Sunday, February 7, 2016

Kenali reel atau kekili

Kenali Reel atau Kekili
Sejarah dunia merumuskan bahawa reel pertama dicipta sekitar tahun 1800 dan pada awal tahun1900 syarikat pembuat reel terawal dunia adalah:-
1. Shakespeare 2. Meisselbach 3. Hendryx 4. Montague 5. Pflueger
Terdapat berberapa jenis reel ataupun kekili didalam dunia pemancing, disini saya ingin mengajak semua sahabat pemancing untuk mengetahui serba sedikit tentang alatan terpenting kaki pancing. Secara asasnya, terdapat 5 jenis reel yang biasanya digunakan, antaranya:-
Spinning Reel - Ianya amat popular dikalangan kaki pancing dan sesuai digunakan dimana sahaja
Bait Casting Reel - Sesuai untuk teknik casting dan boleh melempar upan pada jarak yang mudah dikawal
Spin Casting Reel - Amat popular bagi pemancing baru dan kurang pengalaman
Conventional Reel - Reel yang paling awal dicipta dan amat sesuai digunakan bagi tangkapan ikan gred A
Setelah kita tahu sejarah dan jenis reel, disini TGL ingin membawa pembaca mengenali ciri-ciri penting yang terdapat pada sesebuah reel bagi memudahkan kita semua memastikan reel yang digunakan dijaga dengan baik. Jenis reel yang dipillih untuk panduan semua adalah dari jenis spinning
Spinning Reel
Nama Bahagian                      Fungsi
Main Shaft                    Sebagai asas utama
Spool                            Tempat simpanan tali pancing
Bail Arm                        Membuka/menutup laluan tali
Line Roller                     Laluan tali pancing
Drag Knob                     Pengatur tegangan tali
Anti Reversed Lever      Mengatur fungsi stopper
Rotor                             Sebagai penggulung tali kedalam reel
Drive Gear                    Gear penggerak utama
Handle                          Penggerak drive gear
Grip                               Pemegang/handle
Body                              Tempat drive gear, sistem kawalan gear

Spool Pada Reel SpinningSecara asasnya spool berfungsi sebagai tempat simpanan tali pancing. Spool diperbuat daripada berberapa jenis bahan : plastik (ABS), plastik (ABS-Chromed Plated), plastik (Graphite) dan aluminum

Pinion Gear dan Drive Gear
Setiap reel mempunyai drive gear (gigi samping) dan pinion gear (gigi tengah), umumnya diameter pinion gear lebih kecil dibandingkan dengan drive gear dari perbezaan inilah yang dipakai untuk mengira gear ratio. Jika diameter pinion gear semakin kecil, maka semakin sedikit juga kontak permukaannya dengan drive gear dan tenaga yang dihasilkan juga semakin kecil.

Jenis bahan pinion gear dan drive gear, antara lain :
1. Zinc,
2. Brass,
3. Aluminium

Body dan Rotor
Secara kebiasaanya body dan rotor diperbuat dari bahan :
1. Plastik (ABS), 2. Plastik (graphite), 3. Aluminium (die casting), kuat dan mahal

Jenis Drag pada Reel Spinning
Drag berfungsi sebagai pengatur tegangan tali pancing semasa memancing. Jenis drag pada reel spinning terbahagi kepada dua:
1. Front Drag (drag depan), lebih menjanjikan hasil yang baik
2. Rear Drag (drag belakang),

Stopping System pada Reel Spinning
Stopping system adalah sistem penguncian pada reel. Stopping system pada spinning terbahagi kepada tiga jenis:
1, Rachet stopping system,
2. Rotor stopping system (multi stopping system),
3. One way stopping system,

Oscillating System pada Reel Spinning
Oscillating system adalah sistem pergerakan spool (naik/turunnya spool). Jenis-jenis oscillating system adalah:
1. Arm oscillating system, merupakan generasi awal dari semua jenis oscillating system.
2. Gear oscillating system, 1.5-2 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.
3. Worm shaft oscillating system, 1.5 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.
4. Super slow oscillating system, 4 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.

Handle Pada Reel Spinning
Jenis handle pada reel spinning antaranya:
Normal handle (handle biasa),One touch handle (handle lipat),Balance handle
Untuk handle arm bahannya terbuat dari : Plastik, & Aluminium

Ball Bearing pada Reel Spinning
Jenis Ball Bearing yang digunakan pada reel spinning, antaranya adalah:
1. Chrome Steel (open type), harganya murah, mudah masuk air, debu dan kotoran.
2. Chrome Steel (double shield/shielded), harganya murah, tapi tidak mudah masuk air dan kotoran kerena dikedua sisi ball bearing tertutup.
3. Stainless Steel (double shield/shielded), mahal,kuat dan tahan karat serta dikedua sisi ball bearing tertutup.

JIKA ANDA MERASA POSTING INI BERGUNA SILA LAH "LIKE PAGE INI" DAN SHARE POSTING INI

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...