Tuesday, March 20, 2018

Jangan Suka Korek Telinga Anak, Wanita Ini Kongsi Kisah Mulut Dan Muka Senget Gara - Gara Saraf Telinga Dijangkiti Kuman

Sebagai orang tua, kita pasti ingin memastikan kebersihan anak kita bukan dan membuat rutin kebersihan seperti potong kuku, potong rambut dan termasuk juga korek telinga. 
Tapi tahukah anda sebenarnya korek telinga kanak - kanak bisa membahayakan? Ini kami kongsikan sebuah kisah daripada pengguna facebook Maizatul Amira tentang anak saudaranya yang terkena bellpasly berpunca daripada korek telinga. Semoga kisah ini menjadi iktibar. 
jangan suka korek telinga anak, wanita ini kongsi kisah mulut dan muka senget gara - gara saraf telinga dijangkiti kuman
Assalamualaikum . Ramai yg pm Mai pasal anak saudara Mai yg sakit #bellpalsy haritu. So Mai dh minta permission mama dia untuk share tntg penyakit Lala utk share dgn ualls

Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dlm dua hari. Then kita bg ubat demam je sbb mmg selalu spare kt umah lgpun klinik jauh. Jarang bawa pergi gov klinik sbb mls nk tunggu. So kita bg je ubat bli kt klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek )
Lepas die makan ubat tu sihat. Main mcm biasa dgn Annur.

jangan suka korek telinga anak, wanita ini kongsi kisah mulut dan muka senget gara - gara saraf telinga dijangkiti kuman
30.1.2018
Malam tu dia selalu gosok2 mata dia. Mata dia berair mcm gatal. Saya yg jaga dia masa tu. Sy basuh muka dia dgn air bersih takut kena habuk or apa2. Tp still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dgn Annur die gelak2 kitorang tengok mulut die senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut die buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.

31.1.2018
Pagi die bangun tidur nangis2 mcm x selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. baring kdang2 nyanyi lagu.. mak sy dukung Lala tanya dia nak apa..semua die xnk n die nangis2 makin kuat. Masa tu nmpk mulut die bertambah senget dr mlm td.. bila nangis mata dia x tertutup dua2 belah mata.Abah dh bising suh siap2 pegi klinik sekarang. Masa diorang g klinik sy takde. Diorg pergi klinik kat segamat (klinik utama) doc tu terkejut die ckp tak pernah handle kes mcm ni. So die buat surat refer kecemasan hp segamat. Then m.a cek dia ckp gusi bengkak. Die bg ubat antibiotic. Kne mkn smpai habis.

1.2.2018
Kitorang macam x puas hati m.a tu ckp gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yg ada pakar kanak2. Diorang pergi klinik mesra dkt jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dlm bhsa melayu sakit saraf ke 7. Doc ckp punca sakit Lala ni sbb korek telinga mungkin terkena urat telinga.. apa yg doc ckp tu mcm betul sbb sblm sakit tu mmg ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah n kuman dtg n mkn saraf muka sbb tu saraf muka mati n muka jd senget sebelah. Doc bg 3 jenis ubat. Seteroid n lg dua x ingat. Doc cina tu bg masa 4 hari utk follow up semula.

5.2.2018
4 hari lepas tu cek balik kt doc klinik mesra cek semula dia kata xde perubahan. Masa tu rasa sedih sgt. Doc suruh stop ubat n refer hkl . Tp kitorang tengok mcm dh kurang sikit mulut Lala senget lpas mkn ubat tu. Utk keselamatan ikut ckp doc pergi hkl mlm tu jugak.

6.2.2018
Pagi2 lg pergi hkl. Bhgian kecemasan n m.a tu ckp sakit gusi. Dia bg antibiotic. N surat refer bhgian paed. Tp x sempat masuk paed sbb dh tutup awal. So continue esok.

7.2.2018
pergi hkl bhgian paed. Dtg awal klu nk balik awal. So diorang dtg kul 7 pg tu pun dpt no 4. Ade yg lg awal dr diorg haha.. so cek dgn pakar kanak2.. doc tu ckp mmg sakit bell palsy. N dia tanya kenapa stop ubat yg klinik swasta bg tu.. kitorg ckp doc swasta takut sakit lain klu continue ubat tu. Doc hkl ckp bell palsy mmg selalu jadi lepas budak2 demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah n cepat sgt demam.. so doc bg antiniotic n steroid jenis tablet. (Fikir mcm mana nk bg pil kt lala) kene makan dlm msa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.

Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecik mcm taik idung tp pahit sgt2. Campur dlm air gula , sup tetap terasa pahit die.. yg tua pun x boleh telan inikan pula budak kecik.. mlm tu mmg xdpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotic je. Huhu
8.2.2018
Mama cari ubat yg sama mcm klinik mesra bg kt klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yg sama mcm tu. Lala boleh mkn dgn baik.. dia nangis xnk sbb pahit tp x sepahit pil tu..haha sian lala. Dgr die nangis merayu2 xnk mkn ubat kesian sgt. Hakak mmg lari jauh dh nt hakak hujan huhu.

22.2.2018 
Ubat dah habis. Kitorang nmpk bnyk perubahan kt mulut lala. Mata pun dh berkelip sekata. Ckp pun x senget2 mulut. Alhamdulillah.

13.3.2018
Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya x perlu dtg hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga xkn dtg hospital dah smpai bila2..

Moral : jgn terlalu obses nk korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yg terkeluar tu je..bahaya utk kanak2..diorang xtau nak explain sakit mcm mana. So beware ok!
Moral : klu demam terus pegi cek jgn tangguh. Jgn suap ubat sesuka hati. Kita xtau sakit dlm badan dia.
Tq kawan2 yg doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan2 mai dr bff, yg kje nurse, pharmacist, tqsm sbb beri tunjuk ajar cmne nk bg ubat kt lala.. tq tau..
Sape nak share boleh share..ingatn utk kita semua ☺️❤️😘
#bellpalsy
#bellpalsyfighter
#KhaylaNurKhadeeja

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...