Tuesday, May 6, 2014

Insurans Kemalangan PERCUMA TuneTalk/Tone Excel

Salah satu kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna prepaid Toneexcel ialah kemudahan Perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100,000 dari pihak Tune Insurance.
1. Perlindungan insurans ini adalah automatik dan percuma apabila anda topup RM30 RM50 dan ke atas pada bulan sebelumnya.
2. Polisi insurans anda tertakluk kepada 60 hari “tempoh bertenang” . Hari yang ke 61 pengaktifan simkad,  anda layak untuk mendapat perlindungan insuran kemalangan peribadi tersebut secara percuma 

insurans-toneexcel
Update terkini.
Mulai 1 Mac 2014 kriteria kelayakan PA Insuran di atas digunapakai. Oleh itu, kita perlu topup sekurang-kurangnya RM50 dalam bulan Februari 2014 untuk menikmati PA Insurans PERCUMA bagi bulan Mac 2014.
Topup bulanan terkumpul diambilkira pada bulan sebelumnya untuk menentukan kelayakan PA Insuran bagi bulan semasa (contoh: top up RM50 atau lebih pada bulan Februari dan layak PA Insurans PERCUMA untuk Mac)
p/s: Liputan PA Insurans bermula dan berakhir berdasarkan setiap bulan (contoh: 1 Mac-31 Mac)
Untuk mengetahui samada anda telah layak atau belum layak, sila semak kelayakan anda dengan cara memasukkan no kad pengenalan anda di tempat yang disediakan di sini - Eligibility Checker
2. Nombor Polisi adalah angka 16 Digit yang tertera sebagai nombor siri Sim Kad di bahagian belakang Sim kad anda. Sila simpan keratan Sim Kad tersebut.
3. Pewaris ada secara otomatik saudara terdekat (next of kin). Jika anda ingin meletakkan pewaris atau penama lain, sila ikut arahan di no (5)
4. Jika semasa pengaktifan SIM Kad, anda telah memberi maklumat IC atau nama yang salah, anda tidak layak untuk mendapat perlindungan insuran tersebut. Sila betulkan nama dan IC tersebut dengan menghubungi pejabat Tone Excel (603-90563809) atau terus di 13100 (Tune Talk). Sila berikan salinan kad pengenalan anda kepada mereka.
5. Untuk mengetahui butiran penuh polisi, borang penama waris dan borang ‘claim’ insuran tersebut, anda boleh mendapatkan di POLICY WORDING, NOMINATION and CLAIM FORM (sila klik)
8. Anda juga boleh melihat dan membaca soal jawab berkenaan Perlindungan Insuran Kemalangan ini di laman web berikut:
Jika anda mempunyai apa-apa kekeliruan mengenai insuran ini, anda boleh call kepada TuneTalk Claim Customer Service Officer ditalian 03-2070-2828 / 03-2070-8033.
Okay, sekali lagi saya menyarankan anda mengambil sedikit masa untuk menyemak maklumat-maklumat diatas bagi mengelakkan salah faham dikemudian hari.
  •  Insurans ini tidak melindungi penunggang motosikal\
  • Insurans ini hanya boleh lindungi kecacatan kekal dan kematian akibat kemalangan sahaja. Kecederaan seperti patah tangan / kaki tidak dilindungi kerana tulang yang patah akan bersambung semula dan tidak dikategori sebagai kecacatan kekal :)
  • Insurans ini adalah insurans konvensional, bukan takaful. Jadi, buat yang tak berminat atau ragu-ragu, tidak perlu melanggan perlindungan insurans ini.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...