Wednesday, June 8, 2016

Guna WhosCall Apps Untuk Tapis Nombor Telefon Tak Dikenali

Dunia sudah semakin canggih, cara orang nak menipu pun sudah semakin canggih. Kalau korang tengok sekarang ni ada banyak modus operandi nak buat penipuan secara online. Ada yang menipu daripada Mudah, scam ataupun ugutan di Facebook. Ramai yang dah terkena dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh mereka yang licik ni. 

Pernah tak korang seringkali menerima call daripada nombor yang tak dikenali? Rasanya hampir semua orang pernah kan? Tapi selalunya korang confirm tak tahu siapa yang call tu dan mungkin yang call korang tu merupakan kawan korang juga. Setelah korang angkat telefon, tiba-tiba korang mendapat panggilan yang tak best daripada Telemarketer.

WhosCall Apps

Telemarketer ni plak ada yang jenis tak reti nak berhenti bercakap. Ada juga menjanjikan pelbagai janji-janji manis dan mungkin juga perangkap. Selalunya melibatkan insurans. Caranya tak susah, hanya bercakap tentang kelebihan insurans tersebut dan korang hanya perlu confirmkan nombor IC dan juga nama korang sahaja ataupun korang diminta memberikan nombor akaun supaya mereka boleh caj insurans tersebut kepada akaun korang.

Aku pun memang pernah terkena. Tapi yang tak bestnya adalah, duit dipotong setiap bulan, tapi macam takde apa-apa maklumat tentang bagaimana nak membuat claim jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Tahu-tahu je polisi dihantar kepada korang dengan maklumat-maklumat yang mungkin korang sendiri pun tak faham.

Cara paling mudah adalah menggunakan aplikasi WhosCall yang mana korang boleh download di Playstore ataupun AppsStore. Kemudian korang boleh lihat sendiri nombor yang call korang tu adalah daripada mana. Maklumat akan dipaparkan di skrin telefon korang yang mana korang boleh tahu, jika ada maklumat dalam database WhosCall ni.

Sejak aku install apps WhosCall ni, aku tengok balik panggilan yang pernah diterima ataupun panggilan miscall. Jangan terkejut kalau ada muncul nombor orang yang korang kenali juga dan segala maklumatnya dipaparkan. Mungkin nampak tak selamat sebabnya kalau ada yang menggunakan nombor telefon pejabat, alamat dan juga jawatannya juga mungkin akan dipaparkan.

Aku tahu apps ni pun sebab ada kawan aku bagitau kat Facebook, kalau tak selama ni aku Google je nombor tu, tapi sekarang ni dah senang..sebab ada keluar terus kat skrin telefon korang. Senang kan? Jom la ramai-ramai download dan simpan apps ni. Lepas ni korang mungkin rasa lebih aman dan selamat kot..haha.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...