Sunday, May 25, 2014

Kurus Tapi Kolestrol Tinggi..


Info Ringkas:



* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.


* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik. 
200 to 239 - tahap sempadan tinggi 
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal. 
130 to 159 - sempadan tinggi. 
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung. 
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung. 


Punca Kolestrol Tinggi Bg Si Kurus

1-Kurang bersenam
2-Pola pemakanan yang teruk
3-Gaya hidup tidak sihat
4-Alkohol
5-Stress


Kenapa kita mesti takut sangat kolesterol ni?

Kolesterol ni adalah bahan utama penyebab salur darah tersumbat( atherosclerosis ). Macam longkang rumah kita, kalau longkang tu licin dan tidak ada sampah, airnya lancar saja meluncur pergi membawa kotoran. Tetapi apabila ada bahagian longkng yang pecah atau sumbing, maka sampah mudah tersekat. Mulanya lidi kecil saja lekat, lepas tu akan terkumpulnya sampah yang lain, plastik, sisa makanan dan akhirnya kalau tak buang akan tersekat seluruh longkang. Mulalah nyamuk membiak dan jadi penyakit.

Serupa juga dengan kolesterol. Kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi adalah sahabat karib, TheTthree Stooges. Kencing manis dan darah tinggi adalah penyebab utama cedera salur darah semacam longkang pecah dan sumbing. Apabila salur darah cedera, kolesterol jahat akan berkumpul di tempat cedera dan membentuk plag. Makin lama dibiarkan makin besar plag dan salur darah makin tersumbat dan akhirnya darah tersekat. Kalau darah tersekat di jantung maka jadi serangan jantung. Kalau darah tersekat di otak jadi strok. Kalau darah tersekat di kaki maka jadi kaki gangrene.


p/s : Setelah kuselidik gaya hidup..mmg byk duduk dpn pc, kurang bersenam, suka makan telor dan nasi lemak pagi2..nampaknya kena ubah gaya hidup..JOM UBAH..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...