Sunday, October 1, 2017

Gadis Ini Kongsi Cara Main “Kutu” Untuk Diri Sendiri Melalui Maybank

MAIN "KUTU" SENDIRI GUNA MAYBANK2U
Korang pernah tak...nak main kutu tapi menghadapi masalah berikut:
1. Takut tak mampu nak bayar komitment setiap bulan
2. Malas nak tunggu giliran dapat duit
3. Join banyak group kutu sebab lain-lain tujuan

Bagi yang menghadapi masalah seperti di atas meh sini aku nak kongsikan macam mana nak main kutu tanpa melibatkan orang lain. Tapi ada syarat dia......
Mempunyai MAYBANK2U dan modal RM250 utk bukak akaun M2U Savers-i
Dan yang paling penting.....
DISIPLIN DIRI DALAM MENYIMPAN DUIT PERLU SETEGUH CINTAKU PADA MU DI PUNCAK EVEREST....
Kalau DISIPLIN TAK KUAT.....sila abaikan post aku ni ye...ini untuk yang betul-betul berminat sahaja....
Aku akan share macam mana nak guna Maybank2U untuk main kutu step by step di gambar ye.....
MOGA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT 
KE ARAH PENGURUSAN KEWANGAN PERSENDIRIAN YANG LEBIH DINAMIK DAN EFEKTIF
KREDIT : Mordiana Morni

Mula2 kena apply akaun M2U Savers i di maybank2u...tak payah pg kaunter boleh apply online sahaja...login maybank2u mcm biasa..click apply online
Lepas tu click M2U Savers-i....kenapa Aku pilih M2U Savers-i??? Sebab dia islamik...dan dia akan bg dividen by bulan jugak
Korang isi maklumat pada ruang yg disediakan...dan jangan lupa baca product features tu ye...klau dh baca korang tick box tu...utk bukak akaun ni perlukan min RM250...so pastikan dlm akaun maybank2u korang ada baki banyak tu untuk dimasukkan dalam akaun yang baru ni...
Ini adalah product feature M2U Savers-i...duit yg korg simpan dalam ni boleh withdraw asalkan baki jangan kurang dr RM250
Lepas korang ikut step yang di arahkan maka wujudkan akaun M2U Savers-i ni...so dia akan appear mcm dlm gbr ni kt maybank2u korang...kenapa kena wujudkan akaun ni sebab nak asingkan duit "kutu" korang dr akaun utama...so xde laa korang terguna duit kutu utk benda lain...
Bagi yang tya mcm mn nk withdraw duit tu..jangan risau..keluar duit guna kad atm sedia ada...cucuk mcm biasa...pilihan simpanan...then dia akan kuar mcm dlm gbr ni...kalau nk kuar duit dr M2U Savers-i so pilih laa akaun tu dan tekan la jumlah yang nak dikeluarkan macam biasa..mudah kan..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...