Sunday, June 10, 2018

Anak Kena Ruam Setelah Makan Ubat Demam Lama Yang Disimpan Dalam Peti Ais

anak kena ruam setelah makan ubat demam lama yang disimpan dalam peti ais
Perkongsian oleh Puan Nurasyikin Ali ini sangat berguna untuk ibu-bapa. Anaknya telah mengalami ruam pada anggota badan sehingga kulitnya menjadi kering. Setelah diperiksa, puncanya adalah kerana makan ubat yang disimpan lama dalam peti ais. Ikuti perkongsian ini.
BAHAYA SIMPAN UBAT DEMAM
Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung kak ekin tetiba demam panas sampai 40’c. Apalagi cecepat keluarkan botol paracetemol dan suap pada anak.
Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak ekin pun lap-lap badan anak bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.
Tapi pagi esoknya kak ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tak senang dan demam balik.
Kak ekin sangka anak kena campak keladi. Tak fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat.
Sampai sana doktor bagitahu, simptom ni biasa kena kalau termakan ubat demam yang dah lama.
Baru kak ekin tahu, rupanya tak boleh kita simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan.
Apalagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubat yang ada dalam petiais. Nasib baik lah anak cuma naik alergi. Tak ada apa yang mudarat.
Dalam seminggu jugak lah ruam alergi tu nak hilang. Itu pun sebab dah sapu dengan minyak terapi. Anak takde nak bergaru sangat bila pakaikan minyak tu. Tidur pun lena.
Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam petiais, tolong buang sekarang kalau taknak mengundang penyakit.
Melainkan penutup ubat tu belum pernah dibuka. SEBABBBBB...
Bila penutup dah dibuka tu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungi akan masuk ke dalam botol. Dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.
Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat yang kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tak terjejas.
Jadi ibu ayah semua beringat lah. 
Elak sebelum kena.

Mak dah Insaf!
#Share supaya ibu dan ayah yang lain pun beringat.
anak kena ruam setelah makan ubat demam lama yang disimpan dalam peti ais
anak kena ruam setelah makan ubat demam lama yang disimpan dalam peti ais
Update :
Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist bagitahu 2 bulan. Ada yang 3 bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik.

Macam anak kak ekin suka buka petiais tak tutup balik. So lagi la selalu botol tu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi kak ekin nak selamat, buang lepas 1 bulan tempoh buka.
Apa pun, better ibu ayah rujuk pada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadang simptom lebih kurang tapi sakitnya tak sama. Kak ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan pada kak ekin ikut keadaan anak masa tu.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...