Thursday, August 4, 2011

Barcelona dijangka buat bidaan baru

LONDON: Barcelona dijangka membuat bidaan terbaru terhadap kapten Arsenal, Cesc Fabregas selepas Pep Guardiola mengakui beliau hanya kekurangan seorang pemain.
Juara Eropah itu sudah memburu pemain antarabangsa Sepanyol itu selama dua tahun dan pemain tengah itu sendiri berasa mahu kembali beraksi dengan kelab di zaman remajanya.

Arsenal sudah menolak bidaan sebanyak �26 juta (RM126.7 juta) buat Fabregas musim panas ini, ketika pengerusi kelab Peter Hill-Wood turut berkata satu lagi tawaran tidak berjaya.


Fabregas difahamkan dinilaikan sekurang-kurangnya �40 juta (RM194.8 juta) oleh Arsenal, namun tawaran Barcelona berikutnya hanya �27 juta (RM131 juta), angka yang mungkin tidak diingini Gunners untuk melakukan sebarang urusan dengan kelab Nou Camp itu.

Namun, selepas membeli bintang Chile, Alexis Sanchez dari Udinese bulan lalu, pengurus Barcelona, Guardiola menegaskan beliau masih berharap untuk melengkapkan perjanjian dengan Fabregas.


Guardiola dilaporkan berkata: “Kami kekurangan hanya seorang pemain dan setiap orang tahu siapa dia.” Kehilangan Fabregas pasti mengecewakan penyokong Arsenal, yang mengejek dan mencemuh pasukan mereka ketika keluar padang berikutan seri 1-1 menentang New York Red Bulls minggu lalu.



Kegagalan pengurus, Arsene Wenger untuk membeli pemain ternama dalam pasaran perpindahan menyebabkan satu lagi kemarahan sekalipun berminat dengan pemain Valencia, Juan Mata, Phil Jagielka dari Everton dan pemain Blackburn, Chris Samba. - Agensi


Sumber : 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Barcelonadijangkabuatbidaanbaru/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...