Wednesday, May 23, 2018

Kenapa Kita Boleh Ada Selulit, Ini Sebab Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

kenapa kita boleh ada selulit, ini sebab sebenarnya yang ramai tak tahuKredit Doktor Sihat.

Selulit, masalah yang dialami tidak kiralah pada perempuan atau pun lelaki.  Ramai yang ingat selulit merupakan lemak yang terdapat dalam badan, tetapi sebenarnya, selulit terdiri daripada toksin terperangkap dan air yang berlebihan di bawah kulit.
Selulit adalah keadaan yang memberi kesan kepada rupa kulit di kawasan yang mempunyai deposit lemak (yang paling ketara di bahagian punggung dan paha), memberi kulit rupa berlekuk, dan berketul-ketul.)
Bagaimana selulit terjadi?

Di bawah kulit terdapat sebuah lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab memautkan kulit kepada otot di bawahnya. Dalam kebanyakan lelaki, tisu penghubung ini disusun dalam bentuk bersilang atau pepenjuru, dalam susunan yang  berterusan.
Tisu penghubung wanita berbeza, dalam bentuk menegak (vertikal dengan kulit). Oleh itu, jaringan penghubung ini (dipanggil septae) menambat kulit kepada tisu di bawah pada tempat-tempat tertentu, mewujudkan "kamar lemak" yang menolak pada kulit sementara jaringan tersebut menarik kulit ke bawah.

Perbezaan dalam susunan tisu penghubung (ditambah pula dengan fakta bahawa kulit lelaki biasanya lebih tebal berbanding wanita) menjelaskan mengapa sangat sedikit lelaki mempunyai selulit berbanding wanita.

Satu lagi faktor memburukkan lagi kemungkinan dalam pembangunan selulit adalah diet yo-yo.  Kitaran berulang kali pertambahan dan penurunan berat badan nenembah komplikasi pada sifat elastik kulit, membuat selulit lebih ketara.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...