Saturday, April 26, 2014

Smartphone OnePlus One Dilancarkan Secara Rasmi High End Paling Murah!






Syarikat pengeluar dari China iaitu OnePlus baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai OnePlus One dan bercakap mengenai syarikat ini, ianya merupakan syarikat yang diasaskan oleh bekas pekerja Oppo.

One Plus ini juga akan mempunyai pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5Ghz, 3GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB, mengunakan CyanogenMod 11 dengan Android 4.4 KitKat.

Kamera pada OnePlus One ini adalah 13 MP f/2.0 Sony Exmor IMX214 manakala kamera hadapan adalah 5MP dan pengguna boleh menggubah bahagian panel belakang telefon pintar ini mengikut citarasa mereka.

Bercakap mengenai bateri yang merupakan antara komponen terpenting didalam telefon pintar, OnePlus One ini mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh dan dikatakan mampu bertahan sehingga satu hari dengan pengunaan teknologi yang dirahsiakan setakat ini.
Reka bentuk OnePlus One juga dilihat sangat nipis dan ianya dilengkapi skrin paparan berukuran 5.5-inci dengan dimensi 152.9 x 75.9 x 8.9mm yang hampir sama dengan ukuran Find 7 yang mempunyai 152.6 x 75 x 9.2mm.

selain itu, OnePlus One didakwa sebagai telefon pintar dengan skrin paparan 5.5-inci paling ringan didunia iaitu pada kadar 162 gram hasil pembuatan daripada Magnesium.

OnePlus One juga merupakan telefon pintar pertama didunia hadir dengan pembesar suara ‘stereo’ pada bahagian bawah hasil kerjasam dengan JBL

OnePlus One akan mula dijual mulai suku kedua di Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Lebih banyak pasaran akan mendapatnya selepas itu.

Harga penjualan OnePlus One adalah seperti yang dilaporkan sebelum ini iaitu serendah $299 (RM 976) bagi versi 16GB dan $349 (RM 1,140) bagi versi 64GB dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih



No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...