Saturday, August 5, 2017

Penawar HIV hampir ditemui

AP - GAMBAR yang dirakam menggunakan mikroskop elektron menunjukkan virus HIV berada di permukaan sebuah sel.

WASHINGTON – Gergasi penjagaan kesihatan, Johnson & Johnson semakin hampir untuk menghasilkan vaksin HIV dengan firma berkenaan menyiarkan keputusan positif ujian klinikal me*ngenainya pada minggu ini.

Pakar-pakar kesihatan percaya bahawa firma Amerika Syarikat (AS) yang lebih dikenali kerana jenama syampu dan losyen bayi itu berupaya menghasilkan vaksin pa*ling berpotensi bagi me*rawat jangkitan HIV yang menjejaskan 38 juta orang di seluruh dunia.

Johnson & Johnson dijadual menyiarkan data ujian klinikal pertama vaksin HIV itu pada satu persidangan sindrom kurang daya tahan pe*nyakit (AIDS) di Paris semalam.

Fasa kedua ujian klinikal itu akan menentukan sama ada rawatan tersebut selamat kepada manusia dan sekiranya berjaya, ia akan memberi laluan kepada ujian fasa ketiga melibatkan beribu-ribu penduduk di kawasan be*risiko tinggi jangkitan HIV di Afrika.

Vaksin itu akan dilancarkan pada dekad akan datang sekiranya melepasi kesemua fasa ujian tersebut.

Percubaan kepada manusia itu menyusul selepas kejayaan ujian praklinikal ke atas beberapa ekor monyet yang dijangkiti SIV, virus hampir sama dengan HIV tetapi berupaya me*rebak dengan lebih cepat.

Vaksin yang diuji itu memberi perlindungan hampir lengkap kepada kumpulan monyet tersebut.

HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi manusia, mengakibatkan penghidapnya diserang penyakit AIDS.

Pada satu ketika dahulu, pesakit yang disahkan dijangkiti HIV diibaratkan seperti menerima hukuman mati, namun kemajuan di bidang sains membolehkan mereka mengambil ubat untuk mengekang virus itu dan menjalani kehidupan se*perti orang lain.

Kadar jangkitan HIV bagaimanapun terus meningkat, manakala pakar-pakar kesihatan percaya vaksin adalah satu-satunya cara berkesan untuk me*ngatasi wabak tersebut.

“Jika vaksin ini berhasil, ia benar-benar akan memberikan kelebihan yang besar.

“Ini merupakan potensi kemajuan yang sangat mengujakan. “Penemuan ini juga menarik kerana melibatkan syarikat besar seperti Johnson & Johnson,” kata Mitchell Warren selaku Pengarah Eksekutif AVAC, sebuah badan kebajikan HIV yang berpangkalan di New York.

Sebelum ini, berpuluh-puluh vaksin HIV telah menjalani ujian selama bertahun-tahun tetapi hanya satu vaksin, RV144 telah melepasi ujian klinikal fasa ketiga.

Vaksin RV144 menunjukkan manfaat sederhana terhadap kuman HIV di Thailand dan diuji kepada 16,400 lelaki dan wanita bukan penghidap HIV lapan tahun lalu.

Percubaan versi RV144 yang telah diubah suai turut dimulakan di Afrika Selatan tahun lalu.

Kata Warren, vaksin ciptaan Johnson & Johnson itu berbeza daripada usaha lalu termasuk RV144 kerana potensinya untuk merawat semua jenis kuman HIV sekali gus menjadi vaksin HIV global. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...