Saturday, November 8, 2014

Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)


Assalamualaikum wbh


Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.


Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:


Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
Tapak tangannya.semakin basah.


Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”


Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
Elakkan mandi selepas makan
Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


Teh tarik: Tehnya adalah mendatangkan mudarat kerana teh recycle bukan daun teh asli. Ia mengandungi krimer yang sama yang dibuat dari minyak kelapa sawit, merbahaya bagi jantung.

Milo kurang mudharat berbanding teh tarik namun bagi pesakit buah pinggang, gout dan diabetes, Milo mendatangkan kesan negatif yang jelas.

Horlick paling tidak mendatangkan kesan negatif.

Bagi kesuburan wanita, minum susu fullcream lebih berfaedah.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...