Tuesday, August 2, 2016

SSPN-i Plus Galakkan Tabiat Simpanan, Menabung Pendidikan Masa Hadapan



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada hari Jumaat yang lepas telah mengumumkan pelancaran pakej terbaru iaitu SSPN-i Plus di menara PTPTN bertempat di Kuala Lumpur. Aku dan beberapa orang blogger telah dijemput untuk memeriahkan lagi hari pelancaran tersebut.
Apa yang menarik perhatian aku, para pencarum yang mencarum bukan sekadar untuk mencarum semata-mata malah berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan. Dianggarkan bernilai RM3Juta! Antara hadiah yang ditawarkan seperti sebuah kereta BMW, motosikal Honda dan lain lain lagi.
Jika sebelum ini ramai yang merungut bahawa PTPTN ini tidak membawa apa2 makna pada masyarakat tapi kali ini aku rasa adalah satu usaha terbaik dari PTPTN untuk galakkan golongan muda menabung sejak dari awal lagi. Inisiatif seperti ini memang digalakkan dan itu antara perkara terbaik terkandung dalam pakej terbaru SSPN-i Plus ini.

Apa Itu SSPN i ?

SSPN i yang lebih dikenali sebagai suatu Skim Simpanan Pendidikan Nasional  adalah produk yang dibawah naungan PTPTN yang dijadikan sebagai 1 “hub” simpanan untuk pendidikan tinggi. SSPN-i Plus pula adalah satu skim yang mana sistemnya ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan kadar bayaran berbaloi, sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang terbaik.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Untuk pengetahuan korang, SSPN i ni telah berusia selama 12 tahun sejak ia mulakan operasi pertamanya dan SSPN ditubuhkan sejak 8 Jun 2015. Sehingga kini menurut rekod terkini, sebanyak 8,261 akaun SSPN-i Plus telah didaftarkan dengan jumlah deposit sebanyak RM2.54 juta serta perlindungan takaful dengan kadar nilaian sebanyak RM453.84 juta. Ianya satu penanda aras yang cukup positif!

Keistimewaan SSPN-i Plus Apa Dia?


Kelebihan Simpanan SSPN-i Plus Berbanding Simpanan Lain

Korang boleh tengok kat jadual ni perbandingan antara simpanan SSPN-i Plus dengan simpanan yang lain. Banyak kebaikannya kan?

Pakej SSPN-i Plus


Cabutan Bertuah SSPN-i Plus


Sambil mencarum sambil berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang lumayan! Jadi peluang seperti ini amatlah digalakkan untuk korang ambil demi pendidikan anak-anak atau masa hadapan. Cabutan ini akan di adakan setiap 3 bulan sekali bermakna dalam setahun akan ada 4 kali cabutan.
Dah ready nak buka akaun SSPN-i Plus ini? Korang boleh terus ke kaunter PTPTN atau daftar online sspn-i plus . Mudah je! Selain daripada itu juga, korang boleh mendaftarkan akaun menerusi ejen online.
Sumber



No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...