Monday, May 26, 2014

INFO GAHARU


Apa itu Gaharu ?


Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).



Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.



Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.



Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.



Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.


Nilai Gaharu

Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.

Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.

Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.


Kesesuaian Kawasan Tanah

Spesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.



Sistem Penanaman

Tiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.



Penyediaan Tapak Tanaman

Tanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur.


Kaedah Penanaman

Kerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.


Penjagaan Dan Rawatan Tanaman

Anak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti pembersiahan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.



Rawatan Inokulasi Penghasilan Gaharu

Secara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa.



Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas.




Proses inokulasi ialah proses menebuk dan



memasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.


Penuaian / Penghasilan Gaharu

Penuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu.



Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok.



Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 6 – 7 tahun atau lebih 10 tahun.



Semakin lama jangka masa penuaian akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti penghasilan gaharu. Setiap pokok gaharu dianggarkan boleh mengeluarkan 5 – 20 kilogram gaharu




No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...