Sunday, May 18, 2014

SMS/MMS SCAM...teknik curi duit yang takkan pupus



Salam semua yang membaca...


saya nak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan telco yang sekarang semakin menjadi jadi...

tak cukup dengan hidden charge, sekarang ni ada saja cara telco yang nak sedut duit pelanggan...

saya sudah buat pemerhatian sendiri sejak 2 bulan ni, bila dapat mesej dari nombor pendek macam: 33317, credit prepaid den akan hilang RM2.50...

mesej ni akan sampai seminggu sekali, dan jelas memang credit akan hilang RM2.50...

dipendek kan cerita, selepas call celcom centre berpuluh kali... sampai bateri habis pun tak berjawab... den pun ke pejabat celcom cawangan berdekatan...

dapat la berjumpa dengan staff yang baik hati mengajar den dengan hanya menaip mesej:

Stop all dan hantar ke 11911

cara ni untuk blok SEMUA mesej yang akan tolak kredit kita...

pada sesiapa yang ada pengalaman kena macam ni, sila lah kongsi cara korang selesaikan nya.. .
pengguna telco lain yang ada sangat dialu-alukan...

p/s : Updates....

MAJORITI KES MACAM NI BERLAKU DI CELCOM + ADA CARA SELESAIKANNYA...
KALAU ADA PENGGUNA TELCO LAIN YANG "TERKENA" DAN ADA CARA NAK SELESAIKAN,
TOLONG LAH SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA...

AWAS DENGAN NOMBOR SHORTCODE DI BAWAH NI...KREDIT AKAN DITOLAK KALAU MASUK DALAM INBOX :
- 33193
- 39339, 32263, 39611 
- 39886, 32626 
- 33220, 39611 
- 37773 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...