Saturday, August 5, 2017

Lembu peluk manja tuannya bakal jadi korban Aidiladha ini


FARIDAH LEBAI ABDULLAH bakal menjadikan lembu manjanya yang diberi nama Cik Ah sebagai korban pada Hari Raya Aidiladha ini. - MEDIA SOSIAL/UTUSAN
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Ikatan kasih sayang antara manusia dan haiwan yang dipupuk sejak sekian lama menjadi pengikat kemesraan antara warga emas, Faridah Lebai Abdullah, 61, dan lembu ternakannya yang diberi nama Cik Ah.

Kemesraan itu jelas terlihat pada wajah Faridah dan Cik Ah, yang lahir pada November tahun lalu itu biarpun haiwan peliharaan berkenaan bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha ini.

Anak Faridah, Norfariza Saadin, 28, berkata, keakraban serta kasih sayang mula timbul selepas dia dan emaknya melihat dengan mata sendiri Cik Ah dilahirkan kerana itu kali pertama mereka menyaksikan kejadian tersebut.

Katanya, sebelum ini tugas menjaga kesemua sembilan ekor lembu milik keluarganya itu adalah di bawah tanggungjawab Allahyarham bapanya, Saadin Kasa namun selepas pemergian ayahnya pada 30 Ogos 2015, emak mengambil alih peranan tersebut.

“Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan.

“Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Gambar Faridah bersama lembunya tular di media sosial selepas dimuat naik sendiri oleh menantunya, Mohd. Zaidi Desa yang turut memberitahu bahawa haiwan peliharaan berkenaan bakal menjadi binatang korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Status berkenaan mendapat 921 reaksi daripada pengguna Facebook serta dikongsikan sebanyak 181 kali.

Dalam pada itu, Norfariza memberitahu, emaknya turut mempunyai seekor lagi lembu yang jinak seperti Cik Ah yang dinamakan Syaaban, dinamakan sempena kelahiran haiwan tersebut pada salah satu bulan dalam kalendar Islam.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...