Saturday, May 24, 2014

PIALA THOMAS 2014 : Final : Ahad 25hb, 5.30pm. MSIA vs Jepun



Game Pertama: Perseorangan Pertama.

Walaupun kita mengharap Malaysia menang, kita kena terima hakikat bahawa pemain Jepun berada dalam form yang terbaik setakat ini sehingga boleh menumbangkan China dan tidak keterlaluan boleh menumbangkan Malaysia juga. Kita memang mengharapkan LCW menang game pertama, tetapi kebelakangan ini kita boleh lihat prestasi LCW sedikit menurun berbanding Tago. Harapan LCW menang tu ada tetapi dengan melalui satu perlawanan yang seram!!! [Sedikit berpihak kepada Tago]

Game ke-2: Bergu Pertama
Bergu pertama Malaysia permainannya tidak konsisten. Kita tidak boleh mengharapkan sangat kepada bergu ini. Kalau menangpun tuah menyebelahi kita. [berpihak kepada Jepum]

Game ke-3: Perseorangan Kedua.

Sekali lagi kita dapat melihat satu perlawanan 'hidup mati' bagi Malaysia. Pemain yang fokus dalam perlawanan dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal akan dapat menguasai perlawanan ini. [Sedikit berpehak kepada Jepun]

Game ke-4: Bergu Ke-2

Jika sekiranya LCW menang, bergu ini menjadi sandaran kepada Malaysia untuk menyamakan kedudukan 2-2. [Sedikit kelebihan kepada Malaysia]

Game ke-5: Perseorangan ke-3
Melihat kepada prestasi Liew Darren, Malaysia mungkin kecewa untuk memeluk piala Thomas tahun 2014. [Kelebihan kepada Jepun]

Peace No War!.

TAMBAHAN

Jika sekiranya CWF dapat menjinakkan Momota, CWF bakal menggantikan
LCW sebagai pemain no.1 Malaysia yang digeruni dalam masa 4 tahun lagi.
Dengan syarat mendapat bimbingan dari jurulatih seperti Rashid Sidek
dan kurang campur tangan politik dalam kem badminton Malaysia.