Wednesday, May 23, 2018

Resepi Tom Yam Pekat Power Ni Dapat Lebih 18 Ribu Perkongsian


Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh 🤣), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara2 masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.

Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yg masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sbb senang & takyah tunggu lama nak empuk mcm daging.
Nak bitau awal, pes tomyam ni tailen punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah2 utara sana and negeri yg dekat2 dgn sempadan sana mmg senang dpt ^_^

Bahan2 wajib ;

- bawang besar belah 4
- cili api (ketuk)
- daun ketumbar @ corriander leaves
- daun limau purut
- serai - diketuk
- air asam jawa @ pes asam jawa
- cili boh @ cili kisar
- pes tomyam "madam pum" sbb brand ni ternyata sedap! 👍🏻 boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
- ayam/daging/udang/sotong
- carrot
- cauliflower
- baby corn
- celery
- buah tomato belah 4
- cendawan
resepi tom yam pekat power ni dapat lebih 18 ribu perkongsian

Cara-cara ;
• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api - didihkan.
• masukkan cili boh @ cili kisar - tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam - tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
• masukkan garam.
• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) - tunggu didih.
• masukkan tomato - kacau sekejap.
• tutup api.
• masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.
Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Mabeles!!

Tips :
~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua 😊
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yg terbaik! (y)
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.
Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye 😊 resepi boleh share no problem! 👌🏻

#dinasukamasak #homecooked #masakdarihati #ilovefood #cookingislove #cookingisanart #cookingismypassion #hobby #dinakuatmakan
Khas untuk daling Habibah Samsudin & puan boss Bahiyah Yaakub <3

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...