Friday, April 17, 2015

Harga Terbaru Streamyx Dan Unify Dengan Cas GST


Harga Terbaru Streamyx Dan Unify Dengan Cas GST

Seperti mana yang kita tahu, penyedia rangkaian telekomunikasi tidak terkecuali dikenakan sistem cukai yang baru GST yang mula dikuat kuasa pada hari ini. Pihak Altel dan syarikat telco yang lain turut mengenakan cas GST pada kad tambah nilai prepaid mereka. Dan hari ini, Telekom Malaysia mula mengeluarkan senarai harga terbaru Streamyx dan Unifi yang telah dikenakan cas GST padanya.

Harga Terbaru Streamyx Dan Unify

Untuk pakej langganan internet dengan talian tetap dari Streamyx, keempat-empat pakej telah dinaikan dari RM110 kepada RM116.60 untuk pakej 1Mbps manakala untuk pakej 8 Mbps pula dinaikan dari RM160 kepada RM169.60. Untuk melihat senarai harga terbaru Streamyx boleh merujuk di bawah.
  • Streamyx BB Deals 1Mbps – RM116.60 (RM110 Harga sebelum GST)
  • Streamyx BB Deals 2Mbps – RM137.80 (RM130 Harga sebelum GST)
  • Streamyx BB Deals 4Mbps – RM148.40 (RM140 Harga sebelum GST)
  • Streamyx BB Deals 8Mbps – RM169.60 (RM160 Harga sebelum GST)
Untuk pakej internet dari Unifi pula, pihak TM telah mengenakan cas GST untuk ketiga-tiga pakej termasuk VIP 5, VIP 10 dan VIP 20 yang bermula dengan harga RM157.94 untuk VIP 5RM210.94 untuk VIP 10 dan RM263.94 untuk VIP 20.
Pada masa yang sama, TM turut membuat perubahan pada langganan perhidmatan internet tanpa wayar TMGo dimana pihak TM telah mengurangkan penggunaan data bagi mengekalkan harganya. Antara perubahan terbaru harga langganan  TM Go seperti di bawah.
  • Data Internet 0.95GB (Sebelum ini 1 GB) – RM10
  • Data Internet 3.30GB (Sebelum ini 3.5 GB) – RM30
  • Data Internet 5.66GB (Sebelum ini 6 GB) – RM50
  • TMgo dongle 4G – RM121.90
  • Tmgo Mobile Router – RM333.90
Untuk daftar.. layari website ini untuk daftar sendiri segera.
Langgan Pakej UniFi : http://goo.gl/WHZG6F
Berminat?? SMS/Whatsapp : 019-2595019

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...