Saturday, November 22, 2014

Yahudi Pengsan Setelah Kelahiran Nabi Muhammad


Berita kelahiran Nabi Muhammad telah menarik perhatian ramai sehinggakan seorang pedagang Yahudi Makkah telah jatuh pengsan. Kaum Yahudi mengetahui tentang kebenaran fakta bahawa akan kedatangan Nabi terakhir, namun mereka menyembunyikannya, malah semakin melakukan kezaliman dan kebongkakan mereka pada setiap zaman.

Kaum Yahudi pun tahu waktu dan tibanya kelahiran Rasulullah, mereka berduyun-duyun berhijrah menuju Jazirah Arab untuk menunggu kedatangan Nabi terakhir. Sebahagian daripada mereka mendiami kota Mekah dan berdagang di sana.

Ketika tibanya malam Nabi terakhir dilahirkan, mereka menghampiri kaum Arab Quraisy dan bertanyakan apakah ada bayi yang lahir pada malam tersebut.

Daripada Riwayat Hakim Masjid, Aisyah r.a. berkata: “Pada Malam Kelahiran Rasulullah  seorang pedagang Yahudi yang tinggal di Makkah bertanya kepada sekumpulan orang-orang Quraisy: “Adakah anak yang lahir di antara kamu pada malam tadi?” Mereka menjawab : “Kami tidak tahu!”

Si pedagang Yahudi menjelaskan : “Pada malam ini akan lahir Nabi terakhir ummat ini, Ahmad (yang terpuji). Kalau kamu salah, bererti dia lahir di Palestin. Di antara dua bahunya terdapat tahi lalat hitam kekuningan.”

Orang-orang Quraisy kemudian terperanjat hairan mendengar perkataan orang-orang Yahudi tersebut. Ketika pulang ke rumah masing-masing, mereka pun memberi tahu berita berkenaan kepada sanak keluarga serta sahabat handai. Lalu mereka mendapat khabar bahawa pada malam itu telah lahir seorang putera dari Aminah dan suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib yang diberi nama Muhammad.

Kemudian mereka segera menyampaikan berita kelahiran tersebut kepada Yahudi tadi, lalu segeralah dia minta orang-orang Quraisy bersama-samanya untuk menemui Aminah, ibunda Nabi dan meminta untuk ditunjukkan bayi tersebut kepada mereka.

Apabila melihatnya dan ketika matanya tertumpu pada ‘tahi lalat besar’ (Khatam Al-Nubuwah) di bahagian belakang, di antara kedua belikat Baginda, tiba-tiba si Yahudi terkejut dan menggigil lalu terus pitam sehingga jatuh pengsan.

Setelah sedar dan pulih dari pengsan, orang ramai Quraisy bertanya : “Mengapa dengan kamu, sahabat?” Jawabnya : “Betapa ruginya… Kenabian telah hilang daripada bani Israel, al-Kitab telah terlepas daripada tangan mereka.”

Apabila telah dapat melihat ada tanda ‘Nubuwah’ (kenabian) di belakang Nabi , maka tahulah dia bahawa terlepaslah peluang sama sekali untuk kaum Yahudi menjadiNabi terakhir yang selama ini amat dicita-citakan oleh mereka. Bangsa Yahudi  menyangka penutup segala Nabi datang dari kaum mereka tapi sebaliknya yang berlaku.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ ﴿١٧١﴾ إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ ﴿١٧٢﴾
“Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan.” (Surah As-Saffat  37; Ayat 171-172)

Mengenai penyaksian Yahudi Yatsrib, Ibnu Ishak meriwayatkan dengan sumber mereka Hassan bin Tsabit : “Semasa aku masih kecil, ketika usiaku sekitar tujuh atau lapan tahun, masih segar dalam ingatanku, seorang Yahudi berteriak dengan sekuat hati dari bangunan yang tinggi di Yatsrib (Madinah): “Wahai orang-orang Yahudi …!”

Setelah orang ramai berkumpul, mereka bertanya : “Ada apa, kenapa?” Jawabnya :“Malam ini telah muncul bintang tanda kelahiran Ahmad.”

Orang Yahudi memang menunggu-nunggu kebangkitan Rasul yang akhir dalam kalangan bangsa mereka dengan harapan, Rasul inilah nanti yang akan dapat menyatupadukan masyarakat mereka yang telah berpecah-belah itu dan menolong mereka menang kembali setelah mereka dikalahkan oleh umat yang lain serta mengangkat mereka ke taraf yang mulia setelah mereka dihinakan oleh perbuatan mereka sendiri.

Maka itu, mereka sentiasa memohon kemenangan ke atas Nabi yang akhir itu. Tetapi kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى tiada tandingannya. Allah سبحانه وتعالى telah menghendaki bahawa nabi yang akhir itu dibangkitkan daripada kalangan bangsa Arab dan bukan daripada bangsa Yahudi yang sering mereka bangga-banggakan.

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mengetahui bahawa bangsa Yahudi tidak lagi mempunyai kelayakan untuk memegang teraju kepimpinan baharu yang sempurna bagi umat manusia, sebagaimana akan diterangkan dalam surah berikut:
وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ ﴿١٣﴾ وَإِذَا رَأَوْا۟ آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ ﴿١٤﴾
“Dan apabila mereka diberi pelajaran mereka tiada mengingatinya. Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda kebesaran Allah, mereka sangat menghinakan.” (Surah As-Saffat  37; Ayat 13-14)

Bangsa Yahudi itu telah menyimpang dari jalan yang benar dan sesat sebagaimana telah diterangkan dalam surah as-Saffat di atas. Oleh kerana itu, mereka tidak layak untuk memikul amanah akidah setelah berlaku penyelewengan dalam sejarah mereka yang panjang.

Justeru itu, betapa pentingnya umat Islam mengenali dan menyayangi Rasulullah . Baginda sebenarnya bukanlah seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cahaya kerasulan telah terpancar sejak dari dalam kandungan bonda Baginda  sendiri.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah سبحانه وتعالى yang cintakan Nabi-Nya dan mendapat syafaa Rasulullah  di akhrat kelak.

Aamiiin.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...