Wednesday, November 19, 2014

Mentaliti Cina dan Melayu


SEORANG gadis awal 20-an lepasan sebuah universiti memberitahu saya dia dijemput menghadiri satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur awal minggu ini. Tajuk majlis itu cukup menarik iaitu Top 40 Under 40 2014.

Ia mengisahkan mengenai kejayaan anak-anak muda di atas usia 40 dan bawah umur 40 tahun yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Kejayaan itu berdasarkan pencapaian mereka menjadi jutawan (atau mencatat jualan atau pendapatan sekurang - kurangnya RM1,000, 000 dan sudah tentu lebih) dan cukup-cukup cemerlang dalam keusahawanan.

Anak gadis itu, berdarah Melayu juga bercita-cita ke arah itu. Tapi seperti biasa anak Melayu sentiasa teraba-raba. Dia menyaksikan satu majlis yang suasana baginya cukup asing sekali. Katanya secara seloroh. Saya seperti bukan berada di Malaysia. Tapi terus terang dia berkata majlis itu cukup memberikan inspirasi kepadanya.

Kata gadis itu lagi, ia menyuntik semangatnya bagaimana orang Cina cukup berjaya menyokong anak-anak bangsa mereka bakal menjadi barisan baharu bilionair Malaysia kelak. Mungkin di zaman generasi anak gadis Melayu itu 10 tahun akan datang, wajah-wajah itu jugalah yang akan mewarnai bilionair negara.

Kejayaan 10 anak muda itu dipaparkan dalam sebuah majalah bertajuk Top 40 Under 40 2014: A Retrospective yang diedarkan pada malam itu.

Editornya atas tajuk The Sky’s The Limit berkata: Bagaimana seseorang mengukur kejayaan? Adakah melalui besarnya gaji? Anugerah yang diterima? Atau jumlah likes di Facebook? Namun cukup meme*ranjatkan, kebanyakan mereka yang kita sangka berdasarkan faktor itu tidak pernah menganggap mereka sebagai berjaya.

Kata editor itu Brian Chong lagi: Mungkin mereka terlalu merendah diri untuk mengaku. Atau mungkin, seperti saya, mereka faham kehidupan sentiasa bergerak dan sentiasa ada peluang yang baik untuk dikecapi. 


Berikut adalah lapan finalis itu:




Pertama: Bryan Loo. Produk: Chatime Malaysia. Usia 24 tahun. Graduan bioteknologi yang berasal dari Perlis terhimpit dalam kerjayanya di sebuah firma. Namun darah perniagaan yang mengalir dalam dirinya menyebabkan dia berhenti kerja dan mahu terbabit dalam bidang makanan dan minuman (F&B). Dia ke Taiwan dan melihat perniagaan minuman teh berjenama Chatime berkembang pesat di negara itu - 25,000 kedai seluruh Taiwan.

Loo terus menghubungi ibu pejabat Chatime di Taiwan dan bercakap dengan CEO dan pemilik Henry Wang. “Saya menerangkan kepadanya walaupun saya baharu berkecimpung dalam perniagaan, saya sanggup berusaha sedaya upaya untuk membawa jenama itu ke seluruh Malaysia. Jika jenama itu jatuh ke tangan syarikat F&B besar mereka hanya akan menjadikan ia sebagai salah satu portfolio dan jenama itu akan hilang semangat dan rohnya,” kata Loo.

Agak mengejutkan CEO itu kemudian terbang menemuinya da*lam tempoh 24 jam kemudian. Kedai pertama Loo dibuka di Pavillion Kuala Lumpur pada 2010. Enam bulan kemudian yang kedua. Dalam setahun ia berkembang kepada 40 buah dan kini 130 buah seluruh negara.
Dalam usianya kini 29 tahun, Loo mula mengembangkan portfolio perniagaannya dalam bidang F&B yang lain.


Kedua. Chan Kee Siak. Produk: Exabytes. Diasaskan secara berseorangan oleh Chan pada 2001 dan empat tahun kemudian menjadi pembekal dan penyalur web hosting terbesar di Malaysia, kedudukan yang masih dipegangnya sehingga hari ini.

Dalam usia muda dia sudah mempunyai 100 kakitangan di ibu pejabatnya di Pulau Pinang, dua cawangan di KL dan terbaharu mengambil alih syarikat hosting Singapura, Usonyx.





Ketiga. David Lai, 28. Lulusan kejuruteraan awam ini berkecimpung dalam bidang silap mata dan telah membuat pertunjukan hebat di Porto Marina, Mesir. Semasa itu dia terpaksa melupakan majlis konvokesyennya.

Pertunjukan itu amat berjaya dan dia dijemput membuat persembahan lebih besar di Mesir diberi nama Abracadabra. “Saya terpaksa menipu usia saya kerana tiada siapa akan membenarkan pelajar universiti ber*usia 22 tahun mengadakan pertunjukan bertaraf 7 angka.”


Keempat. Ken Lim, 43. Produk: Kecantikan dan kedai premium Diptyque, Annick Goutal, Caudalie, Laura Mercier, Dr. Brandt, Dr. Sebagh dan lain-lain jenama terkemuka.





Kelima. Kenny Goh, 35. Produk: CEO dan pengasas teknologi mudah alih Macrokiosk sebuah syarikat bernilai jutaan ringgit.


Keenam. Lee Khoon Hooi, 43. Produk: Pereka fesyen. Berkelulusan Malaysian Institute of Arts pada 1993 dan berasal dari Taiping. Pernah menjadi pembantu pereka fesyen untuk Voir, Playboy dan Isetan. Kini mempunyai butik di Starhill Gallery.





Ketujuh. Mac Ching Lynn. Produk: Pemilik Nando’s Malaysia. Kini mempunyai 59 rangkaian restoran seluruh Malaysia dan sembilan di Singapura. Wanita ini memulakan perniagaan itu atas bantuan kewangan bapanya semasa berusia 25 tahun pada 1998.


Kelapan. Timothy Tia. Produk: Nuffnang, web master. Semasa berusia 30 tahun Timothy telah memiliki dan menjalankan syarikat dengan perolehan RM30 juta di pejabatnya di Malaysia, Singapura, China, Thailand, Filipina, Australia dan UK. Kini Nuffnang dihuni kira - kira 280,000 bloggers di Malaysia dan sejuta bloggers seluruh dunia, menjana kira-kira 13 juta page views setiap hari.


Saya berharap ia juga akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda Melayu, yang seorang pun tiada dalam senarai itu. Malang sekali walaupun pelbagai insentif diberi kerajaan, tiada seorang pun muka daripada spesies dan DNA Melayu yang layak?

Saya juga berharap ada antara taikun-taikun Melayu - seperti Azman Hashim, Syed Mokhtar al-Bukhary, Mustapha Kamal dan lain-lain yang sanggup tampil menjadi mentor usahawan muda kita? Atau tidak perlulah mentor-mentee jika tidak nanti ada pula yang berkata “sampai bila kita perlu disuap dan ditongkat?”


oleh: ZAINI HASSAN

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...