yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Berdasarkan Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

KEKERAPAN MENDERMA dan KEISTIMEWAAN RAWATAN 

a) 1 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

b) 2 kali (dalan tempoh 12 bulan)

-Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

c) 2 ~ 5 kali

- Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

c) 6 ~ 10 kali

-Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

d) 11 ~ 15 kali

-Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

e) 16 ~ 20 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

f) 21 ~ 30 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

g) 31 ~ 40 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

h) 41 ~ 50 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

i) Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Cara utk mendapatkannya.
Hanya pergi dimana-mana hospital kerajaan dan bawa bersama buku kecil merah yg diterima semasa menderma darah.