Friday, May 2, 2014

Koleksi Kisah Menarik Sekitar Pulau Nangka..



*AMARAN! Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak boleh menerima perkara yang diluar akal.

1) Pulau Nangka merupakan sebuah pulau yang terletak dalam wilayah negeri Melaka, Bandar Raya Bersejarah. Pulau ini telah diwartakan sebagai pulau bersejarah dan ia terletak dalam gugusan Pulau Besar. Pulau ini pada asalnya adalah hak milik satu keluarga Baba Nyonya / Cina yang menjadi buruh ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Kerana kerajaan tak mampu membayar upah kepada keluarga Cina ini, mereka telah memberikan Pulau Nangka sebagai bayaran kepada keluarga Cina tesebut. Kemudian pihak muzium telah membeli pulau tersebut dengan dana daripada kerajaan negeri pada awal 90-an dan sehingga kini, pulau tersebut telah berada dibawah jagaan PERZIM. PERZIM pula merupakan sebuah badan kerajaan yang menjaga bidang sejarah dan muzium di Melaka.

2) Di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok-pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah. Dipercayai makam tersebut adalah makam para perjuang semasa era Melaka diserang Portugis dahulu kala. Terdapat juga makam pahlawan disekitar lereng bukit tersebut yang menghadap ke arah laut. Namun tidak dapat dipastikan makam siapa sebenarnya.

3) Jika kita ingin mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki, kita boleh mengelilinginya dengan hanya memakan masa sekitar sejam setengah bagi manusia yang cergas. Agak lama kerana kita perlu memanjat batuan-batuan yang bersaiz amat besar.

4) Di sekitar pulau, anda akan menemui banyak batuan yang unik dengan pelbagai ukiran serta pelbagai corak. Ada batu yang berbentuk seperti wajah orang. Ada juga batu seperti berbentuk ikan lumba-lumba a.k.a dolphin. Ada juga batu yang berbentuk pelantar kapal. Ada juga batu berukiran kalimah Muhammad. Ada juga batu bertanda kalimah ALLAH. Ada juga batu bertatahkan kalimah Al-Mahdi. Ada juga batu yang dicantumkan. Ada juga batu yang terlihat kesan potong seperti potongan pedang. Ada juga batu yang dicantumkan dengan simen dan besi.

5) . Menurut seorang pegawai PERZIM, di pulau tersebut sebenarnya ada banyak sangat harta berbentuk jongkong emas, syiling emas, berpeti-peti dan banyak juga alat-alat kebesaran diraja serta perhiasan diraja. Menurutnya, kesemua harta ini disimpan oleh Pahlawan Melaka terdahulu atas arahan Sultan bagi persiapan untuk orang Melau di akhir zaman. Semua harta ini sudahpun diwariskan kepada beberapa orang dan kesemua waris itu menghilangkan diri. Ada beberapa orang waris sahaja yang telah benar-benar muncul. Namun, kesemua waris ini tidak membenarkan harta itu diambil kerana orang yang mahu mengambilnya tidak kena cara. Harta ini telah diamanahkan untuk perjuangan akhir zaman. Ia boleh digunakan oleh orang-orang tertentu bagi membantu perjuangan Al-Mahdi kelak.

6) Pada 1997, Dato Haron Din telah masuk ke Pulau Nangka bersama seorang anak muridnya atau orang kanannya. Mereka berdua telah membangunkan sebuah pondok di dalam Pulau Nangka bagi tujuan membuat amalan rohaniah untuk menaikkan harta-harta tersebut. Dato Haron Din telah berada di pulau tersebut selama 40 hari. Dato Haron Din membuat kenyataan bahawa tiada harta yang berjaya dinaikkan namun, menurut pekerja yang menghantar makanan untuk Dato dan orang kanannya itu yang berulang alik menaiki bot laju telah mendakwa banyak keris-keris kecil, dan beberapa barang berharga telah berjaya dinaikkan oleh Dato Haron Din.

7) Terbaru, pada beberapa ketika lepas, pondok Harun Din tersebut telahpun dirobohkan oleh pihak PERZIM bagi mengelakkan lebih ramai orang yang datang ke pondok itu dan membuat amalan pemujaan dan khurafat.
8) Sekitar tahun 80-an dahulu, sebenarnya telah banyak berlaku cubaan mengambil harta-harta tersebut. Antara yang mencuba nasib adalah Angkatan Tentera Malaysia, Komando (kerana pulau ini pun sebahagian daripada lokasi latihan mereka), JMF, Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, orang-orang Mahatir, penyelam-penyelam dari barat, sailor daripada barat dan ramai lagi. Ketika tahun 80-an, itulah waktu paling agresif berlakunya cubaan memasuki binaan di dalam pulau tersebut. Ketika itu, banyak berlaku pelanggaran dan banyak anasir barat yang datang masuk untuk campur tangan. Mereka menarik bongkah-bongkah batu besar itu dengan menggunakan tali sebesar genggaman tangan orang dewasa dengan kapal laut yang besar-besar. Mereka cuba membuka jalan di sekeliling pulau tersebut dengan mengalihkan batu-batu besar dari puncak bukit jatuh ke pantai. Namun, kesemua mereka gagal.

9) Pada satu masa dahulu, ada seorang hamba ALLAH ini bernama Pak Mat (bukan nama sebenar). Dia telah membawa sekitar lebih kurang 10 orang anak muridnya masuk ke dalam pulau tersebut bertujuan untuk membersihkan pulau tersebut. Tidak disangka-sangka, seorang daripada anak muridnya telah terpijak satu lubang dan terjerumus jatuh ke dalamnya. Telah banyak usaha dibuat untuk menaikkan anak murid yang seorang ini namun tidak berjaya. Kemudian, Pak Mat datang membawa tali dan mengulurkan kepada anak muridnya itu dan Pak Mat pun turun untuk membantu anak muridnya naik ke atas. Menurut anak muridnya itu, dia ternampak kilauan emas di dalam lubang tersebut. Sejurus selepas itu, Pak Mat pun menyuruh mereka semua keluar daripada pulau tersebut. Ketika hendak keluar, Pak Mat berpesan, jangan sentuh apa-apa dan jangan datang semula ke pulau itu untuk ambil harta tersebut. Mereka semua telah disuruh keluar. Tapi pada malamnya, ada seorang muridnya yang langgar pantang tersebut dan kembali ke pulau untuk cuba mengambil harta tersebut. Keesokannya, murid tersebut ditemui mati. Di dadanya terdapat tanda pangkah berwarna hitam.

10) Pada tahun 2004 pula, ada satu kumpulan tarekat telah masuk ke pulau ini dan membuat zikir beramai-ramai pada waktu malam. Namun ketika itu telah terjadi huru-hara dan kesemua mereka disuruh keluar. Mereka berzikir habis pusing satu pulau dan banyak yang tidak baik telah terjadi.

11) Pada April 2012, sebuah company swasta daripada Gombak Batu 6 telah diberi kebenaran untuk menjalankan projek eskavasi di Pulau Nangka. Syarikat itu bernama Smart Partnership International Sdn Bhd diketuai oleh Md Fuad Khusairi. Syarikat ini jugalah yang pernah cuba menaikkan harta Flor De La Mar yang tenggelam di Laut Selat Melaka beberapa tahun sebelum mereka masuk ke Pulau Nangka untuk projek eskavasi. Menurut khabar angin, ketika itu mereka berjaya menaikkan satu peti harta dari Flor De La Mar namun setelah itu telah berlaku pergaduhan dan mereka telah mencampakkan kembali peti tersebut ke Selat Melaka.

12) Apa yang menjadi punca mereka gagal menemui pintu masuk sehingga kini tak banyak, hanya 3 perkara sahaja.

12a) Mereka telah mengetepikan waris yang ada di dalam pasukan mereka dan menyingkirkan waris tersebut daripada terus berada di dalam pasukan sebagai penasihat pasukan eskavasi. Banyak pertengkaran antara ketua mereka dengan waris tersebut telah berlaku dan akhirnya waris itu disingkirkan.

12b) Mereka telah membuat cara 'paksa' untuk harta itu keluar dengan cara menebuk batu, merosakkan struktur pulau, menggerudi batu besar sehingga suasana menyedihkan berlaku, menggali dengan paksa tanah-tanah yang ada dan banyak lagi. 

12c) Pemodal mereka bukanlah orang Islam tetapi adalah orang Cina daripada bandar Melaka iaitu taukeh sebuah kedai Honda. Berdasarkan perjanjian si waris, sesiapa yang hendak mengambil harta di pulau itu haruslah meminta izin daripada si waris dan ia hanya boleh diberikan kepada ORANG ISLAM SAHAJA !

13) Pada akhir 2012 dan awal 2013, ada satu pasukan daripada pihak Sultan Johor telah dihantar bagi membantu pasukan Smart Partnership ini dalam acara eskavasi tersebut. Kesemua mereka datang dan cuba mengambil harta itu secara paksa namun telah dicabar oleh waris tadi, "kalau korang nak, jom beradu tenaga dengan aku... kita tengok siapa yang berjaya!" Setelah digertak begitu, akhirnya pasukan tersebut mengundurkan diri dan tidak datang lagi ke Pulau Nangka.

14) Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua d pulau Nangka. Berdasarkan imej imbasan, dijangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan. Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain.