Thursday, July 9, 2015

5 Cara Melebatkan Rambut


Gaya hidup yang sibuk dan cara pemakanan yang tak seimbang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan rambut dan keguguran rambut. Hal ini, akan menjadi lebih serius jika anda tidak mengambi tindakan awal dalam melakukan rawatan.Di sini ada beberapa petua untuk melebatkan rambut yang boleh diamalkan.

Daun Bunga Raya

Tahukah anda daun bunga raya antara cara semulajadi yang termudah untuk anda melebatkan rambut. Hanya dengan mengambil beberapa tangkai daun bunga raya dan bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bungan raya ke dalam air sehingga daun tadi mengeluarkan lendir. Seterusnya, lumurkannya di kepala seperti anda menggunakan syampu, biarkan selama 15- 20 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Minyak Kelapa

Seeloknya gunakan minyak kelapa buatan sendiri. Kemudian lumurkan minyak ke kepala dan biarkan semalaman . Amalkan dan lihat hasilnya. Ini kerana, minyak kelapa berguna untuk menutrisi rambut serta memelihara kesihatan kulit kepala.

Air Rendaman Kacang Hijau
Salah satu petua mudah yang boleh diamalkan dengan mengambil secawan kacang hijau basuh bersih. Kemudian rendamkannya semalaman di dalam air yang hanya utnuk menutupi kacang hijau. Seterusnya ambil air rendaman sapu ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala sehingga sapuan air kacang hijau tadi kering dan bilas sebersihnya.

Daun pandan Bersama Santan

Ambil beberapa helai daun pandan dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian masukkan dsedikit air serta ramas daun pandan tersebut dan perah airnya. Setelah itu, campukan air tersebut ke dalam semangkuk santan. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Kemudian lumurkan pada rambut dan biarkan selama setengah jam . Seterusnya bilas rambut dengan air bersih. Amalkan seminggu dua kali. 

Nanas 

Jika anda tidak tahu Vitamin B kompleks yang dimilik buah nanas sangat bermanfaat untuk menyuburkan rambut. Cara mudah, hanya ambil 1 atau 2 nanas segar kemudian kisar buah nanas tersebut. Seterusnya tuang jus nenas yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan biarkan semalaman. Lumurkan jus tersebut di kepala biarkan selama 30 minit sambil tutup dengan tuala bersih. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...