Sunday, June 8, 2014

Petua Melambatkan Tumbuhnya Uban







Petua Melambatkan Tumbuhnya Uban


1. Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

2. Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk,sapu pada rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. 

3. Ambil biji betik yang sudah masak anggaran 2 sudu besar. Jemur sehingga kering dan goreng sehingga
garing. Campurkan biji betik tadi dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut dengan bersih dan campurkan minyak
tadi ke bahagian rambut yang putih. Lakukan setiap kali sebelum tidur malam.

4. Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Lumurkan pada
kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang
sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.

5. Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

6. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.

- Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.

-Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.

P/S : Selamat mencuba . Jika ada petua lain boleh kongsikan di sini 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...