Monday, March 9, 2015

Resepi : Sos yong tau foo yang tersedap di alam semesta..




Bahan-bahan 
  • 200 gram gula merah
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu besar petis udang
  • setengah cawan sos plum
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan taucu manis
  • 7 tangkai cili merah (dikisar)
  • tepung jagung  ( pekatkan kuah)


Cara Penyediaan

  1. Mula-mula larut/masak gula merah dengan 1-2 liter air sehingga sebati dan tapis..
  2. kemudian campurkan semua bahan-bahan lain ke dalam air gula tu kecuali tepung dan masak lagi dengan api kecil..
  3. pastikan jugak rasa sos tu dah cukup manisnya..kalau kurang boleh tambah gula atau bahan-bahan lain yang korang rasa kurang..
  4. akhir sekali, bila sos dah mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah..kacau sebati dan siap..

Untuk bahan sampingan..korang boleh gorengkan kacang tanah dan kisar..taburkan kat sos tu masa makan..aku malas guna kacang..so sekadar gunakan bijan je la..tapi sebelum tu jangan lupa goreng sekejap tanpa minyak sampai keperang-perangan..

Untuk bahan makan tu pulak, pandai-pandai korang la nak makan apa..semua ada kat pasaraya..yang pasti sos yong tau foo ni tersedak di alam semesta..tak percaya cuba la..


*sesuai untuk makan ramai-ramai la..kalau setakat nak makan sorang baik beli kat pasar malam..


P.S : masa open house sabtu lepas, hidangan ni aku ada buat..semua yang makan cakap sedap..habis licin yong tau foo aku..tersedak di alam semesta la katakan..kehkehkeh..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...