Friday, August 4, 2017

7 Cara Buat Duit Dengan Blog (Dengan Contoh Yang Boleh Ikut!)

“Peh, RM1,000 sebulan!”
Tapi tu biasa sahaja.
Ada blog yang boleh dapat sampai RM100 ribu.
Ratus ribu pun ada.
Tak mustahil kan nak buat duit dengan blog?
Berapa banyak cara untuk buat duit dengan blog?
Dalam blog post ini saya kongsikan kepada anda tujuh cara buat duit dengan blog. Ada yang anda dah tahu, dan ada yang anda mungkin tak pernah dengar lagi.
Apa pun, jom tengok senarai yang saya sediakan untuk anda ini.
Buat Duit Dengan Blog Adsense
buat duit adsense dengan blog
Adsense ialah salah satu produk Google.
Anda buat duit apabila orang klik pada iklan itu.
Kadang-kadang dapat US$0.10. Kadang-kadang dapat lebih.
Setiap klik nilainya berlainan.
Tip: Pasaran kewangan biasanya mempunyai kadar paling tinggi.
Tapi itu tidak semestinya bermakna yang blog yang dibuat dalam pasaran kewangan sahaja. Boleh juga buat dalam pasaran seperti kesihatan, kurangkan berat badan dan lain-lain.
Selalunya lagi berkualiti konten anda, lebih ramai orang akan datang ke laman web anda dan akhirnya menyokong anda dengan klik pada iklan-iklan tersebut.
Biasanya Adsense ini digunakan di dalam blog-blog berbahasa Inggeris.
Tetapi sekarang, ada juga laman blog seperti laman blog ini yang dibuat dalam bahasa Malaysia.
Contoh blog yang saya buat ialah Malaysia Loans (lama dah tak update blog ni huhu) dan juga blog ini sendiri.
Untuk Adsense, anda hanya perlukan satu blog yang ada trafik sahaja untuk mula buat duit.
Pastikan dah ada pelawat sedikit demi sedikit masuk. Kalau tak, Google susah nak luluskan anda untuk memasuki programnya.
Banyak lagi contoh yang ada dekat luar sana yang ada sumber pendapatannya sendiri.
Ada yang buat duit senyap-senyap.
Ada yang buat duit berkepuk-kepuk tapi tak cerita langsung. Itu yang hebat.
Saiz iklan yang boleh digunakan
Anda boleh memilih pelbagai jenis saiz iklan. Ni senarai jenis iklan yang ditawarkan oleh program Adsense ni:
  • Iklan paparan (Display ads.) Pelik sebab salah Google Translate! Haha.
  • Ikan teks (Text Ads).
  • Unit Pautan Iklan (Ad Link Units). Ni pun saya translate. hehe..
  • Iklan video (Video Ads).
  • Iklan mudah alih (Mobile Ads).
  • Iklan makanan (Feed Ads). Adoi kenapa lah ini pilihan yang ada masa alih bahasa…
Macam yang anda rasa dekat atas tu. Ada pelbagai jenis iklan.
Ada yang resize ikut saiz skrin. Kalau anda di desktop, nampak besar. Kalau anda di telefon bimbit, dia akan mengecil mengikut saiz itu. Anda juga boleh pilih link sebagai iklan di dalam Adsense ini.
Ya, pilihan jenis iklan untuk diletakkan dalam blog memang banyak. Warna pun boleh ditukar. Anda nak contrast? Anda nak yang sebati dengan keseluruhan blog anda?
Pilih sahaja jenis iklan apa yang ingin dipaparkan.
Anda juga boleh tapis iklan yang dipaparkan. Sebagai contoh, ada rasakan ada iklan yang bagi anda tidak selesa (macam pasal agama ke), anda boleh tapis iklan tersebut daripada terus dipaparkan di blog anda.
Sebagai contoh sebagai seorang Muslim, kita tak nak iklan berkaitan judi ataupun syarikat yang mempromosikan gejala yang kurang baik – kita boleh tapis iklan tersebut daripada dipaparkan di blog kita.
Ni sorang tunjukkan cara nak keluarkan duit Adsense di bank-bank tempatan dan jumlah yang dia dapat daripada program Google Adsense ini.
Terdapat banyak cara untuk mengoptimumkan pulangannya.
Nanti mungkin kami di Kokotiam ni boleh kongsikan tips-tip bagaimana untuk memaksimakan Adsense ini.
Tip: Di blog Kokotiam ini, kami menggunakan Easy Adsense untuk memudahkan kami menambah iklan di tempat-tempat yang strategik.
Buat Duit Dengan Blog Amazon
cara buat dengan blog: amazon
Yep. Anda boleh buat duit melalui blog anda menggunakan Amazon.
Syarikat ini diasaskan oleh Jeff Bezos pada 6 Julai 1994.
Di Amazon, anda boleh promosi produk fizikal.
Biasanya untuk blogger yang menulis untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
Produk yang biasa terjual ialah produk elektronik seperti televisyen, set Hi-Fi dan juga buku.
Terdapat juga produk-produk lain seperti baju, movie, permainan kanak-kanak, dol, trak Hotwheels dan macam-macam lagi. Amazon ni boleh diibaratkan seperti Mid Valley Megamall dan anda boleh dapat peratus keuntungan daripada produk yang ada di dalamnya.
Cara Buat Duit dengan Amazon
Ada beberapa cara anda boleh buat duit dengan Amazon.
Anda boleh buat blog semata-mata mengenai produk.
Tak payah cerita positif je.
Ceritalah negatif produk tu juga.
Banyak produk dengan reviu negatif tetapi sangat menjual. Macam-macam komen ada di Amazon mengenai produk.
Ceritakan semua poin produk tu kepada orang.
Apa ciri-ciri produk tu? Besar? Kecil? Sesuai untuk di bawa ke mana-mana? Warna apa yang ada? Siapa yang boleh guna? Siapa yang tak boleh guna?
Apa manfaatnya? Baterinya tahan lebih lama berbanding yang lain?
Kalau negatifnya? Apa negatif pasal produk tu? Berat sangat? Bentuknya susah nak dipegang?
Fikir. fikir dan fikir lagi apa yang boleh kita ceritakan pasal produk tu.
Ni seninya cara nak buat duit guna Amazon guna blog ni.
Bagi orang sangat berminat untuk tahu mengenai produk tu.
Samada orang nak beli atau tak, itu terletak di tangan mereka. Tu duit mereka. Anda channel perasaan nak sangat tu ke dalam tangan mereka.
Cara Buat Duit Dengan Blog Nuffnang
nuffnang
Nuffnang ni pula cara untuk anda mendapat duit melalui Cost per Mille (CPM) ataupun Pay Per Click (PPC).
Apa tu CPM dan PPC?
CPM ialah konsep di mana anda dibayar setiap kali ada orang melihat iklan tersebut di laman web anda.
Mereka tak perlu tekan pun.
PPC pula ialah iklan yang membolehkan anda mendapat duit bila orang klik iklan tersebut.
AdSense ialah contoh mudah untuk PPC. CPM selalunya iklan yang dibayar setiap kali iklan itu berjaya dimainkan di laman web anda.
CPM ni ada contoh mudah. Pernah pergi ke laman web The Vocket?
Kadang-kadang kalau anda pergi ke laman web besar macam The Vocket, akan ada iklan yang menanti anda semasa anda masuk ke laman web tersebut.
Apa tu Mille dalam CPM tu? Mille tu maknanya seribu dalam bahasa Latin dan biasanya digunakan di dalam dunia pengiklanan.
Jarang dengar perkataan ni dekat luar.
Ramai bloggers sudah berjaya menjadikan Nuffnang sebagai sumber pendapatan mereka.
Tak ramai, tapi memang ada yang gunakan Nuffnang ni. Nuffnang ini ialah syarikat pengiklanan yang lahir di Malaysia dan mempunyai pejabat di Malaysia, Singapura, Australia, Filipina, China, Thailand dan UK.
Ada yang membuat sampai RM15k hasil daripada Nuffnang. Tidak ada yang mustahil kalau ada trafik yang banyak dan pengiklan sukakan anda. (Saya ada tulis mengenai konten yang menarik orang untuk membaca).
Tempat anda meletakkan iklan adalah sangat penting untuk memastikan ramai pengiklan mahu meletakkan iklan di blog anda.
Lagi banyak iklan, lagi banyak duit.
Tapi ingat:

Banyak sangat iklan = orang akan cabut lari

Tak baguslah untuk perjalanan jangka masa panjang blog anda tu.
Cara Buat Duit Dengan Blog Chitika
chitika
Sesuai untuk pasaran luar negara (terutama sekali Amerika Syarikat).
Chitika berfungsi dengan melihat apa kata carian yang dicari oleh mereka yang datang ke laman web anda.
Kalau pandai tackle pasaran luar negara, memang sedap layan ni. Boleh guna untuk gabungkan dengan pendapatan Adsense.
Ada yang guna teknik Chitika + Adsense untuk memastikan blognya membuat lebih banyak duit kerana Adsense dan Chitika bersaing untuk mendapatkan pandangan mata dan klik daripada pelawat.
Tetapi malangnya sekarang Chitika dan Adsense tidak boleh digunakan di dalam laman yang sama. Kalau boleh, sumber pendapatan yang boleh anda dapat adalah tinggi. Anda bukan dapat daripada satu sumber, tetapi banyak sumber.
Satu cara yang boleh buat ialah, anda boleh buat duit dengan Chitika di dalam post-post tertentu di dalam blog anda. Dan pastikan anda matikan Adsense di dalam post tersebut.
Chitika ini kebanyakannya digunakan di dalam blog berbahasa Inggeris dan bukannya dalam Bahasa Malaysia.
Tapi kalau nak, boleh je.
Tak mustahil untuk buat duit dengan blog berbahasa Malaysia ni.
Cara Buat Duit Dengan Blog Advertorial
Ni advertorial yang anda biasa lihat di dalam majalah, cuma bayangkan... di dalam blog anda.
Ni advertorial yang anda biasa lihat di dalam majalah, cuma bayangkan… di dalam blog anda.

Satu lagi cara untuk membuat duit di dalam blog ialah dengan menulis advertorial.
Advert = iklan.
Editorial = penulisan.
Penulisan iklan (yang tak nampak macam iklan).
Advertorial ni satu cara yang menarik. Anda sebenarnya membuat blog post yang informatif di blog anda.
Anda bukannya jual semata-mata. Tetapi anda juga memberikan maklumat yang menarik untuk dibaca kepada pelayar blog anda.
Jadi ianya sesuatu yang boleh tarik orang. Dan anda tak paksa pun.
Cuma anda sebenarnya mempromosikan produk orang tu.
Advertorial selalunya ialah mengenai produk orang lain (atau anda sebagai duta produk tersebut).
Anda berpeluang untuk menggunakan produk orang lain secara percuma.
Selalunya produk berjenama akan mencari bloggers yang mempunyai ramai pengikut untuk menulis advertorial untuk produk-produk mereka.
Nivea. Chanel. Mungkin juga kereta seperti Mitsubishi, Subaru mahukan publisiti… jadi mereka mengubah blogger untuk menulis mengenai mereka.
Tapi biasanya di Malaysia ni produk-produk kecantikan yang pakai advertorial melalui blog. Skin scrub, shampoo, pencuci muka, ubat jerawat.
Supplemen pun ada.
Anda akan selalu nampak advertorial ini di dalam blog perempuan.
Jika anda ada wajah yang menawan, jangan terkejut kalau ada syarikat datang melamar untuk mempromosikan produk mereka melalui advertorial di blog anda.
(Rasa dunia ni tak adil sebab perempuan cantik dapat banyak advertorial request?, jangan bimbang — yang penting anda cuba cari rezeki yang halal dan cuba yang terbaik. Selalunya anda akan dapat hasil yang lumayan nanti)
Cara Buat Duit Dengan Blog Affiliate
buat-duit-dengan-affiliate
Anda boleh cuba jual produk orang dan mendapat komisyen setelah berjaya menjual produk tersebut.
Untuk produk digital, selalunya peratus komisyen agak tinggi. Dari 40% sehingga 70%.
Amazon sebenarnya menggunakan konsep affiliate ini, tetapi sebab Amazon tu besar, saya buat satu subtopik semata-mata untuk tu.
Antara tempat untuk dapatkan produk affiliate: ClickbankAshadeeKlikjerShareasaleCommission Junction, dan LinkShare (Rakuten Marketing)
Terdapat banyak kategori yang boleh anda pilih.
Di Clickbank sebagai contoh: di dalam Marketplacenya, anda boleh memilih lebih daripada 10 kategori besar, daripada Kesihatan & Kecerdasan, kepada Bahasa, kepada Bisnes dan macam-macam lagi.
Untuk pasaran tempatan, boleh pilih Ashadee ataupun Klikjer. Kedua-dua ini ialah tempat untuk mendapatkan produk digital untuk dijual kepada orang ramai.
Di dalam blog ini juga saya menjual produkproduk dari Ashadee dan Klikjer. Seperti yang anda lihat, produk-produk itu bukanlah produk skim cepat kaya. Ianya buku dan juga panduan berhenti merokok.
Jangan meletakkan satu kekangan dalam pasaran apa yang boleh buat duit. Macam-macam pasaran yang ada di luar sana.
Pilih.
Jual buku ajar bahasa Inggeris pun boleh buat duit, okay? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Jual buku ajar bahasa Inggeris pun boleh buat duit, okay? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Dan jangan berhenti mencuba.
UPDATE: Sekarang ni Ashadee sudah tutup. 🙁
Jadi, hanya boleh guna Klikjer untuk buat duit.
Mungkin ada cara lain juga kalau nak buat duit.
Cara Buat Duit Dengan Blog jual produk sendiri (fizikal ataupun digital)
semangat-kerja
Salah satu cara paling besar margin untuk buat duit ialah dengan buat produk sendiri.
Produk sendiri bermakna anda boleh memilih berapa banyak keuntungan yang anda mahu dapatkan.
Nak 50%? 30%? 70%?
Ini mungkin sukar terutama sekali kalau tak pernah buat produk. Tapi jangan bimbang, ada sumber untuk membuat e-book pertama anda. (Di KelabIM, saya ada kongsi sedikit tips-tips buat iklan dan juga macam mana anda boleh promosikan produk anda)
Anda boleh menggunakan pelbagai teknik pemasaran untuk memasarkan produk anda.
Anda boleh gunakan blog anda untuk meuar-uarkan mengenai produk anda.
Anda juga boleh menambah elemen pemasaran affiliate untuk memasarkan produk anda
Anda boleh tentukan berapa banyak yang ingin anda kongsikan bersama affiliate anda

Bonus: Buat duit dengan jual servis di blog

Anda juga boleh menjual servis anda melalui blog.
Anda seorang penulis iklan? Anda jual lah skil anda sebagai penulis iklan tu dalam blog anda.
Tunjukkan hasil kerja anda.
Beritahu kepada dunia apa yang anda lakukan supaya dunia ni taklah tak tahu kebolehan sebenar anda.
Kebanyakan daripada hasil kerja selalunya tidak menjadi mesin duit untuk tuannya kerana disorok.
Beritahu apa yang anda boleh buat melalui blog anda.
Apa servis yang boleh anda tawarkan.
Anda pandai buat video? Pandai buat animasi?
Buatlah blog yang ceritakan mengenainya!
Jangan takut, segan atau terasa malas.
Kena buat sesuatu kalau nak dapatkan sesuatu.
Tunjukkan bakat anda dengan menunjukkan apa yang anda boleh buat.
Letakkan sampel kerja anda di dalam blog. Biar orang datang dan biar dia kagum dengan hasil kerja anda.
Dan buat duit dengan servis anda.

Penutup Cara Buat Duit Dengan Blog

Itu dia. 7 cara nak buat duit dengan blog. Simple kan? Cuba lihat mana yang sesuai dan apply yang mana anda rasa boleh jadi.
Yang penting ialah anda ambil langkah pertama untuk menjadikan blog anda mesin duit anda sendiri.
Cuba dahulu satu demi satu cara di atas. Mungkin ada yang sesuai untuk blog anda. Ada masalah dengan satu cara buat duit, cuba cara lain. Jangan terlalu cepat menyerah.
Jangan anggap sesuatu tamparan realiti itu sebagai satu kegagalan, tetapi anggap ia sebagai satu eksperimen.
Dan anda boleh terus bereksperimen sehingga jumpa cara yang sesuai untuk anda.
Jangan risau. OK?
Mungkin ada lagi banyak cara yang boleh anda tengok nanti.
Any comment? 😀
Kredit : https://kokotiam.com

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...