Saturday, August 5, 2017

Bayi dibunuh ditemui dalam perigi di Melaka, makcik cemburu



PASUKAN forensik dan pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Jasin Bistari sedang berusaha mengeluarkan mayat bayi lelaki yang ditemukan di dalam sebuah perigi di belakang sebuah rumah di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin malam tadi. - UTUSAN ONLINE

JASIN 24 Julai - Mayat seorang bayi lelaki yang disyaki dibunuh ditemukan di dalam perigi sedalam kira-kira 6 meter di Kampung On Lok, Batang Melaka di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mayat bayi terbabit yang baru berusia enam hari, berjaya dikeluarkan oleh pasukan forensik dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Jasin Bistari.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, bayi terbabit sebelum ini dilaporkan hilang di kediaman keluarganya dan laporan dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Batang Melaka kira-kira pukul 7.45 malam kelmarin.

Menurutnya, bapa kepada bayi itu mendakwa kali terakhir dia melihat anaknya itu berada di dalam jagaan ibunya dan sedang tidur di dalam bilik di rumah mereka.

"Pada awalnya, kita (pihak polis) mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang, namun terdapat keraguan tentang kesahihan dan cara bayi itu hilang. Sehubungan itu, siasatan lanjut telah dilakukan.

"Kira-kira pukul 6.30 petang tadi, kita menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa dan pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian," katanya di lokasi kejadian, malam tadi.

Tambah Arshad, mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui cara mangsa mati serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes tersebut.

"Selepas berjaya dikeluarkan, mayat bayi berada dalam keadaan sempurna dan dibalut menggunakan kain lampin.

"Setakat ini tiada kecederaan pada anggota badan, tetapi kita menunggu laporan penuh bedah siasat untuk mengetahui punca kematian," katanya.

Dalam pada itu, Arshad memaklumkan, pihaknya turut menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan yang masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an yang dipercayai mempunyai pengetahuan tentang kejadian itu.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...