Sunday, June 19, 2016

Doakan untuk mereka

Hari ini Allah pertemukn kami dengan keluarga ini. Empat beradik yg dijaga oleh nenek, Azizah bt junuh, 58 tahun. Tidur  dan bangun di sebuah rumah robek di kg sg nyior palekbang Tumpat.

Tersentuh hati bila masuk ke dalam rumah yg sangat tidak terurus. Cucu2 tidak berbaju dengan seluar tanpa talipinggang diikat dgn tali rafia.  Lantai papan yg reput memberi isyarat supaya berhati2 dan memilih tempat yg betul untuk meletakkn kaki.

Tanpa sebarang pekerjaan nenek ini menjaga cucu2nya ini dengan kesihan belas orang lain dan jiran2.

Takkan selamanya nak begini.

Entah di mana ruang tidur, ruang solat atau ruang yg lain. Bila ditanya kenapa tidak berkemas... "nk beli penyapu pun takdok pitih"... Allhuakhbar.

Tong gas terpaksa digadai, tukaran untuk membeli makanan untuk cucu2. Dan sekarang terpaksa menggunakn kayu api. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan persekolahan cucu2nya ini.

Bukan nk mencari salah sesiapa dan tidak ingin bercerita kemana perginya kedua ibubapa kepada cucu2 azizah ini selain dari perceraian dan perkahwinan baru serta masalah penagihan dadah.

Namun begitu, mengikut nenek, ada juga sedikit belanja kadang2 diberi oleh ibu anak2 ini.

Kerapkali mereka kehabisan makanan dan terpaksa mengharap belas kasihan jiran dan kerap juga pergi ke kilang serunding di Kg Laut untuk mendapatkn lemak2 lebihan daging buat serunding. Kemudian digoreng dan dijadikn lauk untuk cucu2 makan pada hari itu. ...Allahurabbi

Keluarga ini:

1. Azizah bt junuh 58th(nenek)
2. Adam faiz n faizal 9 tahun
3. Haikal faiz b faizal 8 tahun
4. Azman faiz b faizal 6 tahun
5. Azmi faiz b faizal 6 tahun(kembar)

Di wajah lesu si sulung seolah terbayang pertanyaan, "mengapa aku di sini" "mengapa keluargaku begini" "mengapa, mengapa dan mengapa?"

Tidak mendapat apa2 bantuan kewangan dari mana2 agensi kerana tidak menepati syarat kelulusan mungkin kerana masalah ibubapa yang terlibat dgn najis dadah.

Tetapi apakah dosa anak2 ini untuk di biarkan sebegini tanpa sebarang bantuan bersama nenek yg makin uzur. Adakah kita sebenarnya mahu melahirkan lebih ramai penagih dadah dan penjenayah dgn membiarkan anak2 tidak berdosa ini sebegini?

Kami bercadang untuk mencari ibu kepada anak2 ini untuk adakn perbincangan supaya kita dapat membawa keluar anak2 ini dari  tempat ini ke institusi yg berkaitan dengan prosidur yg betul.

Andai kita tidak mendapat kerjasama dari ibu mereka pastinya usaha kita akan terbantut. Jalan kedua perlu dicari untuk menyelamatkn kehidupan anak2 ini.

Thirdforce akan bawa anak2 ini ke JKM dan agensi2 yang berkaitan. Sementara ini kita sedang berusaha untuk mendapatkn pakaian raya untuk anak2 ini agar di hari raya nanti mereka tidak tersisih benar dari kawan2 yg lain.

Doakn untuk mereka... doakn untuk kami meneruskan misi ini.

We are the 3rd force
Together we are stronger

Wallahualam.

Hubungi ayah ngah (Cikgu Izani) yang lead kes ini untuk ke sini : 011-1060 6890

atau PM ke inbox facebook saya ini untuk detail bagaimana boleh sama2 membantu.