Sunday, February 7, 2016

Selamatkah Jaket Keselamatan Anda?


Terdapat pelbagai jenis jaket keselamatan yang berada di pasaran dan jaket keselamatan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu dari material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran. Satu lagi jenis adalah dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung.

Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia.

Jaket keselamatan yang diperbuat daripada styrofoam mempunyai daya apungan yang minima mengikut kualiti. Bagi kualiti sederhana ia mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram dalam masa 4jam. Dalam tempoh ini gunakan apa yang ada di sekeliling kita untuk menyelamat diri. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.

Malang tidak boleh diduga. Apabila kita menaiki pengangkutan air untuk melakukan aktiviti memancing, kita tetap akan terdedah kepada bahaya. Bagi bot-bot kecil berhati-hati ketika menurunkan sauh dan lihat di sekeliling anda jika memancing di laut dan kawasan muara. Jangan lepaskan sauh secara mengejut kerana dikhuatiri barang-barang pancing yang berdekatan tali sauh turut sama jatuh dan ini akan menimbulkan situasi panik kepada pemancing.

Sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti memancing, keselamatan perlu diutamakan. Gunakan jaket keselamatan yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan selenggara mengikut masa yang ditetapkan. Tukar jaket keselamatan yang telah lusuh atau gas CO2 yang telah tamat tempoh. Mungkin dengan sedikit perbelanjaan mampu menyelamatkan nyawa anda.

Jaket keselamatan bukan dipakai untuk fesyen tetapi bagi menjamin keselamatan semasa malapetaka terjadi. Selamat diri dahulu barulah fikirkan tentang peralatan lain anda.

PERINGATAN:

Jaket keselamatan jenis gas harganya agak mahal, namun tempoh apungan jika berlaku kejadian bot karam, terbalik adalah lama berbanding jaket keselamatan jenis styrofoam.

Gas CO2 di dalamnya, walaupun tidak berlaku apungan, gas CO2 di dalamnya perlu ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Jangan mengharapkan bot pancing menyediakan jaket keselamatan, kerana mungkin ia telah lusuh dan tidak dijaga dengan baik (busuk, basah, berkulat) yang menyebabkan anda tidak selamat dan tidak selesa memakainya. Jadi perkara terbaik adalah, beli dan bawa sendiri jaket keselamatan walaupun jenis styrofoam berwarna oren dan harganya juga tidak mahal. Ingat nyawa tidak boleh dibeli, jangan sudah terantuk baru nak tengadah!

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...