Saturday, August 23, 2014

20 tahun jual bunga kantan


Raub: Pokok bunga kantan yang banyak tumbuh liar di kawasan Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini, memberikan sumber pendapatan tambahan kepada Ahmad Mustafa Yunus, 57, yang terbabit dengan aktiviti menanam dan menjual bunga herba itu sejak 20 tahun lalu.

Dengan kebun seluas dua hektar dia kini mempunyai 1,000 rumpun pokok berkenaan membabitkan tiga jenis iaitu bunga berwarna merah, putih dan merah jambu.

Aktiviti memungut hasil dilakukan setiap minggu dengan purata hasil antara 400 hingga 700 kuntum.

Ahmad Mustafa berkata, setiap minggu dia dan isteri Noorasiah Nafi, 54, ke kebun untuk membersih kawasan, melakukan penjarangan pokok, menanam semula, meracun dan memungut hasil.

Katanya, walaupun hanya pekerjaan sambilan namun dia tetap memberikan perhatian yang lebih.

Menurutnya, mengusahakan tanaman kantan tidak memerlukan perbelanjaan banyak, hanya membeli racun rumpai terpilih saja diperlukan manakala aktiviti membaja tidak diperlukan.

“Pokok kantan hidup subur di kawasan berair dan lembap,” katanya ketika ditemui.

Katanya, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga hingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok, hanya bunga yang belum kembang saja diambil bagi memastikan ia tidak mudah rosak dan busuk apabila terdedah cuaca panas.

“Harga bunga kantan bergantung kepada saiz dan jenisnya, harganya antara 40 hingga 70 sen sekuntum.

Sebelum ini setiap minggu saya menjual terus ke Pasar Selayang, Selangor dan Pasar Besar Kuantan, namun kini pemborong datang ke rumah untuk mendapatkan bekalan.

“Selama 15 tahun saya berulang-alik ke Pasar Selayang dan Pasar Besar Kuantan menjual bunga kantan termasuk pelbagai jenis sayur kampung seperti pucuk paku hijau, ulaman, rebung dan ubi.

“Kebanyakan sayur dan buah-buahan saya beli daripada penduduk kampung di kawasan Ulu Dong dan beberapa kampung berhampiran,” katanya yang mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang menyediakan modal permulaan dan benih.


Foto
MUSTAFA memilih bunga kantan jenis merah jambu yang ditanam di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub sebelum dijual.

Sumber



No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...