Sunday, June 15, 2014

Dengan Basikal Aku Menjelajah..

Baru je lepas tengok siri Dengan Basikal Aku Menjelajah.. yang disiarkan oleh TV Alhijrah.. siri ni adalah setiap hari Ahad jam 8.30 malam.. Rugi kalau korang tak tengok sebab terlampau banyak pengisiannya.. bukan semata2 menjelajah ke negara orang menggunakan basikal.. malah banyak pelajaran dan pengajaran yang diberikan oleh En.Zahariz (penjelajah) kepada penonton.. Ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi cabaran.. sangat suka cara video diambil, cara ia diedit dan cara ia diceritakan... sejujurnya sangat best dan menarik.. tak sangka En.Zahariz dapat memberikan impak kepada penontonnya especially saya..  Penjelajahan di negara orang secara seorang diri... memang sangat mencabar... Walaubagaimanpun saya dapat merasakan pengalaman En.Zahariz ni sangat menarik.. once in a life time.. mengenal budaya orang, merasa hidup di negara orang dan berani ke tempat2 yang tidak pernah dikunjungi.. lagi2 dengan berbasikal yang memerlukan kekuatan fizikal serta mental.. Tahniah En.Zahariz kerana berjaya melakukannya.. 




Kalau korang nak check banyak lagi about this.. boleh layari.. zahariz.wordpress.com
gambar credit to : http://zahariz.wordpress.com/


Korang jangan lupa saksikan siri ni.. percaya la cakap saya tak rugi pun.. malah lebih bersemangat lepas tengok :)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...